Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

[Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Entri peribadi lagi. Tak habis-habis entri peribadi jer kan? Eh, kite ada muatkan jugak entri yang lain seperti berita tapi entri la yang menjadi perhatian. Kenapa jadi perhatian? Adakah kite ni merupakan orang popular? Wah, perasannya kalau kata kite ni popular. Mana ada popular. Blog pun entah apa-apa. Kalau kite ni seorang yang popular atau ada wajah cun, lain la. Macam sape? Ah, itu korang pun boleh tau sendiri. Takkan korang tak kenal otai blog kot? Pengikut diorang ni beribu-ribu. Kite ni nak sampai tahap ribu pun masih tercunggap. Orang komen entri pun tak ada, ada hati kata kite ni popular? Ok fine, kite tak popular. Kite ni orang biasa saja. Mungkin ada yang skodeng nak tau cerita kite kot? Wahaha, perasan lagi. Mana ada. Diorang just tersinggah kat sini, komen-komen sebab nak tinggalkan jejak lama. Itu jer. Yang ko ni perasan, pe hal  Sha? Hihi, malu-malu.. Perasannya  aku.    

[Novel Bersiri-Cikgu Rania 40: Di Taman Rania

PENGALAMAN mendewasakan seseorang. Barangkali kerana kerap sangat dilanda badai, peristiwa putus ikatan dengan Halim tidak menjadi kudis buat Rania. Saat bertentang mata dengan Puan Sri Zalia, dia nampak tenang dan tabah. Puas diminta Puan Sri Zalia agar dia berterus-terang tentang perasaannya, tetap juga Rania menjelaskan bahawa dia dapat menerima keputusan Halim dengan lapang dada. Dia turut menjelaskan bahawa adalah hak Halim untuk memutuskan ikatan tersebut atas alasan apa sekalipun. “Kalau begitu kata Ren, mama bersyukur.” “Itu yang terbaik mana.” “Ingat tak ayah dah buat pengumuman tentang perkahwinan Ren masa majlis doa selamat malam itu?” “Rania ingat.” <a href="[innity]http%3A//bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2696223%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D7640" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2696223&

[Novel Bersiri Cikgu Rania 10 : Jiwa Kacau

“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya. Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian. Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja. Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik.    

Minta Pendapat Korang, Dijodohkan Dengan Lelaki Ini?

Assalamualaikum... Entri peribadi. Aku betul-betul memerlukan pendapat korang. Tolonglah aku membuat keputusan. Aku berdebar-debar dan buntu. Mungkin aku memberi jawapan negatif. Balik kampung untuk kali terakhir dalam pengajian bukanlah satu yang menggembirakan. Bukan apa, masa degree dulu, ayah ada membawa orang untuk merisik. Kali ini, masa habis master pula, sekali lagi ayah usulkan. Tapi bukan orang yang sama. Ayah tak memaksa, kerana dia tahu aku jenis bagaimana. Bertegas dengan keputusanku. Ayah bertanya kepadaku , sudahkah aku mempunyai teman istimewa. Erm, aku memang solo sekarang ni. Tak percaya? Semak ni.. Aku Mencari Jodoh Resepsi Impian: Berangan Nak Jadi Bride Siri Perihal Seorang Aku: 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8 ,  9 , 10 Sekali kau, banyak berderet rujukan.. Wahaha~    

Ha, Eropah Cemas Sayuran Tercemar?

Assalamualaikum... Rasanya macam agak lama aku tak baca newspaper ni. Tadi saja la buka e-newspaper. Terkejut jugak bila baca tajuk berita. Eropah Cemas Sayuran Tercemar. Ha, negara maju pun kena serangan bakteria? Selalunya negara China yang sering bermasalah. Sekarang ni, Eropah. Beberapa kali aku tertanya-tanya sendiri, ye ke berita ni, sebab apa? Sah dan sahih berita ini, ok. Fuh, susah jugak nak terima. Tapi kalau dah kuasa Tuhan, maju sekali manapun negara tu, kena tunduk kepada kuasa yang Maha Besar. SEBIJI timun yang ditanam di sebuah rumah hijau di Algarrobo Sepanyol - Reuters Timun pun sampai hitam? Isk.. PRAGUE, Republik Czech — Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam. Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang la

Berhentilah Hipokrit Ko Tu. Menyampah La!

Jadilah permata yang benar-benar permata, bukannya kaca! Berhentilah hipokrit tu. Assalamualaikum... Korang pernah rasa tak rimas dengan orang yang hipokrit dengan korang? Yang lebih merimaskan bila dia tu baik punya berlakon depan korang tapi korang tau, yang dia sedang berlakon. Yek, menyampah weh!! Ok, aku nak cerita story aku. Aku rapat dengan kawan aku, A. Of course la sebab kawan aku. Hihi, apa daa ayat. Ok, kawan aku tu lelaki. Dia seorang yang ramah dan baik.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania] Siri 10: Jiwa Kacau

“SILAKAN ..,” suara garau Ummar Qayyum mempersilakannya bergerak terlebih dulu, disambut Rania dengan senyum. Langkahnya diatur dengan begitu berhati-hati. Jiwanya kacau mendadak. Bila sudah kacau, jalannya pun jadi tidak menentu. Rania sedar itu antara kelemahannya. Tapi dia tidak pernah tahu bahawa berhadapan dengan lelaki pun dia boleh jadi gementar sedemikian. Dengan Farhan dulu, tidak pernah pula atmanya segusar ini. Jauh sekali berdebar, malah sikit pun raganya tidak berkutik. Perasaannya mendatar dan hambar sahaja. Sesekali keluar berdua, Rania tak sabar mahu pulang dan setiap kali itulah muka Farhan berubah. Sebab itu dia sedikit pun tidak berkecil hati bila Farhan menikah. Itu yang terbaik. Namun bersama lelaki ini senarionya berbeza. Hati tidak tenteram. Perasaan bergalau-galau, jiwa pula bagai dipalu-palu.

Twitter dan Facebook Kayu Pengukur Populariti? Ye ke?

Assalamualaikum... Internet memang besar peranannya dalam dunia hari ini. Laman sosial pula menjadi wadah utama perhubungan internet terutamanya Facebook. Gelombang facebook ni besar, sampaikan ada pak cik- mak cik pun nak ada facebook. Hebatkan? Kalau berbicara pasal Twitter pula, ramai artis ada twitter dan ya, mengukur populariti seseorang itu. Aku ada twitter , dah lama buat akaun tapi tak pandai sangat. Nasib baik bebaru ni kawan bloggerku, Topan ala yang ada blog bernama Taufan Bin Ribut tu, ajarkan sikit. TQ bro. Tapi aku masih banyak kena explore sendiri lagi. Tak apa, aku nantikan saat itu. Hoho~

Korang Dah Bayar Hutang PTPTN? Belum?

Assalamualaikum... Korang ni peminjam PTPTN ke? Aku ya.. Ingat nak pinjam Mara, tapi dia cakap Mara tak taja untuk pelajar universiti awam. Sangat jeles pada mereka yang dapat pinjaman Mara. Er, biasiswa tak jeles ke? Jeles, tapi aku ni tak sepandai diorang. Jadi, redha je la. Tak perlu nak jeles-jeles, kan? =) Hutang yang dulu ada dalam 20, 000. Yang baru ni ada dalam 10, 000. Oh, 30,000. Mana nak cekau ni? Jom baca berita pasal PTPTN. Baik jugak ya..

Yay, Sudah Sampai Rumah!

Assalamualaikum... Hari ni aku balik rumah. Alhamdu lillah, dah sampai rumah. Pada malamnya, aku lepak dengan Zaty. Dia datang bilik aku sebab dia nak dengar sendiri bagaimana handphoneku boleh hilang. Lama jugak kami berborak. Kemudian, aku bercerita tentang VCO Catalyst. Dia pun teruja nak tau dan kami search sama-sama. Tapi jenuh nak cari. Masa cari tak de la pulak. Masa tak cari tu ada je.. Heee~ Kami banyak tanya orang itu orang ini. Sebab kami ni sama-sama kurus. Sebab ada testimonial yang mengatakan berat mereka dah kurang. Risau la takut kurang lagi berat badan ni.

Bila Kawan-kawanku Melepaskan Perasaan

Assalamualaikum... Entri ringkas. Rasa nak up date. Banyak idea dalam kepala. Tapi bila dah buka, blank.  Aiyoo.. Akhirnya, hari ni aku nak balik rumah. Rindunya kat rumah. Dari semalam tapi ada masalah teknikal sikit. Ye la, aku kan tak ada telefon, susah la nak contact. Macam duk zaman batu dah ni. Aku rasa tak ada nak up date apa, just nak kongsi yang ada jugak orang ingatkan aku kan? Siap buat entri: need you

Saat Itu Muncul Jua.. Selamat Tinggal

Assalamualaikum... Selamat tinggal. Entri ringkas.. Nak bercerita sikit. 2 tahun aku kat sini. Bumi Sintok. Macam-macam jenis orang yang aku kenal. Syukur ke hadrat Illahi juga kerana mengizinkan aku merasai nikmat iman dan Islam *eh, tetiba ke laut. Syukur kerana diberi kesempatan untuk bernafas dan aku bersyukur jugak kerana terpilih antara manusia yang bertuah dapat merasai Bajet Kerajaan (Bajet Mini 2009). Ini adalah disalurkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Aku adalah salah seorang daripadanya. =) Setelah berhempas pulas dan malas-malas *hehe~, akhirnya berjaya juga menamatkan Sarjana Komunikasi Kepengurusan. =)    

Budak-budak Persatuan Yang Aku Kenal (Wajib Baca)

Assalamualaikum... Entri ni adalah warkah buat adik-adikku. Adik-adikku sekalian, Kak Sha dah rindui korang. Korang memang sempoi.. Kak Sha sayang korang. Ini adalah diri korang di sebalik perspektif spek pink Kak Sha. 1. Zul - suka dengar dia bagi ucapan. Sedap dan lunak? Lunak ke? Haha~ Yang penting, suara dia memang sedap bila membawa lagu marhaban dan qasidah burdah. Yang Di-Pertua (YDP) yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Matang melebihi usia dan gila-gila jugak. Dia dapat mengecam ramai nama. Bravo. Apa petua ni? 2. Pan - roommate Zul. Suara pun sedap..Kalau dengar suara dia mengalunkan marhaban, sangat sedap okay. Nampak macam sombong sikit. Mungkin pemalu. Tapi, bila ditegur, ok ja.

Terharu Empat Kali Hari Ni, TQ Korang =)

Assalamualaikum... Aku demam hari ni. Wahaha~ itu la balasan tak jaga kesihatan diri. Tapi aku kena buat jugak entri ni dan entri-entri selepas ni. Kenapa? Kerana nanti not the correct time dan rasanya aku tidak lagi boleh ber on- line 24/7 like this again. Rutin harianku yang selama ni, selepas berhenti kerja adalah on line jer. Buka facebook dan blog ni. Kemudian, BW dan baca je. Itu jer kerja aku.

Jom Komen Header Baruku

Assalamualaikum... Hari ni aku tukar header. Dah lama dah nak tukar. Hari ni baru la terajinkan diri untuk menukarnya. Ops, sebelum tu, kena edit dulu. Memandangkan aku ni tak pandai sangat Adobe Photoshop, maka aku guna Photoscape je. Korang jangan gelakkan aku, tau.. Aku dah cari merata blogger untuk mengedit dan membuat headerku tapi tak de sape pun sudi. Sedih kan? Ye la, orang tak popular macam aku ni mana la ada orang nak bantu. Ah, cukup-cukup la buat ayat sedih tu. Tak sesuai dengan aku. Aku kan happy go lucky. Ekeke~    

Ntah Pape, Jangan Baca!

Assalamualaikum... Minta maaf berkali-kali kerana akhir-akhir ni, hanya entri peribadi sahaja yang memenuhi blog ni. Minta maaf ya pembaca. Ceh, bajet je ada pembaca.. Kalau korang tak nak baca dan tak nak komen pun tak apa. Aku tak kisah. Ini blog peribadi, bukannya blog gila nak kumpul duit. Sedih Not in mood rasa nak ...(sila sambung)    

Ke Manakah Menghilang Result Examku? (dan Mood)

Assalamualaikum... Ada cerita sedih. Er, sedih ke? Tak sedih tapi cerita yang berunsur negatif la.. Hari ni teringat nak cek result exam yang telah lama terabai dari perhatian tuannya ni. Hihi~ Tapi, sekali masuk dalam local disk D, tak jumpa result yang dua sem lepas. Tak ada result keempat-empat sem. Mood: Ok, sabar lagi. Mungkin boleh cari dengan portal. Kan hari tu portal masukkan semua result berderet. Masih boleh senyum. Mood: Ada harapan

Giveaway Belog Nemomimosh

Assalamualaikum... Sha kena tag. Syuk yang tag. Cayanggg dia. Adik Syuk yang suka Korean. Dia tag Sha give away ni. Tengok hadiah, boleh tahan. Kalau nak tau, klik jer link kat bawah ni or banner dalam ni, k. http://zaihazrasulaiman.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html

Terharu Kan, Bila Ada Orang Ingat Pada Kita?

Assalamualaikum... Hari ni aku buat entri pasal bebudak blogger yang aku rapat terutamanya student UUM. Tak tahu? Meh, klik link ni. Aku buat geng Sintokkian terharu. Rerupanya ada jugak orang yang buat aku terharu. Terima kasih ♥ Jom dengar cerita aku.. Aku memang tak tidur malam la sejak dua minggu ni. Aku stay sampai pagi. Pukul 10 baru la reti nak cari katil. Hihi~ Kalau kat rumah, memang la kena marah. Shyy~ jangan bagitau sesape..

Habis Sem dan Kawan Bloggerku Di UUM

Assalamualaikum... Rasanya, aku pun nak buat jugak la cerita macam diorang ni. Cerita pasal apa? Cerita pasal habis sem dan balik kampung. Kenapa aku nak ikut diorang? Ntah, saja ja. Macam trend pulak bila habis sem, buat entri macam ni. Ekeke~ Siapa diorang yang aku maksudkan? Kawan-kawan aku. Sintokkian Blogger yang sangat best. Group fb tertutup ni. Khas untuk UUMer saja. Best sebab kami dalam satu persekitaran yang sama. Dah tau culture, tempat dan paling best adalah umur semestinya dah 19-20+. Kira matang la. Tak ada la mudah nak terasa hati atau nak baran tak tentu pasal.    

Inikah Kawan Aku?

Assalamualaikum... Aku rasa sakit hati hari ini. Berlagak! Dulu dia pun macam kami jugak terkapai-kapai mencari haluan kerja sekarang ni sudah ada kerja berlagak kawan minta tolong pun sudah tak boleh Ok, kau hidup la dengan sombong kau tu

Jom Belajar English (Pada Awal Learner)

Assalamualaikum... Sama macam semalam, tak tidur-tidur lagi.. Hihi~ Amnesia kah aku? Amnesia? Bukan, imsonia la.. Nope, i am not imsonia (betul la perkataan ni?). I am fine. Cuma saja ja tak nak tidur. Kenapa? Sebab nanti, aku tak kan ada kesempatan ini lagi.. Jadi masa ada kesempatan yang terbuka depan mata ni, aku rebutlah kan? Tak salah rasanya. Kesihatan? So, far masih ok. But, u know last afternoon, my palm become purple-blue like that.  I am so shock. Is'nt right or my eye got problem? Fortunatelly, it become normal. Ni pe hal tetiba speaking London ni?    

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 11)]: Di Sebalik Tabir, Ada Rindu!

Di Kampung Rimba di Janda Baik yang penuh cinta! Ada suara-suara yang bergema, ada gemersik angin, ada bisikan sungai rindu yang menderu, ada udara segar yang membelai, ada sungai jernih yang sesekali merintih, ada siulan burung yang merengek. Pendek kata banyak keindahan dan kedamaian di situ cuma damai itu tidak bertenggek di wajah Halim. Halim seperti putus asa dan tandus suara. "Dia dah tak macam dulu Ren," Ros Ilyani membuka cerita sebaik sahaja Halim mengheret kerusi rodanya masuk ke bilik. Pintu kamar dikatup. Rania pandang putih mata pada pintu yang di sebaliknya ada Halim. Tak sampai pun sepuluh minit mereka berpandangan, bertanya sepatah dua khabar, dan kemudian Halim minta diri. "Dia jadi begitu selepas malang datang bertimpa-timpa padanya." "Malang?"     <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" target="_blank"

Rindu Yang Tak Terungkap

Assalamualaikum... Layan perasan lagi.. Ah, blogku ni dah macam tempat luah perasan plak.. Adoi~ Apa pun, jom layan.. Hihi~ Rindu Rasa sunyi Rasa sepi Rindu melanda Adakah ...? Aku terdiam membisu benarkah? Sunyi dan sepi bermaharaja lela di hati Sedih dan terkilan menguasai Rasa ingin menangis..    

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 12 )]: Nun Di Sana, Ada Murni!

NENEK Ninda pandang Ummar Qayyum tak berkelip-kelip. Benarkah apa yang aku dengar? Ah tak mungkin! Barangkali Qayyum bergurau. “Saya tak bergurau mak, saya serius. Saya tak boleh kahwin dengan Murni.” Dihumbankan segala gelora yang mengepungnya selama ini - sejak emak menyuarakan hasrat hati untuk menyatukan dirinya dengan Murni. Selepas itu, pernah sekali dia pulang ke kampung tapi persoalan itu disenyapkan sahaja. Bukan bererti dia bersetuju tapi dia memberi ruang untuk mencari kekuatan. Ini soal hati dan kini dia yakin benar tentang apa yang hatinya mahu. Justeru dia tidak mahu lagi berselindung. Jalan terbaik ialah berterus-terang. Nenek Ninda terdiam sejenak. Jelas sekali Ummar Qayyyum tidak bergurau. Muka Ummar Qayyum nampak benar-benar serius. Kerut di dahinya jelas menggambarkan keseriusannya. Nenek Ninda melepaskan keluhan. Wajah tuanya nampak hampa benar. Kenapa baru sekarang Ummar Qayyum membuka mulut? Kenapa tidak masa aku ajukan rancangan? Kenapa selama

Untuk Tatapan Buah Hatiku ♥

Assalamualaikum... Saja nak menggediks since that relationship goes fine.. Boleh, kan? This is my blog, so lets me jugde it, k. Lalala~ I am happy :-) Aku tersenyum.. :-) walau agak tersentap dengan tindakanmu tapi chill sudey~ Friends, i love u.. till we meet ya. But, when? I dont know.. Sure we will have a fine day. I wait for the day.. Patient ya.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 13)]: Datanglah Embun Sirami Hati!

"NENEK Ninda yang suruh telefon. Katanya ada hal penting yang abang nak bincangkan. Apa halnya bang? Hal kitakah?" Murni memberi penjelasan. Ngilu rasa jantung hati mendengar ungkapan Murni. Naif bunyinya. Ummar Qayyum mengerling Rania. Dia dapat mengagak Rania mencuri pandang ke arahnya. "Memang ada hal yang abang nak bincangkan tapi bukan sekarang." "Bila?" "Murni tunggu abang balik." <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" border=0 width=400 height=200></a> "Tak boleh cakap melalui telefon?" Ummar Qayyum diam sejenak. "Abang kira lebih baik kita bercakap berdepan."    

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 5

Assalamualaikum... Cerita Indon ni tak la panjang mana. Ada sambungannya lagi ni. Korang dah tahu babak sebelum ni? Kalau belum, dipersilakan dengan berbesar hati membacanya. Klik sini untuk mengundi. Ekeke~ Mana ada mengundi ni.. Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 1 Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 2 Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 3 Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 4 Jom ambik feel nak baca cerpen ni.. Sinar mentari yang tenggelam di balik awan mula memancarkan cahayanya. Awan mendung berarak pergi. Hari ni, alhamdu lillah, segalanya nampak semakin cerah sinarnya. Aku tersenyum sendiri dan melepaskan batuk di tangga, eh, apa kena mengena? Salah tu.. Aku menarik nafas lega.

Seratus UFO Serang Shinjuku, Jepun

KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, Tokyo pada April lalu. TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam. UFO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube. Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya. Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja. Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya. - Agensi dalam Kosmo. Standard la hari tu kena radiasi nuklear akibat gegeran gempa bumi yang mengakibatkan tsunami yang dahsyat. Aku rasa benda ini adalah kesan dari asap tenaga nuklear tu. Kalau la betul-betul UFO, kenapa tak turun kat sem

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 14)]: Bintang Jadi Saksi

BANYAK rahsia yang tersembunyi rupa-rupanya! Kalau tak dibongkar Rania sudah pasti sampai sekarang dia tidak tahu cerita yang terselindung di sebalik kabut silam. Kasihan Ros Ilyani, dia masih bersendirian pada saat aku sudah pun mendapat pengganti. Lebih malang, kukira Ros Ilyani sudah bernikah padahal dia masih sendiri. Daripada Rania, banyak cerita tentang Ros Ilyani dan Halim diketahui. Yang menjadi tanda tanya pada dirinya ialah mengapa dulu Ros Ilyani berubah tiba-tiba? Tanpa alasan kuat, dia minta hubungan diputuskan. Tiada jodoh, tuturnya. Semudah itu kata dilafaz? Bukan dia tidak mencari Ros Ilyani, tetapi mereka sekeluarga telah berpindah. Khabar terakhir yang dia dapat ialah Ros Ilyani sudah berkahwin. Barangkali si penyampai cerita sudah keliru. Yang kahwin ialah Halim, adik Ros Ilyani dan bukan Ros Ilyani. Apa yang mampu aku buat? Aku harus pasrah walaupun hati bagai disiat-siat mendengar berita pernikahan tersebut. Nasib baik ada Haryat

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 4

  Assalamualaikum... Entri peribadi. Sambungan kepada entri terdahulu, part 1 , part 2 dan part 3. Sudah baca ke? Kalau belum, ada baiknya baca dulu, nanti tak faham pulak. Ekeke~ Kalau dah bersedia, one, two, three and go.. Langit mendung. Awan kelam. Begitulah rasa hatiku. Muram. Aku buka blog seseorang. Ada lagu. Ya ALLAH, sedihnya dengar lagu sedih.. Cukup-cukup, tak nak dengar dah. Aku rasa hatiku bagai dicarik-carikkan. Pedih. Terus aku klik butang pangkah pada blog tersebut. Minta maaf pada kawanku itu. Aku bukan tak nak join peraduan yang sedang berlangsung tapi aku tak kuat, lantaran si dia pun ada sama, malahan bertindak sebagai promoter. Dia masih belum memaafkan aku.

Oh My Lamborghiniku! Hampeh Kawanku..

Assalamualaikum... Ni yang aku malas nak kasi kawan pinjam ni. Kalau pinjam, dia jaga elok-elok tak pe jugak. Aku ada sorang kawan masa sekolah dulu, kalau pinjam barang orang, dia bukannya reti nak jaga elok. Suka hati jer, kotorkan, kopekkan, rosakkan.. Hish, memang geram. Korang kenal tak kereta ni? Ni kereta Lamborghini. Mahal kereta ni. Aku bagi kawan pinjam, hampeh plak, dia bagi eksiden, grrr~ geramnya..

