Langkau ke kandungan utama

Kesibukan Mengejarku..

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari majlis Marhaban  di rumah tuan Haji Ghazali di Changlun, Kedah. Sampai je kolej, ada perhimpunan sebab ada fire drill malam ni. Tapi, aku call rumet kesayanganku, Anis. Dia kata tak payah pergi un tak per, sebab aku dah lambat dan boleh balik bilik.

Kemudian, aku basuh baju. Seorang ahli jawatan kuasa datang tanya ada tak nampak orang balik bilik. Aku kata tak nampak sebab aku memang basuh baju. Tak dengar suara sesiapa pun.. Kemudian dia nak ugut aku. Ewah, macam la besar sangat jawatan tu. Lagipun, aku dah bagitau kat Anis yang merangkap (eh, jawatan apa eh, aku pun dah terlupa..) program ni.






Aku kerja dari pagi membawa ke petang, hari ni. Sampai bilik pukul 6.10 petang. Then, rehat jap sebab aku berjalan kaki sejauh dua killometer (KM). Aku ikut jalan short cut. Dekat sikit tapi masih jauh. Hari-hari pergi dan balik. Kena lalu Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Perwaja, Sime Darby, dan Petronas.

Dah rehat tu, aku terlelap. Pukul 7, aku bangun dan solat. 7.10 aku pergi mandi. 7.30 aku keluar bilik. Pergi ke bus stop Sime Darby. 7.35 sampai. Ada nampak macam Muazd dan seseorang menunggu di hentian itu. So, aku pergi terus kepada mereka. Oh, Adi rupanya. Diorang senyum, kenal la tu..

Sampai pukul 8, masih tiada sesiapa lagi yang menanti untuk pergi Marhaban bersama. Maka, diorang decide nak gerak dulu. Laluan B, tak ada sape. Laluan A, pun sama. Muazd putuskan nak pergi round ke laluan C sekali lagi. Ada Tikah sorang jer.

Then, lalu laluan B balik. Masih tak de sape. Pergi terus laluan A, ramai menanti. Tapi ambik Tikah sorang dulu dan makanan order kat DPP Proton.

Then, we head out to Tuan Haji's House.

Sampai sana, ternampak Awis termenung. Risau lambat sampai agaknya.. Masuk dalam ada 3 orang perempuan dan seorang lelaki. Itu jer yang ada. Terus aku solat maghrib. Masuk jer bilik yang disediakan.

Kemudian, macam biasa la  kemas-kemas dan sediakan makanan untuk dimakan.

Tuan Haji kata rupa aku macam siapa ntah, masa zaman muda-muda. Dia cakap dengan Kak Bee. Aku senyum jer la. Ooo, ada jugak orang kurus macam aku, kan? Hihi~

Tikah Nazari sibuk berbual dengan Tuan Haji pasal duit 1 dollar yang ada unsur-unsur Yahudi. Nak search google la.. Aku sampuk kata RM1 pun ada.

Lepas makan, macam biasa la, basuh pinggan dan berborak je dengan sesape yang ada. Siap ada adik tu minta tolong lagi untuk persiapan program diorang. Aku on jer. Cuma tarikhnya yang bertindih dengan Majlis Ijazah. Susah sikit la nak decide.

Marbahan malam ni tak banyak lagu. Tapi tetap best. :-)

Aku masih menanti lagu Ila Huna, Ila Huna~

Malam ni aku banyak lepak dan borak dengan mereka yang tak pernah aku borak (lelaki). Perempuan, semua aku tegur.. Aku kan peramah. Hehe~ perasan betul la. Aku bukan peramah tapi nak sedapkan hati orang. Ye la, aku kan Mentor dan buat Master, risau diorang segan nak tegur aku. So, aku la yang tegur diorang dulu. Biasa la, make a friend, tak salah kan?

Itu sahaja untuk entri kali ini. Saja up date. Sebab seharian aku tak dapat nak online. Malam baru buka.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker