Langkau ke kandungan utama

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!



Assalamualaikum...

Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah.

Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi..

Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk!


Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la..

Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan dia dalam majlis pertunangan. Bukan macam orang pergi pasar malam!

Lelaki berbaju Melayu, kan sweet dan sopan je. Gambar Ariff Shah, google lelaki baju Melayu, keluar gambar ni. Gambar ni masa raya kat Rusia, kan Ariff?


Paling sopan dan menarik pakai jer Baju Melayu. Just nice jer. Sopan dan kena dengan majlis.

Satu lagi, pakailah baju Melayu lengkap dengan samping serta songkok dan kasut kulit hitam. Jangan pakai sneakers! Sangat tak sesuai bila majlis macam tu pakai sneakers, okay.

Cuba lah hormat majlis, nanti anda pun akan lebih dihormati. Kalau anda  berpakaian tak hormat majlis, anda akan dipandang dengan pandangan yang menjengkelkan. Haha~

Er, apa kau nak kisah? Ello, hidup ni dikandung adat. Majlis bertunang tu dah ikut adat, tapi kau yang akan ditunangkan pakai tak beradat? Tak kesian ke kat rombongan meminang yang siap pakai formal walaupun pak cik dan mak cik?


Kalau nak kurang ajar dengan majlis, biar kurang ajar kaw-kaw punya. Pakai singelet jer.Lepas tu, kepala kau kena pelangkung. Haha~


Lain la kalau mereka pun pakai selekeh jer, jeans lusuh dan terbarai sana sini, t-shirt duk rumah dengan kain pelikat lusuh dan kain batik berbau kari. Ha, kalau diorang pakai macam tu, boleh la kau nak pakai apa pun. Pakai singelet pun tak kisah la, nok.

Majlis bertunang pun sekali jer dalam hidup dengan seseorang, itu yang kita nak. Kalau dengan orang lain, itu hal yang berbeza. Jadi, berkorban la sikit dengan memakai pakaian yang sopan dan sesuai (Baju Melayu)

Kalau pakai kot Melayu ni pun ok jugak.


So, tolonglah hormat majlis dan hormat orang lain yang dah bersusah payah iron baju semata-mata untuk majlis anda. =P

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. belajar la sikit address code berpakaian..

    BalasPadam
  3. budaya tetap disanjung..

    budaya barat pun ada address code pakaian.. cth mjlis holleyween, ball dance..

    BalasPadam
  4. kalau betol2 ikut adat melayu la...
    kan kan kan..

    kalau nak bertunang lelaki xperlu kot join sekali p umah bakal istri..biar makbapak je yang uruskan...betol tak[scr kuno kot aku ne...Muahahaha=P]

    BalasPadam
  5. laki sume nak senang jek..pegi kelas pakai kemeja,keluar pakai kemeja,.btunang pakai kemeja..eish2

    pompuan pnyelah bsusah pyh xtdo mlm nk crik bju yg sesuai..kn2? hoho

    BalasPadam
  6. Peyan: ya, ikut adat.

    terpulang nak pergi ke tak. ada adat yg perlu lelaki pergi, ada yang tak boleh lelaki join sekaki.

    BalasPadam
  7. myra: lelaki kan simple dimple.. haha~

    BalasPadam
  8. Lagi baik lelaki tak payah pegi time bertunang.. :) tunang Ticer ari tu pun pakai sempoi ja... Ticer yang tak bagi dia pakai hebat2 sangat... :D

    BalasPadam
  9. bse tgok org btunang mcm nieh , pkai kmeje , ouhh el tataw pon sal bnde2 nieh , ngat mg kne pkai gitu ? HAHA

    BalasPadam
  10. salam,erhh..kita nak amek yg adat k nak amek apa yg agama suruh..

    lau yg agama,btunang xpayah wat secara besar,xperlu heboh kpada org
    laen..
    yg perlu dhebohkan adalah perkahwinan
    yg laki boleh jer nak datang,pakaian xpenting tp expression yg baik kpada bakal mentua 2 yang lebih utama...

    BalasPadam
  11. Yup, i think laki ni simple je.kalau majlis tunang either pakai baju melayu or kemeja/tshirt pun dah ok.
    tp kbykannya rmai nk pkai kemeja/tshirt je.pakai baju melayu mcm nmpak lebih2 pulak.mcm nk kwin. hahah
    tapi apepun depends la pd psgn masing2.yg mana selesa kan?

    BalasPadam
  12. ticer: terpulang la. kisah plak aku! hahaha~

    BalasPadam
  13. erleena: ok je nak pakai apa pun, terpulang la..

    lor, el tak tau ke? mungkin belum sampai masa utk el fikir lagi kot.. nnti bila dah sampai masa, baru el akan tahu =)

    BalasPadam
  14. tanpa nama 1: terima kasih kerana tersesat di sini =)

    terima kasih bagi pandangan tapi rasanya tak sesuai.

    terima kasih.

    BalasPadam
  15. tanpa nama 2: terpulang la..

    pada saya, saya mahukan semuanya indah dan sempurna. Lagipun nak masuk dalam gambar, nak cantik-cantik.

    Tak semestinya pakai baju Melayu hanya utk kahwin sahaja. =)

    BalasPadam
  16. Amy: butang like fb kan ada. hehe~

    BalasPadam
  17. betul2.. pakai la pakain yang sesuaikan.. terutamanya kaum perempuan.. jagan la dedah2 sgt.. tak baik utk amalan anda..

    Visit Pokok Manggis Depan Rumah

    BalasPadam
  18. kadang2 mmg susah nak pilih pakaian yang sesuai.. :)

    -------------

    jom like page vivadea www.facebook.com/vivadea

    BalasPadam
  19. nasib baik pakai,klu xpakai kang larik plk sume org.

    BalasPadam
  20. pada saya x perlu la pakai sampai baju melayu sume ni siap bersampin bagai sebab cukup la sekadar lelaki pakai tshirt kolar seluar panjang supaya tak menonjol...kalau diikutkan islam laki xde dalam majlis ni..tp kire ok la skrg laki dpt join majlis tunang cume duk di luar

    BalasPadam
  21. sy nk tunang xlma lg. Tp pening la..tunang sy nk pkai bju melayu tp sy isau coz skrg rmai lelaki yg pkai kmeja je trend skang. Sy rsa pn ok klu lelaki pkai bju melayu brsmping..nmpk manis je. Tp xnmpk cm nk kawen ke. Hmm..

    BalasPadam
  22. Ala bia ler nk pakai ap pon..jnji majlis berjalan lancar

    BalasPadam
  23. Ala bia ler nk pakai ap pon..jnji majlis berjalan lancar

    BalasPadam
  24. Ala bia ler nk pakai ap pon..jnji majlis berjalan lancar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker