Langkau ke kandungan utama

Harimau Sembunyikan Kuku

Assalamualaikum...

Korang pernah rasa tak keadaan macam ni? Korang tahu tapi sengaja tak nak bagitahu. Bukan nak kedekut atau sombong tapi korang tak nak ada orang salah faham kepada diri korang. Niat baik korang tak dihargai bahkan disalah erti. Bukan mahukan penghargaan tapi biarlah tiada apa-apa konflik lagi. Pernahkah korang rasa macam tu?

Aku pernah. Rasa terkilan dituduh mengutuk, aku lebih berhati-hati.

Aku bercerita pasal dunia blog. Tadi, ada seorang blogger tanya aku. Aku tahu, tapi aku risau ayat aku ni kasar atau dia akan terasa. Jadi, aku berpura-pura jadi noob. Tak tau pape. Ibarat harimau menyembunyikan kukunya.

Bukan aku berniat tak nak bagitau dia. Aku nak bagitau tapi dalam pada yang sama ada orang yang masih pandang negatif pada aku. Dia lagi terrer bab-bab blog ni dari aku.



Jadi, aku rasa biarlah dia yang tolong menyelesaikan masalah kawan aku tu. Kalau aku cakap banyak kang, aku pulak yang kena. Lagipun, aku ada misi nak berbaik dengan dia ni. Jadi, tak boleh sangat cari pasal dengan dia. Kang lagi dia membenci diriku.


Kepada awak, maafilah saya. Saya cuma nak berkawan dengan awak saja. Bukan kemahsyuran yang saya mahukan. Saya lebih suka awak yang saya kenal dulu, yang masih ramai orang tidak kenal awak.


Kalau korang dalam situasi aku, apa yang korang akan buat?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker