Langkau ke kandungan utama

Jom Minum Kolagen Untuk Rawat Jerawat

Assalamualaikum...

Semalam aku tak pergi kerja kerana ada hal yang menyebabkan aku tak dapat menghadirkan diri.

Sebab apa? Tak kan aku nak pergi kerja dengan tak mandi kot?
Sebab apa tak mandi? Sebab tombol pintu bilikku rosak. Sudah ku usahakan untuk membukanya. Namun, ia tetap tak boleh. Aku ketuk pakai batu jugak. Tetap begitu.

Kalau ikutkan hati ku yang baran, mahu sahaja aku pecahkan pintu ini. Namun, memandangkan duit di tanganku (tunai) cuma ada tak sampai RM10, dan di bankku sudah tidak boleh dicucuki lagi, maka, aku sabarkan diriku.

Kalau tombol rosak, kena denda RM50 jer. Tapi kalau pintu rosak kena bayar RM200.. Oh, banyak beza tu nak terbang melayang bak burung layang-layang..~

Maka hari ini, aku pun sekonyong-konyongnyalah pergi bekerja. Kerja macam biasa. Tapi tak ada customer sangat. Tengok rekod, ada 4 sell jer. Em, kalau macam ni, nampak gayalah bercuti terus la aku.. Huhu~

Aku buat jugak kerja walaupun tak de customer tu.. Ada kerja lain yang perlu dibuat seperti letakkan gambar dalam album perkahwinan, persediaan untuk buat butang dan print gambar.



Maka, oleh kerana tak de kerja sangat, maka membeleklah akhbar dan internet. Aku suarakan yang aku sedang mencari produk kolagen untuk diminum. Aku belek-belek Cocoa Collagen. Ala, ada campuran biji kopi Arabic terpilih. Aku ni alah dengan kopi. Aku tak minum segala jenis kopi dan adik beradik kopi.. So, reject la produk tu.






Si bos aku yang duk depan (front line), tetiba bersuara. Dia pernah minum produk Dara Blackcurrent Drink with Collagen. Paling berkesan dan paling sedap katanya. Tapi kena bancuh la. Harga RM32.90 tertera kat kotak. Tapi harga yag kedai tu boleh bagi ada la dalam RM26. Siap pergi ke kedai yang jual kosmetik di sebelah lagi, tau semata-mata nak tunjuk.


Dara Blackcurrent Drink with Collagen ni ada 7 sachet dalamnya. Minum hari-hari, kira seminggu je la sekotak. Kalau tanya aku sanggup tak? Sanggup saja, asal nak cantik dan ada duit lebih. Hehe~

Aku teruja nak beli waktu tu jugak tapi duit aku ada la bawah RM5. Sape nak bagi, kan?

Kemudian dia introducekan aku dengan satu lagi produk kolagen.. Katanya produk ni ramai gila la yang sukakannya. Kalau kat C-Mart tu tak sempat nak letak kat kedai, memang habis.. Nak tau produk apa? Produk Putri Alya, Awet Muda. Harga RM30, dapat RM24 kat kedai tu.






Produk Putri Alya, Awet Muda ni tak payah nak bancuh. Boleh terus gonggong macam tu, macam makan ais pop tu masa kita kecik-kecik dulu, tak ingat? Hihi~ Kalau nak yang botol pun ada. Tapi, aku prefer sachet la, tak tumpah dan tak terlajak sukatan. Ramai je yang pilih botol. Terpulang pada individu la.

Ada 12 sachet dalam 1 kotak. Dalam botol pula boleh makan sesudu. Botol tu saiz 240 ml.

Cara Pengambilan: Awet Muda(Botol)     
1 hari 20ml diminum ketika perut kosong           

Isi kandungan (sachet):           
1 kotak mengandungi 12 sachet. 1 sachet 20 ml. 1 kotak bersamaan 240 ml.           

Isi kandungan (botol):           
1 botol mengandungi 240ml.   

Ingat nak beli dua kotak la. Untuk Mak satu kotak sempena Hari Ibu.. Saja nak bagi hadiah kesihatan dan kesegaran badan untuk mak yang telah banyak berkorban.

Kenapa aku nak makan kolagen ni? Aku nak sihatkan badan aku terutamanya nak sembuhkan jerawatku. Tak larat nak berpantang dah kot.. Seksa tau pantang makan ni.. Ada kawanku makan Cocoa Collagen, wajahnya dah hilang dari jerawat walaupun dulu banyak jerawat. Tak boleh jadi ni, aku pun nak jugak.
Bukan jeles tapi nak jugak jaga muka..

Bab lain tu aku tak kisah sangat, memang aku terima badanku seadanya jer. Cuma, aku nak selesaikan masalah jer. Tapi, kalau ada memberi kesan positif pun, aku tak kisah. Terima jer. Hehe~

Harga pun boleh kata aku mampu la. Tapi belek punya belek, ada kopi daa. Nasib baik aku nampak kalau tak, memang aku kasi kat mak aku la tanpa aku makan sedikit pun.

Jom la kita menjaga kesihatan diri. Kesihatan diri elok dijaga dari dalam. Kalau kat luar jer duk toyoh kulit pisang, tapi kat dalam tu duk keluar jugak jerawat bak gunung api, tak guna jugak..

Sumber gambar dari Google Images.
Sumber idea dari ALLAH SWT.

Sampai jumpa lagi.

P/s: Yay, yay, bos bagi gaji tadi.. Mahal jugak. Berbaloi. Alhamdu lillah :-)
p/s/s: Ala, dah tak leh kerja situ sebab sekarang ni customer tak de, so tak de income pada kedai..

Apa pun, bersyukur dengan rezeki dari-NYA.. :-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. tombol rosak..mcm mana boleh cam tuh????

    BalasPadam
  2. tombol tu memang dah lama rosak, Blog till drop.. cuma baru ni dia tunjuk perangainya. Maka tuan blog pun kenalah bermalam di luar. Wawawa~

    BalasPadam
  3. sha takde ke tips lain fiq bole guna utk ilangkan jerawat.

    BalasPadam
  4. Kasila tips lain yang boleh ilangkan jerawat dengan modal kosong.. Maklumla, macam sha, baki dalam wallet bawah RM 5..he3

    BalasPadam
  5. Tips lain, ye Afiq? Ada.. Petua Melayu la.

    Tips yang lain lagi? Kena pantang makan dan guna produk pencuci muka dgn teratur. produk pencuci yg teratur tu maksud sha, kena guna pencuci muka, penyegar (toner)dan ubat jerawat.

    BalasPadam
  6. Jai, mana ada kalau org berjerawat ni tapi penyelesaiannya bermodalkan RM0..

    Kalau jerawat tak banyak dan go away je, tak pe la.. Tapi, kalau jerawat tegar ni, susah la.. Bukan boleh ambik enteng.. Orang yg tak de jerawat teruk boleh gelak-gelak jer. Dia tak tau sebab dia tak rasa.

    Baca ni part no 4. fizikal
    http://sha-myheart.blogspot.com/2011/04/luahan-perasaan-2-annoying.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker