Langkau ke kandungan utama

Tempat Yang Bakal Ku Rindui (part1)

Assalamualaikum...


Jom layan gambar.

Tempat yang bakal aku rindui.. Tempat jatuh lagi kan dikenang. Ini kan pula tempat belajar.


Banyak kenangan terpahat di sini.

Indahnya deraian air pancut mengamit memori. Lokasi: Depan library, depan HEP dan belakang Canselori











Mentari panas menyegarkan kenangan lalu. Lokasi: Berhampiran Kompleks Sukan







Harum sang kemboja mengingatkanku akan sejarah yang telah diukir kemas. Lokasi: tepi library, sebelah parking.







Stairway to heaven. Lokasi: Depan CAS Office (former known as Economy Faculty). Tangga ke library dan dewan Mas.







Hijau itu menyegarkan dan mendamaikan hati. Ketenangan ini membuatkan aku selasa untuk belajar. Lokas: anak sungai, jalan ke Kachi.

Suatu ketenangan pabila angin sepoi-sepoi bahasa menderu dan berbisik pada pepohon buluh. Asyik!   Lokasi : Tasik Guthrie


Tempat yang menjadikan aku seorang yang boleh berbangga dengan segulung ijazahku.. Lokasi: Depan Dewan Muadzam Shah (Mas).







Dentingan jam berdetik. Masa, kalau lah dapat ku ulangi.. Lokasi: Depan Dewan Muadzam Shah (Mas)





Mercu tanda, buku dan pelita yang menerangi hidup. Semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan. Lokasi: Pintu gerbang







Tepat jam 12 tengah hari, air pancut ini menderu, menyegarkan aku yang terpana dengan buku dan tugasan yang menimbun di depan mejaku, di tingkat lima, Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Lokasi: Depan library, depan HEP dan belakang Canselori






Mendamaikan keindahan di sini, membuatkan aku terpegun dek keramhannya. Lokasi: Mini padang golf. Sebelah Dewan TSO.






Musim bunga tiba dan musim luruh menanti. Syahdunya.. Lokasi: berhampiran Pusat Komputer dan lego.











Meniti denai kehidupan yang damai. Oh, indahnya.. Lokasi: berhampiran kandang kuda.



Korang boleh klick pada goonman.com

Banyak gambar lagi.. tak larat aku nak copy semua.

Semua ambik dari google dan deviant. Credit to them.

Kata-kata indah nan puitis tu dari aku sendiri,k. Haha~ perasan puitis..

Gambar aku mana? Disebabkan memori laptop dah berpindah, maka ianya hilang.. Rasa nak nangis pun ada tapi tak pe la, cukup-cukup la dah nangis teruk baru ni. Tak jadi la nak nangis lagi. Haha~

Sekarang ni, pusat sukan dah siap renovate. Cantik! :-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)