Testing

Assalamualaikum... saja test.. jadi ke tak.. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 15)]:Angin Baru Tahun Baru

PEJAM celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Masa berligas tak terasa. Pergi sekolah balik sekolah tiba-tiba sudah masuk bulan Februari. Baru saja mengajar beberapa bab dalam subjek Sejarah, ujian bulanan menunggu. Kelam-kabut juga para guru menyediakan kertas ujian bulan Februari. Belum sempat menanda kertas jawapan, sudah ada program yang menanti hujung minggu tersebut - Mesyuarat Agung PIBG SMK Seri Melor. Ah, itulah kerjaya guru. Mengajar, mendidik, menyemak dan menanda buku latihan, mesyuarat pula silih berganti. Ditambah pula dengan pelbagai kursus dan seminar yang harus dihadiri pada setiap masa dan ketika. Belum masuk bab bertukar menteri pendidikan. Setiap kali tukar menteri, setiap kali itulah dasar berubah. Bila dasar berubah, semua harus diubah suai dan proses ubah suai bukan berlaku dalam sekelip mata bahkan berlarutan dan silap hari bulan, menteri baru naik, dasar lama masih belum diaplikasikan sepenuhnya. "Sepatutnya dasar dan perlembagaan

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 3

Assalamualaikum... Ini adalah iklan racun perosak - Eh, merapu! Wakaka~ Ini adalah sambungan drama Indonesia bersiri, haha. Kalau belum baca, ada la moleknya tuan hamba semua baca dulu, k. Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 1 Kau Yang Ku Sayang (Blogger) Part 2 Patik menunggu kedatangan tuan hamba di sini. Jangan sesat jalan, ya. Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum, bunga yang layu pada musim gugur .. Eceh, menyanyi lagu Shahir plak. Itu la yang aku rasakan dalam hubungan kami.. Aku ni bagai melukut di tepian gantang je. Tapi aku akan tetap menanti akan kemaafan itu walau seribu tahun lagi, aku akan tunggu. "Kenapa kau bodoh sangat, orang dah tak nak tu, sudah la." "Oh, bukan sebab itu. Ada sebab lain." "Sebab apa?" "Sebab ni la yang aku nak cerita pada korang. Shhyy, jangan bagitau pada orang lain."

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 17 )]: Episod Ke Taman Cinta

“SAYA tahu cikgu tak bersalah malah tak ada apa pun yang cikgu buat untuk dihukum begitu,” lirih suara Amanda Sofea menikam jantungnya. “Semua ini rancangan Elly nak malukan cikgu sebab dia dendam pada cikgu. Ajeerah dengar dia cakap pada kawan-kawannya dia nak kenakan cikgu.” “Tak mengapalah Sofea. Kalau dia bahagia dapat kenakan cikgu, biarlah. Cikgu redha. Lagipun cikgu dah tak kisah. Masa mula-mula saja cikgu stres, sekarang tak lagi,” akui Rania. Tidak dinafikan, masa baru kena, bohonglah kalau kata dia boleh menerima suratan itu selapang hari ini. Memang hatinya luka parah, berdarah dan bernanah tetapi dia menerimanya sebagai dugaan. Kalau ikut marah, memang dia sangat marah malah terselit rasa dendam kerana dimalukan sedemikian rupa tapi dia berbalik pada qadak dan qadar Tuhan. Dia banyakkan solat dan doa. Ternyata ayat-ayat yang Allah turunkan hebat sekali. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightI

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 16)]:Angin Baru Tahun Baru

PAGI Ahad itu, awal-awal pagi Ummar Qayyum sudah berada di depan perkarangan dewan sekolah. Matanya liar mencari Rania dan senyumnya menguntum tatkala melihat Rania bertugas di meja pendaftaran. Dihampiri Rania. Sempat dia bergurau dan mengusik Rania pada kala tetamu lain sibuk berbual sesama sendiri. “Selamat pagi. Terima kasih datang,” ucap Rania. “Tak datang rugilah, bukan senang nak jumpa cikgu sekolah ni,” seakan berbisik Ummar Qayum bercanda lagi. Rania menjeling sekeliling takut gurauan Ummar Qayyum terdengar dek cikgu-cikgu lain yang sibuk dengan urusan pada pagi itu. “Ucap pada cikgu Rania seorang saja ke?” Ustaz Habsyah menyampuk. Ternyata dia ternampak gurauan teruna dara itu. &amp;lt;a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;amp;PluID=0&amp;amp;Pos=4530" target="_blank"&amp;gt;&amp;lt;img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adSer

Harimau Sembunyikan Kuku

Assalamualaikum... Korang pernah rasa tak keadaan macam ni? Korang tahu tapi sengaja tak nak bagitahu. Bukan nak kedekut atau sombong tapi korang tak nak ada orang salah faham kepada diri korang. Niat baik korang tak dihargai bahkan disalah erti. Bukan mahukan penghargaan tapi biarlah tiada apa-apa konflik lagi. Pernahkah korang rasa macam tu? Aku pernah. Rasa terkilan dituduh mengutuk, aku lebih berhati-hati. Aku bercerita pasal dunia blog. Tadi, ada seorang blogger tanya aku. Aku tahu, tapi aku risau ayat aku ni kasar atau dia akan terasa. Jadi, aku berpura-pura jadi noob. Tak tau pape. Ibarat harimau menyembunyikan kukunya. Bukan aku berniat tak nak bagitau dia. Aku nak bagitau tapi dalam pada yang sama ada orang yang masih pandang negatif pada aku. Dia lagi terrer bab-bab blog ni dari aku.

Review Blog (1): LIVE.LAUGH.LOVE

Assalamualaikum... Ada blogger suruh aku buatkan review tentang blog dia. Sebab dia baca entri aku yang bertajuk kau yang ku sayang blogger part 1. Korang tak baca lagi? Jom klik.. Seorang lagi blogger yang telah mengikuti nasihatku ialah idham xpression. Beliau adalah blogger yang pandai melukis potret. Sesiapa yang mahu menempah, boleh. Murah-murah saja. Berbaloi. Ya, demi kawan aku memang tak kisah.. Er, ada aku kisah? Haha. Aku dah mereng ni.. Lalala~ Sila abaikan. Tapi serius, aku pun tak pandai lagi bab-bab teknikal blog ni. Nak tau lebih, kena tanya otai la.. Cek ni newbie yang lagi noob. *humble tak, humble tak? Ekeke~ Tetapi disebabkan dia dah bodek aku, maka aku pun kena la buat. Haha~ gurau ja.. Insan terpilih untuk direveal eh, salah.. Blog yang terpilih untuk direview adalah kepunyaan Che Sakinah yang cute-mute..  nama blog dia LIVE.LAUGH.LOVE Ok, jom tengok apa yang Sha review untuk Che Sakinah.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 18)]: 'Aduhai Qayyum!' Bisik Hati Rania

MENGGELABAH Rania dibuatnya. Dipejamkan matanya. Dari mana Ummar Qayyum datang? Ulangnya entah untuk kali ke berapa. Aduh! Mati aku. Aku harus pergi dari kelompok ini. Dan Ummar Qayyum tidak boleh tahu. Kalau aku tidak bergerak, naya! Fikirnya. Justeru, perlahan-lahan dia bangkit dari kerusi. Membelakangi para tetamu lantas menyusup keluar daripada kemeriahan tetamu yang bertandang. Dia bergerak cepat tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan lagi. Sampai di sebuah tiang roman sebesar pemeluk, dia menyandar melepaskan lelah. Pandangan pelik daripada beberapa tetamu yang melintas di sisi melihat tingkah anehnya tidak dipeduli. Dipejamkan matanya. Bermacam-macam soalan menghentam tempurung otak. “Kacau! Kacau! Rosak program aku. Macam mana Qayyum boleh ada di majlis ini? Dari belah pengantin perempuankah? Rasanya tidak. Masa dia pergi ke majlis di rumah Kak Haryati minggu sudah, kelibat Ummar Qayyum langsung tak ada. Kalau begitu undangan dari keluarga akukah? Siapa yang

Bahasa Utara Semakin Pupus?

Assalamualaikum... Aku ini orang- Aku ini orang Indonesia, kalau tidak penuh ilmu di dada, tidak aku sampai ke Terusan Suez .. Haha~ Ayat dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Ok-ok, sambung balik, aku ini orang Kedah. Memang anak jati Kedah.  Er, ada sesape yang tak puas hati, angkat tangan macam saya, kata Ucop Wilcha. Haha~ Sekali lagi trademark HKLBR jadi sasaran. Ok, aku memang orang Utara. Cakap dalam bahasa aku ni, memang aku tau la. Tapi aku tak la power sangat dalam bahasa Kedah atau Utara ni.

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 2

Assalamualaikum... Aku kembali lagi untuk menyambung tali kasut yang telah putus.. Eh, tak de kena mengena.. Aku nak sambung balik part 1 tu.. Belum baca? Klik sini kau yang ku sayang (blogger) part 1 Oh ya, apa nak sambung ya? Rahsia? Oh, dia ada memberitahuku rahsia. Rahsia penting yang aku tak boleh bagitau pada sesiapa terutamanya kepada mereka yang bergelar blogger dan rakan bloggernya. Ada dua rahsia penting. Satu mengenai dunia perkomputeran dan satu lagi mengenai dirinya.  

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 19)]:Debar Sukma Yang Tertinggal

BERAS ditampi nyiru ditadah, Jatuh semuanya di dalam baruh; Rahsia dikunci pecahlah sudah, Di mana muka hendak ditaruh? Pantun empat kerat nukilan Dayana Asilah tamsilnya menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti hari, peristiwa bertembung dengan Ummar Qayyum di majlis perkahwinan Rais tak pernah hilang, malah sentiasa berbayang di ruangan mata. Cuba dikuis kenangan itu tapi payah amat. "Saya beli cikgu," sahut Yuzwan. Rania angguk kepala. Mawar merah berkembang indah, Bunga melur berbunga merata; Rahsia dikunci pecahlah sudah, &amp;lt;a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;amp;PluID=0&amp;amp;Pos=4530" target="_blank"&amp;gt;&amp;lt;img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;

Menghidupkan tradisi Kesultanan Melayu

Assalamualaikum... Korang minat martial art tak? Seni mempertahankan diri. Aku minat. dari kecik-kecik dulu suka tengok cerita lawan-lawan, dari ninja turtle, gaban perkasa hitam, ultraman,(pada zaman sekolah rendah) cerita kungfu, lawan-lawan (sekolah menengah). Aha, ada jugak cerita Pendekar pasa masa aku sekolah rendah. Hero dia, Rusdi Ramli dan Heroin selalunya Raja Azura. Disiarkan TV2, malam-malam weekdays. Dari situ, aku berminat untuk memperlajari seni silat atau apa-apa saja martial art. Sebab aku tak nak orang boleh pukul aku suka hati. Korang minat tak? Apa pun, jom tengok dulu pasal artikel ni. SEAWAL usia empat tahun, Mohd. Khoharullah Datuk Raja Abdul Majid, 28, sudah dilatih dengan gerak silat bak pahlawan Melayu yang diwarisi daripada bapanya. Bapanya merupakan Pengasas dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM). Biarpun didedahkan dengan dunia persilatan pada usia muda, Mohd. Khoharullah tidak pernah berasa jemu

Tips Menghadapi Pasangan Lebih Muda

Assalamualaikum... Jom baca tips ini.. Er, korang ada pengalaman ke? Aku ada. Kalau nak tau, klik sini , rimas seh dengan pucuk muda ni.. Bagi lelaki, memperolehi pasangan wanita yang lebih muda daripadanya bukanlah satu perkara yang  canggung  pelik.  Tetapi bagaimana kalau pasangan, khususnya lelaki lebih muda daripada  wanita? Kebiasaannya, ia akan menjadi ‘bahan bualan’ rakan-rakan  pasangan tersebut. Masyarakat kebanyakkannya masih kurang menerima sekiranya berlaku  perkahwinan antara pasangan di mana pasangan lelaki adalah lebih muda  dari pasangan wanita. Rata-rata dilihat kebanyakan perkahwinan berlaku  antara pasangan yang sebaya atau di mana pasangan wanita lebih muda dari  pasangan lelaki. Namun jika kita melihat sirah Nabi Muhammad SAW, ramai  yang mengetahui bahawa baginda telah mengahwini isteri pertamanya iaitu  Khadijah r.a. sewaktu umur baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah  r.a. adalah 40 tahun. Jarak perbezaan 15 tahun jauhny

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 20)]: Rindu Di Celahan Batu-batu Kerikil

“I dah agak you pandai masak,” pujian Ummar Qayyum membuat hati Rania kembang. Terlebih kembang ialah hati ibu Rania yang sejak kehadiran Ummar Qayyum tak lekang dengan senyum. Gembira benar menerima kehadiran lelaki segak yang lengkap dengan pakej menarik. Paling mempesona, datangnya bersama sejambak bunga. “Ummar Qayyum jauh lagi hebat daripada Farhan,” meleleh-leleh pujiannya tumpah untuk Ummar Qayyum. Rania menjuih. Ah, jauh panggang dari api nak dibandingkan dengan Farhan, detik hati Rania tapi sengaja disimpan sendirian. Kalau sedikit dipuji Ummar Qayyum, melambung-lambung pula pujian daripada ibunya. &amp;lt;a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;amp;PluID=0&amp;amp;Pos=4530" target="_blank"&amp;gt;&amp;lt;img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;amp;PluID=0&amp;a

Duka Bertukar Gembira Bila Dapat Tiket Percuma dan Karya Masuk Surat Khabar

Assalamualaikum. Semalam aku tak tidur semalaman. Korang nak tahu tak, ada orang kata aku bergaduh dengan blogger lain.Hahaha, lawak la. Kemudian, kecoh pula pada admin.. Malam tu, admin buat note. Maka bertambah la kecoh. Aku pelik la, budak tu kata aku kutuk dia? Dari mananya? Dia tanya, aku jawab. Aku terangkan. Then tetiba keluar post orang lain yang kata ada yang kutuk mengutuk. Aku kuar jugak post yang menyatakan jangan nak marahkan orang yang bagi nasihat, kalau dah minta pendapat. Aku minta maaf. Aku bukan nak tunjuk baik. Dah orang tanya dan aku tau, aku jawab la. Pada masa tu, admin yang pandai bab-bab tu tak de. Jadi apa salahnya aku tolong jawabkan. Er, akukah yang bersalah? Betul-betul aku tak faham. Aku cakap tak de la nak kutuk blog dia apatah lagi budak tu. Aku siap buat gurau-gurau lagi dengan dia. Korang pun tau, kan aku jenis yang macam mana, suka gurau-gurau, suka gelak-gelak.

Sedih, Sajak Terbaikku Blogger Makan..

Assalamualaikum... Korang tahu kan yang Blogger.com aka blogspot mempunyai masalah teknikal hari ni? Seharian kot tak boleh buka, maksud aku tak boleh nak sign in dan edit blog. Tengok saja yang boleh. Tapi, aku terkejut sebab entri semalam pasal sajak tu dah hilang. Sedih sebab ia memang karya aku. Dah tu pulak, ayatnya sedap (perasan) dan boleh la kalau aku nak jual. Er, ada sape-sape yang save tak sajak aku tu? Aku nak, boleh? Ini adalah antara gambar yang aku masukkan dan bait-bait sajak tersebut.

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 21)]: Pipitkah aku di sebelah enggang?

  RANIA menyelak langsir tebal berwarna coklat muda. Dari arah pondok pengawal, kelihatan kereta Jaguar Ummar Qayyum memasuki kawasan sekolah. Rania capai beg tangan lalu bergegas menuruni anak-anak tangga dan kemudian terus menuju ke kereta Jaguar yang sudah pun diparkir. Tiada sesiapa yang perasan sewaktu Rania menyelinap masuk ke dalam kereta Ummar Qayyum. Pertama kali Ummar Qayyum menjemputnya di sekolah untuk makan petang. "Nak makan di mana?" "Makan cendol boleh? Hari panas macam ni sedap pekena cendol." Jaguar merah darah meluncur deras menuju ke Seksyen 8. Sebuah gerai cendol dalam deretan kedai makan menjadi destinasi mereka. "Hmm, lemaknya, sedap," ujar Rania sewaktu cendol yang dipesan sudah dinikmati. &amp;lt;a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&amp;amp;FlightID=2496918&amp;amp;Page=&amp;amp;PluID=0&amp;amp;Pos=4530" target="_blank"&amp;gt;&

Kembalilah Sayang, Aku Menantimu..

Assalamualaikum... Minta maaf, entri peribadi.. Tak ada apa yang nak ku katakan padamu Andai sayangmu telah ke laut Andai rindumu tidak lagi menderu Maafkan aku andai aku tak bisa; Menjadi waja bak besi Menjadi kuat bak badang Menjadi tabah bak ombak mengukir pantai..    

