Langkau ke kandungan utama

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 4


 

Assalamualaikum...

Entri peribadi. Sambungan kepada entri terdahulu, part 1, part 2 dan part 3. Sudah baca ke? Kalau belum, ada baiknya baca dulu, nanti tak faham pulak. Ekeke~

Kalau dah bersedia, one, two, three and go..

Langit mendung. Awan kelam. Begitulah rasa hatiku. Muram.
Aku buka blog seseorang. Ada lagu. Ya ALLAH, sedihnya dengar lagu sedih.. Cukup-cukup, tak nak dengar dah. Aku rasa hatiku bagai dicarik-carikkan. Pedih.
Terus aku klik butang pangkah pada blog tersebut. Minta maaf pada kawanku itu. Aku bukan tak nak join peraduan yang sedang berlangsung tapi aku tak kuat, lantaran si dia pun ada sama, malahan bertindak sebagai promoter.

Dia masih belum memaafkan aku.





Ni yg susah ni.. Nak pujuk, mau makan masa setahun, dua tahun.. Oh, sick of them. Nak buang, susah..

Aku bertanyakan hal ini kepada kawan-kawan kumpulanku.
Apa nak buat kalau korang merajuk dengan kawan, dan remove fb dia (Merajuk la konon), kemudian, bila korang request add balik, dia dah tak accept?

"Sedih.. dia dah bagitau rahsia dia dan dia percaya tapi kerana terasa hati, pergi remove dia.. Mesti dia lagi-lagi terasa, kan?" Aku rasa bersalah. Bersalah sangat sebab tersilap langkah.

"Entahlah tak pernah berlaku, so no komen. Hehehehe"

 
"Cuba fikir.."

"Ermmmmmm"

"Ermmm rasanya kalau merajuk terus remove tu mcm perbuatan tak matang jer..Cewah..Hahaha Tapi biasanya bagi saya, kalau dh confirm xleh terima dia sbg kwn, baru leh remove.Takut jd gini lah.. Dia pastinya sangat kecik hati sebab merajuk sampai sanggup remove dia from friends list." Terpukul aku kat situ. Menangis.

"H
aha~ itu la namanya merajuk.."

"Memang tak matang pun, nak bermanja2 la kata kan.." Aku membela diri.

"Aiihh~ Susah la nak fikir masalah ni. Kalau merajuk-merajuk manja pujuk la manja2. Lalala..."

 "Haha~ nsib baik dia tu blogger jugak.. senang sikit nak pujuk.. buat entri khas utk dia la." Walaupun aku rasa belum tentu dia nak maafkan aku lagi. Tapi tak salah kan kalau berusaha?

"Waaa~ kalau macam tu nak merajuk jugak la dengan dia.. Nanti boleh buat entry special tak? Huhu.

" ‎'Dia'? siapa dia?"

Jeng, jeng, jeng...

" ‎'Dia' 2 cik Noor Hapisah laa~"

"Oo.. Meh-meh, cepat.. Sapa nak merajuk dulu? Hohoho...

Antara nasihat yang lain adalah:
1) "Buat account baru, add dia. Haha~"
    
"Tak nak la smpai buat account baru.. Chill dengan account lama, sudah.. Nak berkawan ni kena ada keikhlasan. Kalau nanti dia dapat tau yang kita la sebenarnya, dia remove plak, lagi sakit hati + susah hati"

"Hahaha okay, tak payah add terus. Merajuk la sorang-sorang sana."
   
"Ganaznya mamat ni.. Ada awek ke x lg?" Aku gurau-gurau dengan temanku.

"Hahah ;D"
2) "Bagi lah dia masa. Kalau dah tenang nanti pi pujuk.. Cewah..
      
"Take a time"

3) "Buat dek je laa. Haha"
Buat dek je? Oh, tidak! Perlu berusaha.


 Sudah nampak sinar.. Semoga terbitlah mentari di ufuk timur.. :-)

Then, nampak dia kat facebook. Sebab aku ada request nak jadi kawan. Tapi dia tak jawab pape. Kemudian, aku ada mesej dia, pun diam.

Jadi, aku ingat, aku nak remove je permintaan menjadi rakan. Ingat nak request lain kali. Bila hati dia dah okay. Tapi, masalahnya aku takut tak sempat. Aku betul-betul takut tak sempat.

Tadi, aku ternampak dia postkan sesuatu pada FB. Maka aku pun klik link tu. Aku nampak kawan rapatnya kat satu link kumpulan. Aku nampak dia jugak. Tetiba aku nampak dia meluluskan permintaan menjadi rakan kumpulan tersebut.


Aku pergi ke ask to join jugak, mencuba nasib. Dia add tak lama kemudian. Gembiranya aku.

Diorang sambut kedatangan aku. Apatah lagi kawan perempuanku. Mungkin dia tak tau apa yang telah terjadi antara kami. Pada sebelum ini, aku sangka dia tahu hubungan kami dah tak berapa elok.
Aku tahu, yang buat hal kat xxx tu gara-gara geng ko, kan? Proud jugak.. Ahaha~



Kat sana, aku buat hal sendiri. Tapi, aku akan ikut komen di mana dia bagi komen. Fuh, tak mampu aku. Aku memang salute la pada admin macam dia. Kejap dia ke sana, kejap dia ke sini. Nak kata laptop dia laju, laptop aku pun laju jer.

Sungguh, aku tak larat kalau nak jadi admin yang mesra macam diorang ni. Seperti yang dia pernah cakap padaku, dia ni admin untuk forum apa ntah. Ada dia bagi aku tengok hari tu. Terlupa dah.

Tak sanggup aku nak jadi admin dan duk depan lappy tanpa buat kerja lain waima kelip mata pun.. Memang salute.

Dia jarang nak komen bila aku nyatakan apa-apa. Bila aku belek-belek balik, terasa jugak. Tapi, tak kan aku nak buat sensitif dalam tu kot? Chill sudah..

Mungkin dia masih terasa..

Minta maaf, aku remove tu bukan sebab aku tak nak kawan. Tapi sebab aku terasa dengan ko. Aku ni perempuan. Kadang-kadang cepat terasa.

Lagipun, kenapa ko tak add aku dulu? Aku remove sebab aku nak tunggu ko add aku. Kalau betul la ko nak kawan dengan aku, kan? Tapi.. Ah, aku sedih ni..

Tak pe la. Ko dah sudi accept aku dalam group ko pun aku dah bersyukur sangat. Aku boleh lagi rapat dengan ko. Walaupun ko tak tegur aku, tapi aku selalu memerhatikan ko. Aku sayang ko. Aku risau pasal ko.

Kita kan kawan. Bila ko tak ada, aku rasa sedih sangat. Aku rasa bersalah. Aku nangis sorang-sorang. Kadang-kadang aku nangis berair mata, kadang-kadang aku nangis dalam hati.

Aku minta maaf, aku tak patut buat ko macam tu. Serius, aku sayang ko. Aku risau pasal ko. Walaupun ko cakap, "tak apa, aku okay" tapi aku tau ko sakit.. Sakit sangat, kan?

Aku teringat balik link ni. Tak, ko tak bebani aku. Aku terima semua ni. Memang la aku sedih dan aku nangis, jugak risau pasal ko. Tapi, dengan semua ini, ko rasa lebih tenang, kan? Marilah kembali untuk bersandar di bahuku.. Anggap saja aku ni kakakmu dan kau adikku (macam lirik lagu Pagi Yang Gelap oleh Hujan, kau abangmu dan aku adikmu).


Terima  kasih atas kepercayaanmu. Sekali lagi, marilah berteduh di bawah lindungan kasihku.

Aku mahu tahu, siapakah yang ko amanahkan untuk memberitahu kami nanti? Ingin ku bersahabat dengannya.
Aku tahu, yang buat hal kat xxx tu gara-gara geng ko, kan? Proud jugak.. Ahaha~
Sekiranya teman-teman, kekasih hatimu serta org-orang yang engkau sayangi sudah pergi dan kamu tidak lagi tinggal di hatinya, maka ketahuilah Allah tetap ada menemanimu tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun. Yakin dan rasakanlah kehadiran-Nya.
Pengorbanan demi pengorbanan, namun masih jua kelam di mata itu... Keputusan di tanganku sama ada mahu mengundurkan diri atau teruskan tanpa perasaan.
Ketika kerjamu tak dihargai, saat itu kau sedang belajar KETULUSAN
✿ Ketika usahamu dinilai tak penting, saat itu kau sedang belajar KEIKHLASAN
✿ Ketika hatimu terluka sangat dalam, saat itu kau sedang belajar MEMAAFKAN
✿ Ketika kau merasa sepi & sendiri, saat itu kau sedang belajar KETANGGUHAN

     •♥• BELAJARLAH DAN TERUS BELAJAR •♥•


Apa pendapat korang?
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
6 ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)