Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 5


Assalamualaikum...

Cerita Indon ni tak la panjang mana. Ada sambungannya lagi ni. Korang dah tahu babak sebelum ni?
Kalau belum, dipersilakan dengan berbesar hati membacanya.


Klik sini untuk mengundi. Ekeke~ Mana ada mengundi ni..

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 1
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 2
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 3
Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 4

Jom ambik feel nak baca cerpen ni..

Sinar mentari yang tenggelam di balik awan mula memancarkan cahayanya. Awan mendung berarak pergi.

Hari ni, alhamdu lillah, segalanya nampak semakin cerah sinarnya. Aku tersenyum sendiri dan melepaskan batuk di tangga, eh, apa kena mengena? Salah tu.. Aku menarik nafas lega.





Dia sudah mula memberikan respon bila aku turut sama bertanya atau dia minta pendapat. Ku kira bernas juga idea aku.

Tapi, aku tak boleh buat perangai gila-gila aku, sebab dia belum memaafkan aku sepenuhnya. Namun, aku tidak akan berputus asa. Aku masih lagi menantikan kemaafan dari dia, tulus dari hatinya.

Memang kena bersabar. Ikutkan hati mahu saja buat perangai gila-gila dan gelak tak hingat dunia aku tu. Tapi aku sedar diri, dia tak pun masih tak suka aku.



Dari petang hingga ke malam ini, aku sangat suka dan gembira kerana aku dapat duduk di sebelahnya dalam picture kat group fb. Ye la, aku gembira sebab baru-baru ni, walaupun aku on line dan borak-borak kat situ tapi tak naik pun pic profil aku (sebab aku kan bawah pemerhatian-gila dow dituduh budak jahat dan suka kutuk orang. Adoiyai~ Nak tau, klik sini suka-dan-dukaku).

Maka memang tak mood la nak borak sana. Aku tak tau nak komen apa. Bukan tak ada idea tapi aku rasa tak yakin mereka boleh terima repekan dan rabanan (merepek dan meraban) aku ni. Aku bergurau jer. Tapi, apa salahku apa salah ibuku... Ecece, masuk lagu Cari Jodoh (Wali Band) la pula.. Ekeke~



Tapi malam ni, aku rasa sangat bahagia dan dapat tersenyum. Tiada lagi kesedihan melanda diriku. Lama aku dapat duduk di sebelahnya. Walau berubah barisan atas dan bawah, kami masih lagi bersama. Terasa seperti dia menjagaku di situ. Lagi pula dia selaki admin dan group blogger itu memang kepunyaannya (owner) boleh buat apa saja untuk mengedit apa-apa, kan?

Dah kalau macam tu, boleh saja dia buat apa-apa dengan kedudukan tempat kami tu. Ah, biarlah korang nak kata itu di luar kuasa admin dan owner pun, aku tetap nak layan perasaan gembira tersebut. Kalaupun ianya kebetulan, ianya kebetulan yang telah ditakdirkan. Hua hua hua, gembiranya rasa hati pada hal perasan jer. Haha~

Akhirnya, dia dengar juga nasihat dan pandangan aku. Aku tahu walaupun dia tak balas tapi dia tetap akan baca. Biarlah yang dia tahu aku jugak kawannya walaupun hatinya masih berat untuk menerimaku.

Aku perlu memenangi hati dia sebelum kami bawa haluan masing-masing. Haluan yang dimaksudkan ialah, dia balik bercuti dan aku balik rumah, cari kerja.


"Apabila aku tersesat, selamatkanlah aku dalam doamu
Apabila aku kesepian,hiburlah aku dengan suaramu.
Apabila aku sakit,ubati aku dengan rasa kasih sayangmu.
Apabila aku mati,jgn mandikan aku dengan air matamu.
Apabila aku dikuburkan, tanamlah aku dalam hatimu."

~WAHAI SAHABATKU SEMUA~

Teman, sambutlah huluran tanganku ini.. Aku memerlukanmu..

P/s: Aku terbaca soalan yang ditanya kepadanya. The most told lie? He answered I am fine. Oh, my God, memang dia cakap macam tu bila aku tanya keadaannya.



Untuk awak yang saya maksudkan kat sini, saya sangat risau akan keadaan awak. Saya tahu awak sakit sangat tapi awak tahan dan sembunyikan di balik gurau senda awak.


p/s lagi: Dia dah cakap kat group dia nak pergi. Kawan-kawan semula duk halang dia. Aku buat entri dulu since dia pun katanya nak buat entri sebelum dia pergi. Bila aku lawat balik, tengok ada sorang kawan kata, dia dah deactivekan facebook.

Terus aku search namanya. Ada. Tapi bila buka kat blognya, fbnya tak de apa-apa maklumat. Maknanya dia dah deactive. Air mataku meluru turun. Sedih.

Aku pergi lepak kat Sintokkian. Aku buka chat. Dia ada! Happynya aku..
Tapi aku masih sedih jugak sebab dia akan pergi tak lama lagi. Esok dia dah nak balik kampung. Bukan itu masalahnya. Masalahnya dia tak akan active ber-on line. Aku pun.



Aku nampak dia ada dalam group blogger pada ruangan chat. Aku tuliskan kata-kata untuk ditujukan pada dia.

Aku tulis kat sana. Aku cakap kami rindukan dia.

Aku cuba beranikan diri add dia lagi. Tak lama kemudian, dia accept. Gembiranya aku. Aku tak tau nak buat apa. Sekali lagi, aku cakap tq for add. Dia like.

Aku ada idea nak buat page like. Dia tak cakap apa-apa cuma dia kata pening sikit la. Hahaha~

Perhubungan menyatukan dua hati,
umpama hujan yang turun lalu menghubungkan langit dan bumi.
Saling melengkapi, saling menerima & memberi.
Bila Allah redha, maka turunlah hujan dari langit lalu membasahi bumi.
Begitu juga bila Allah redha, maka bersatulah dua hati dalam sebuah ikatan suci.
[Selamat Berbahagia buat semua teman yang bakal,
dan telah dipilih Allah untuk menerima anugerah & amanah terindah ini ♥ ]


Terima kasih kerana memberiku kesempatan ini. Aku amat hargainya. Sayang awak selalu.

Semoga apa yang terjadi ini menjadi penguat tali kasih antara kami.

Semoga kita akan bersua kembali. Jaga diri elok-elok. Ingatlah ramai yang menyayangi, ayang.


P/s/s: Best tak cerita ni? Haha~ perasan..
Tak de la, aku cuma nak korang teka, cerita ni layaknya cerita sebenar atau rekaan semata?
Korang nak ada sambungan lagi tak?

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
16 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)