Langkau ke kandungan utama

Mimpi Yang Membuatkan Aku Rasa Bahagia



Assalamualaikum...


Hari ni nak cerita pasal entri peribadi lagi.. Entri peribadi ni bukan nak menunjuk ke apa. Ia adalah entri yang mengisahkan hati dan perasaanku. Aku malu nak kongsi dengan korang sebenar. Kalau korang tak nak komen kat entri ni pun, aku tak kisah. Aku malu, beb.


4 April 2011

Mimpi yang mengasyikkan. Mimpi aku sedang membaca surat khabar. Kemudian, aku asyik dengan membacanya. Tak sedar rupanya pokok yang aku kenali. Pokok mata itik. Aku bertanya kepada kawanku, sama ada dia kenal atau tidak pokok tersebut. Dia katakan dia kenal. Pokok apa ntah, lain dari nama yang aku kenal.


kredit: idristalu.blogspot.com

 
kredit: linaherbs.blogspot.com



Aku tanya lagi untuk mengesahkannya. Buah dia warna apa? Sedangkan pada surat khabar tersebut sedia tertulis buahnya berwarna putih atau merah. Dia bagitahu aku yang dia amat mengenali pokok itu. Dia cakap tumbuh kat ‘jubah’. Hah, jubah? Jubah tu apa? Dia susah terangkan yang jubah tu apa. Lama dia berfikir dan terangkan. Oo, jubah tu tanah pamah.

Tetiba dari cakap ko dan aku, dia bahasakan dirinya 'abang'.. Aku tak biasa jugak nak panggil macam tu sebab dia kan kawan aku. Kalau dah kawan, cakap aku ko je la. Tapi bila dia dah selalu cakap macam tu, aku ikut saja panggil dia abang. Dia suka aku kot. Ye la, tak kan kawan nak suruh aku panggil dia abang kalau bukan ada apa-apa perasaan, kan? Tetiba romantik pulak.

Dia masih berfikir tentang perkataan jubah tu. Aku sentuh lengan dia dan kata "kan tadi kata tanah pamah". Pujuk dia dari terus berfikir. Masa aku sentuh lengan dia tu, teringat jugak, tak boleh sentuh, berdosa. Maka sekejap je la, aku sentuh dia. Haha~

Akhirnya, aku dapat bagitau dia yang pucuk pokok tahi itik tu boleh buat ulam dan kerabu.

Tetiba, aku ikut dia pergi balik rumah family dia di Pahang. Felda apa ntah. Sampai kat rumah dia, dia suruh aku ketuk pintu. Ceh, aku pulak yang kena ketuk. Tapi, aku tak kisah pun. Ada dua pintu di situ, ada nama hampir sama, cuma no 1 dan dua jer. Wah, awal jugak la rumah dia dalam felda tu, no 2. Aku tak tanya dia pula, yang mana satu rumahnya sebab aku tau (agak-agak) rumahnya no 2 sebab tengok dalam facebook.

Ketuk-ketuk, tapi tak ada orang buka sebab diorang sibuk kat dapur. Lama jugak la. Kemudian, nenek datang dari dalam. Dia suruh aku bukakan pintu sendiri sebab dia kasihan. BF aku tu dah lama menghilang, kemudian dia datang balik. Nenek ni dah nyanyuk. Bukan dia nak bukakan pintu dari dalam tapi, dia pula hulurkan kunci padaku. Siap asingkan lagi kunci dan key chain. Dua-dua dia bagi aku. Adoi..

Lepas dah buka tu, aku dan BF masuk. Aku tekan punat tombol, kunci semula dan serahkan kunci pada nenek. Nenek cakap dia kasihankan aku duk luar. Tapi, dia lebih kasihankan cucunya (BFku) sebab tu dia masuk ikut pintu lagi satu yang memang terbuka. Hampeh tol BF aku ni. Patutlah hilang tadi.

Bila masuk tu, BF dan nenek kemaskan tempat nenek. Lipat-lipat baju. Aku duduk kat meja makan.  Risau jugak, nanti diorang terkejut ada orang kat dalam rumah. 

Bila dah sudah, BF berdiri antara meja makan dan dapur, suruh aku minta air cepat sikit. Aku jawab "tak pe la, lambat sikit pun". Terpujuk, dia duduk di kerusi meja makan. Ai, manja betul budak ni.

Nenek tanya aku, minum air teh, kan? Aku angguk jer. Aku tak jawab yang aku alah dengan kopi dan Nescafe. Aku tau, BF sedia maklum tentang hal itu. BFku senyum jer. Aku rasa bahagia. Dia dapat terima aku dan menyayangiku setulus hatinya. Kita tau sama ada orang itu dapat menyayangi kita setulus hati ke tak, kan?

Kemudian, air datang. Mak dia yang tatang.  Aku bersalam cium tangan dan bertanya khabar, “mak cik, apa khabar?” Ada tiga cawan. Air separuh jer, tak de jar. Ai, kalau aku buat macam ni kat rumah aku, memang kena marah la..Tak sopan.

Nenek bagitau aku, kalau nak buat air buah, lambat sikit. Renyah. Kemudian, datang lagi, air bergelas siap ada ais. Ada jar. Ni kakak yang bawa. Kemudian riuh dengan suara mereka anak beranak, suami isteri. Duk satu rumah rupanya.


BF cakap dia nak tidur. Ye la, kami sampai pagi dari Kedah. Dia sorang je drive. Aku masih tak pandai drive. Dia mengantuk dan letih. Ala, nak tinggal aku sorang-sorang la tu... Aku tak kisah sangat, dah rasa pandai bawa diri tapi agak segan sebab dia tak ada. Tapi tengok family dia ok jer. Ramah jer.


Itu jer mimpi aku. Kemudian terjaga. Rasa macam real jer mimpi ni. Ada sekali terjaga, then boleh sambung balik mimpi tu. Kalau la betul, wah bahagia la aku, dah nak kahwin.. Agagatai~

Dan paling bahagia sebab aku kenal lelaki tu. Kawan aku kot. Aku memang suka dia kalau dia menyukai aku. Orangnya handsome, berbudi perketi mulia dan ada kerja yang menjamin masa depan. Kalau lah… Alangkah bahagianya.. :-)

Mula la nak dengar lagu, Lucky (I m in love with my best friend, lucky to have been where u has been…) Wah, romantiknya..

Eh, aku tak pernah pergi ke rumah sesiapa yang dikatanya aku pasangannya. Yang ni, rasa nak perkenalkan kepada familinya dan nak kahwin. Kalau saja-saja, sebagai bf-gf, tak de nya aku nak ikut jantan balik rumah. Boleh blah la..


Credit gambar: Deviantart

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. andainya ia benar-benar wujud, ayuh kawan..

    BalasPadam
  2. citer mimpi ni best ar =)
    moga bertemu dengan jodoh yg ditetapkan Allah buatmu. Amin.

    BalasPadam
  3. kalau mimpi indah memg rasa syg sgt nak terjaga dr tidur,,sbb skali dah terjaga,,mimpi takkan dpt disambung lg kan,,cedihh,,takpe,,jdkan mimpi sbg dorongan,,teruskan usaha anda,,;-)

    BalasPadam
  4. raudhah: best ke? kalau best pun, itu hanya mimpi..

    ke cara penulisan yg best? hehe~ perasan betul la sha ni kan?

    Amin, semoga ada..

    BalasPadam
  5. ina: mimpi ni terjaga dan bersambung kembali.. canggih tak? Haha~

    Terima kasih.. dorongan apakah itu? dorongan menggedik ke? Oh, tidak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker