Langkau ke kandungan utama

Kalau Anda Memandu di Waktu Malam,...

Assalamualaikum...

Aku terjumpa peringatan ini dalam facebook. Ada eloknya kongsikan pada pembaca blog ini.

Pendek sahaja pesanan tersebut. Pesanan ini ditujukan kepada semua yang memandu malam yang menjadi sasaran perompak.

ok, jom tengok teks asal.

Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam, jangan on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba di tempat selamat.

Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi seperti susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pengelihatan yg akan memaksa kita berhenti. Di situlah kita akan menjadi mangsa perompak.

Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia



Isk, orang sekarang ni semakin kreatif la. Telur yang boleh dimakan pun disia-siakan macam itu sahaja. Membazir jugak la perompak ni. Haha~

Ok, la berhati-hati selalu, k.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)