Testing

Assalamualaikum... Saja nak testing.. jadi ke tak.. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 22)]: Di Bawah Langit Kampung Rimba

LENGANG dan sepi! Rania pandang sekeliling pejabat guru. Tidak ada seorang manusia pun di situ. Intai pula di bilik Ketua Bidang. Kosong juga. Mana semua orang pergi? Rania perhatikan sekeliling. Di luar pejabat guru, masih ada beberapa pelajar beriringan menuruni tangga. Jam di tangan menunjukkan pukul 1.15 petang. Pelik! Deringan telefon mengejutkannya. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2496918&Page=&PluID=0&Pos=4530" border=0 width=400 height=200></a> "Di mana Ren?" suara Nurul Ain seakan berbisik. "Bilik guru. Mana semua orang pergi?" "Meetinglah, cepat masuk," Nurul Ain mengingatkannya. "Astaqfirullahalazim!" Memang dia benar-benar lupa. Kelam kabut Rania cap

Kau Yang Ku Sayang (Blogger): Part 1

Assalamualaikum... Entri peribadi bagaimana bermulanya perkenalanku dengan seorang blogger. Er, agak jiwang sikit ya.. Tapi tiada cinta, cuma sayang. Er, ikut korang la nak tafsir macam mana.. Malam ni, aku rasa ada sedikit sinar. Moga-moga mentari akan bersinar terang untuk pagi esok. Sebuah pengharapan. Semoga tidak tersilap langkah lagi. "Wei, what happen ?" "Nak cakap boleh, tapi susah sikit, takut ada yang terasa. Sudah la sekarang ni waktu tegang dan dingin. Takut tersilap cakap kang, lagi teruk hubungan yang bakal terjalin kembali" Sekarang ni ibarat retak menanti belah , telur di hujung tanduk dan nyawa-nyawa ikan jer. Biarlah ikatan itu kukuh dulu, baru la aku boleh cerita dengan sewenangnya. Ku harapkan dengan entri ini hubungan kami kembali seperti dahulu..

Kapal mewah Abramovichlawan (pengasas Microsoft)

Assalamualaikum... Kalau ada duit berlonggok-longgok, boleh la nak beli apa pun.. Nak beli heli la, macam Paris Hilton.. Nak beli rumah macam Never Land (rumah Michele Jackson). Hehe~ berangan jer. Microsoft, sape la yang tak kenal kan? Melainkan mereka bukan orang yang literasi komputer sahaja yang tak kenal. Kalau korang cakap, korang pun tak kenal jugak apa itu Microsoft, memang kena pancung jugak la.. Haha~ KAPAL milik Paul Allen dekat bandar Antibes, Perancis baru-baru ini. LONDON - Kapal mewah milik dua bilionair terkenal, Roman Abramovich dari Rusia dan Paul Allen yang merupakan pengasas syarikat perisian komputer, Microsoft menjadi tumpuan media semalam.

Kalau Anda Memandu di Waktu Malam,...

Assalamualaikum... Aku terjumpa peringatan ini dalam facebook. Ada eloknya kongsikan pada pembaca blog ini. Pendek sahaja pesanan tersebut. Pesanan ini ditujukan kepada semua yang memandu malam yang menjadi sasaran perompak. ok, jom tengok teks asal. Jika anda memandu di waktu malam dan cermin kereta dilempar telur ayam, jangan on wiper atau pancut air.Terus memandu dgn apa yg mampu dilihat hingga tiba di tempat selamat. Ini kerana jika telur ayam bercampur air ia akan menjadi seperti susu dan akan kaburkan 92.5% tahap pen gelihatan yg akan memaksa kita berhenti. Di situlah kita akan menjadi mangsa perompak. Inilah teknik baru yg digunakan perompak dijalanan. - Polis DiRaja Malaysia Isk, orang sekarang ni semakin kreatif la. Telur yang boleh dimakan pun disia-siakan macam itu sahaja. Membazir jugak la perompak ni. Haha~ Ok, la berhati-hati selalu, k. Terima sudi baca entri ni. Sayang korang. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get

[Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 23)]: Jiwa-Jiwa Yang Bergurindam Rahsia

“YANG berselisih dengan Ren tu Baizura, bekas isteri Halim,” suara Ros Ilyani terngiang-ngiang di telinga Rania. Memang dia perasan kelibat wajah seorang wanita dalam kereta Wira kelabu yang berselisih dengannya. Wanita itu pun memandang ke arahnya dengan satu pandangan yang pelik. Barangkali dia pun terfikir-fikir siapa aku agaknya, alur fikir Rania menyalurkan pandangan itu. Dia masih ingat wajah perempuan muda bertudung hitam itu. Orangnya berkulit hitam manis, berhidung mancung dengan wajah yang kecil dan tirus iras-iras pelakon drama Azah Aziz. Boleh tahan! Tak sangka boleh bertembung! Kalau aku lambat sikit, mesti boleh kenal wanita yang telah merobek hati Halim sampai berubah fi’il Halim, sampai porak peranda hidup Halim dibuatnya. Ah! Kecilnya dunia. Apa nak dihairankan kalau sekadar terserempak dengan Baizura di lorong rumah Ros Ilyani. Yang lebih dahsyat Ros Ilyani boleh berlaga bahu dengan Haryati di majlis perkahwinan Rais-Haryati. Mendengar cerita seb

Ko Tak De Jerawat, Boleh La..

Assalamualaikum... Entri peribadi-peri bodi.. Saja nak luah apa yang terbuku. Korang tak rasa, jadi tak tau.. Jadi, janganlah mudah-mudah je nak perlekehkan pantang makan aku. Nak marah dan salahkan aku bila aku berpantang makan. Ko kata apa lah sangat kalau jadi kalau pantang makan? Aku rasa nak terkam ko jer waktu jugak! Suka hati aku la nak pantang makan apa pun. Ko tak de penyakit macam aku boleh la ko sedap-sedap makan. Muka ko licin jer, boleh la.. Muka aku? Kalau aku tak jaga, teruk la muka aku weh.. Ini yang berjaga pun macam ni, apatah lagi kalau tak jaga.

Open Tracker