Assalamualaikum...
Kenapa up date pasal bola? Sebab aku ni peminat bola jugak. Terutama skuad negeri.
Piala AFF: 5 pemain dari Kedah diberi tanah
16/03/2011 4:11pm
ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran satu lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu, berkata, tanah seluas 1.7 hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan.
"Kita akan bahagi lot-lot itu untuk setiap seorang pemain secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.
Mohammad Faizal Abu Bakar |
Khairul Helmi Johari |
Mohd Khyril Muhymeen Zambri |
Mohd Sabre Mat Abu |
Amar Rohidan |
Selain tanah, lima pemain iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan turut menerima ganjaran sebanyak RM5,000 seorang pada awal Januari lalu. – Bernama
Gambar: Google dan Blog anak jati kedah
Dapat jugak apa yang dijanjikan kerajaan negeri kan? Bukan sandirawa politik.
Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!
Biar jasa jadi kenangan..
BalasPadam