Langkau ke kandungan utama

Miskinkan Diriku..



Assalamualaikum...

Entri peribadi.

Demam yang melanda diriku ini menjadikan aku malas nak buat kerja. Sebenarnya banyak perkara yang aku nak buat. Tak suka demam menjadikan diriku seorang yang lemah.

Sekarang ni, aku miskin. Tak de duit cash. Yang ada cuma duit kertas RM1 dan syiling seringgit lebih jer. Miskinnya rasa diri ini. Nak beli nasi pun tak lepas.

Duit dalam bank ada tapi memandangkan aku ni demam dan hujan pun selalu (aku alah dengan hujan, nanti demam), maka terpaksalah aku menahan diri dari makan.

Pinjam duit orang? Malu la.. Nanti je la, kalau dah terdesak.

Duit topup ada la (dalam handphone cap ayam ni). Tapi ada ke sesape nak tukar ganti? Huhu~ Ni dah kira sistem barter dah ni.. Haha~

Kadang-kadang kita susah, mengajar kita sebuah kehidupan..

Aku bukan suka meminta-minta. Biarlah aku susah asalkan maruah aku terjaga. Tak kan ku gadai maruah hanya demi sebuah kehidupan bernama kemiskinan.


Aku tak kisah sangat. Kalau aku miskin, ini akan menginsafi diriku yang mana manusia ni semuanya miskin. Yang kaya hanya ALLAH SWT..

Aku bukan nak bercakap pasal persahabatan. Aku bercakap pasal konsep diri. Kalau pasal persahabatan, dah lama aku dapat cash ataupun pinjam duit.

Apa yang aku nak highlight di sini ialah aku nak belajar rasa susah, macam orang miskin yang lain. Haha, pelik kan aku?

Aku bukan kaya pun. Aku datang dari famili miskin jugak, tapi rezeki untuk makan tu masih ada.

Kenapa aku nak susahkan diri? Bukan tak ada yang nak belanja aku makan. Kalau aku baritahu sahaja, dia akan sampai ke kolejku.. Tapi, kenapa aku tak terima? Jawapannya kat atas pun ada. Aku nak rasa kehambaan tu. Biar nafsu tunduk sikit.

Tak kisah, aku bahagia begini. Tak perlu risau, aku tak kan sakit walau tak makan tengahari dan malam.. :-) Rahmat ALLAH akan ada bersamaku..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Rezeki itu datang dari ALLAH, bukan dari duit..

    BalasPadam
  2. Sdih je dgr..saba eh..lenkali letak duit spare lam purse

    BalasPadam
  3. nur: mana ada sedih..
    sengaja mengajar diri sendiri utk bersabar dan merasai nikmatnya kesenangan..

    klu tak pecahkan ruyung, manakan nak dapat sagunya.. :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker