Langkau ke kandungan utama

Perihal Seorang Aku... Sha (6)



Assalamualaikum...

Apa khabar?


Malam tadi membaca tulisan sahabat G di dalam blog turtie akal dan emosi pasal Perangai Perempuan Yang Buat Lelaki Gila Bayang. Tetiba rasa seperti diri ini direveal plak. Patut la ramai yang suka aku terutamanya adik-adik. Oh, please..


Minta maaf kalau entri ini seperti gediks..







Jom kita baca pasal G tuliskan dalam blog dia, Akal dan Emosi

Perangai Perempuan Yang Buat Lelaki Gila Bayang
Halllo geng! Apa khabar hari ni? Sihat ceria dan cute-miut macam selalu tak? Sebelum aku teruskan dengan entri ni, aku nak habaq awal-awal ni sebab ada yang terkeliru. 

Entri yang aku buat ni bermula daripada kenal kaum berbeza sampailah ke cara menghadapi first date dan first night. Itu tak termasuk lagi fesyen-fesyen. Banyak giler idea dalam kepala ni. Jadi, pelan-pelan kayuh yek, kalau gelojoh tak puas nanti...Sebenarnya, siapa kata lelaki hanya pandang wanita berkulit putih je? Kalau macam tu kenapa tuhan cipta orang berlainan warna?Jadi, asalkan korang tahu apa ciri perempuan idaman lelaki dah cukup.



1. PANDAI JAGA PENAMPILAN

Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool.

Sha Myheart: Aku memang bersopan. Pakaian sah-sah la feminin. Cuma tak suka pakai kain batik jer. Selesa pakai t-shirt dan seluar kat duk bilik atau kat rumah. Baju kurung untuk raya atau kenduri.



Ai, bila la nak belajar pakai kain batik ni. Tau pakai tapi tak suka pakai.


2. BERSEDERHANA

Sambungan kepada point di atas, pastikan diri korang sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. 

Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab korang akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~~

Sha Myheart: Aku tak pun mekap tebal. Jarang jugak la mekap. Aku suka mekap natural, kan manis. Haha~ Pakaian tak de la pelik-pelik sangat. Biasa-biasa jer. Moderate. Tapi ada la jugak baju yang cantik tu. Biasa la perempuan, naluri nak cantik tu tinggi.

Bab terpekik terlolong tu tak de dalam kamus hidup aku. Mencarut? Lagi la tak de..


3. MANJA BUKAN GEDIKS

Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....

Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan 'olo.....' ataupun 'ala.....' Lepas tu, buat muka berkerut korang tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu korang cebik bibir korang. Eceh...cutenye...

Sha Myheart: Ramai kata aku ni manja. Ye ke? Aku rasa biasa jer.  'olo.....' dan 'ala.....' selalu jugak la guna.


4. CERIA DAN SENYUM SOKMO

Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang korang kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum korang tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita Korea...Pergh...Mabeles wa cakap lu..

Korang akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu...
Smile and the world will smile with you! :)



Sha Myheart: Point yang ni aku paling suka. Aku memang ceria dan suka senyum. Paling aku suka, bila dapat gelak, rasa hilang beban masalah di kepalaku. Huhui, bahagianya hidup :-)


5. MUDAH MESRA

Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. 




Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, korang dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

Sha Myheart: Mudah mesra? Aku rasa aku ni mudah mesra. Tak kisah nak kawan dengan sape pun. Tapi aku jugak boleh jadi sangat pendiam.


6. JADI DIRI SENDIRI

Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila korang sayang diri korang, orang lain akan sayang korang. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan? 


Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri korang tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti korang akan blur. Blur tu lah yang menampakkan korang sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Jadi, just be yourself.


Sha Myheart: Blur-blur? Tapi biasanya aku ni cepat tangkap. Orang cerita tak habis lagi, aku dah boleh agak. Dah gelak-gelak kalau cerita tu cerita lawak. Kadang-kadang tu ada jugak blur-blur.


Aha, begitu la aku.. Erm, ada sesape berkenan tak? Ahaks..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker