Langkau ke kandungan utama

Berhentilah Hipokrit Ko Tu. Menyampah La!

Jadilah permata yang benar-benar permata, bukannya kaca! Berhentilah hipokrit tu.



Assalamualaikum...

Korang pernah rasa tak rimas dengan orang yang hipokrit dengan korang? Yang lebih merimaskan bila dia tu baik punya berlakon depan korang tapi korang tau, yang dia sedang berlakon. Yek, menyampah weh!!

Ok, aku nak cerita story aku.

Aku rapat dengan kawan aku, A. Of course la sebab kawan aku. Hihi, apa daa ayat. Ok, kawan aku tu lelaki. Dia seorang yang ramah dan baik.




Tetiba berlaku perselisihan faham antara kami. Pada masa tu dia rapat dengan sorang budak perempuan, B. Ala, aku tak kisah, lagi hubungan aku dengan A tu pun, memang kawan jer la. Tak de la feeling apa-apa since cakap dengan dia pun guna aku-ko saja.

Aku tak kisah dia rapat dengan budak perempuan tu. Budak perempuan tu pun, aku tau dia anggap adik saja. Ala, aku kan kawan dia (A), jadi aku kenal la dia.

Masalahnya, bukan pasal B yang jadi punca. B pun ada bf. A pun bukan suka pada B pun. Ok, korang faham, kan? Hubungan antara aku-A adalah kawan, hubungan antara A dengan B pun adalah kawan, mungkin adik.

Masalah mula muncul bila ada kehadiran C, perempuan. Perempuan ni gedik-gedik kat A. Woi, tak perlu kot.. Menyampah aku tengok. Aku tau la A pun meluat pada C sebab A kan kawan aku. Hihi~

Perempuan ni tetiba jadi baik sangat dengan aku, pada hal sebelum ni tak pernah tegur aku. Bila dia tau aku ni kawan baik A, terus jadi gediks gelenyar~ Eee, tak suka la!

Lepas tu dia berbaik-baik dengan aku, dengan B selalu la cakap rindukan A. Erk!

Buat pengetahuan korang, aku dan B ni memang baik dan rapat. Kami pernah jugak bergaduh. Bukan salah aku, dia yang salah faham. Aku tak tau apa yang membuatkan dia nak berkawan dengan aku pula. Tapi yang pasti aku tahu, dia ikhlas dan nampak yang aku ni baik.

Kepada C, walaupun aku ada masalah dengan A dulu, aku tak de la macam ko nak tagih simpati dan nak tarik perhatian A dengan helah bodoh tu. Alhamdu lillah, sekarang hubungan aku dan A, dah OK.

 Kalau ko suka A, berperangai la elok-elok. Tak perlu la nak gedik geletik gelenyar macam tu. Ko ingat A suka ke? Aku kenal A la tu macam mana.

Aku bukan cemburukan dia nak suka A ke apa. Aku cuma tak suka orang yang ambik kesempatan.

Geng aku memang famous habis la. Kalau boleh aku nak sorokkan identiti, A, B dan aku dari pengetahuan umum dan tak nak kami famous. Tapi dah terlanjur popular ni, kena la tahan dengan orang yang hipokrit ni! Hish~

Aku rasa tak nak jer kawan dengan C ni. Rasa nak jer sepak (kick) dia. Tapi, aku masih nak tengok sejauh mana permainan dia. Tunjukkan aksi sebenar ko, wahai C yang gediks!

P/s: Korang pernah rasa macam ni? Ke korang yang macam ni?


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. sape A sape B sape C , dah pening @@ . ape ape pun saborr jela kak sha :)

    BalasPadam
  2. @Jer ...

    Apa yg ko pening ni dik oi?

    Anggap jer, A= Syazwan
    B= Aini
    C= sesape la..

    Ko jgn ckp tak kenal bbdak Sintokkian ni.

    Kalau mcm tu, faham tak?
    Tapi bukan diorang la. Ni hanya cth shja.

    BalasPadam
  3. @blogtube

    minta maaf, ini bukan cerita mereka. ini cerita saya. =)

    BalasPadam
  4. sy pham crita sis ni .

    huhu ~

    bnyk giler kwn adk cam C tue, tapi sbar je lha .

    BalasPadam
  5. @Syasya Acing Mitchy

    Tq Syasya, ada jugak blogger kenalan sis yg faham dan mengalaminya.. Syukur =)

    Ye la, sabar je la..

    BalasPadam
  6. saya B , saya C.. hihi :) nice entri.

    BalasPadam
  7. Didi tu B la..

    nak jadi C jugak? boleh.. boleh la sgt

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker