Langkau ke kandungan utama

Mencegah Muka Dari Jerawat



Assalamualaikum...

Entah kenapa aku jadi gediks dan geletik nak buat entry ni.. Adakah aku sudah diseru untuk menolong seluruh alam maya ini? Menolong rakan-rakan lain yang berada di Planet Namet.. Ewah, ingat Dragon Ball ke? Haha~ Kesengalanku melanda.. Maka dipenuhi gandum dengan coklat, maka jadilah Coco Crunch! Hihi~ Again.. :-D

Ok la bercerita dari segi pengalaman aku sendiri..

Jerawat? Semua orang pernah ada jerawat even (walau) pelakon Korea yang lun melecun pun, kalau perhati betul-betul pernah jugak dahinya ditumbuhi jerawat.

Apakah puncanya?

1. Hormon termasuk dalam stress.
2. Minyak dari pemakanan hasilnya..

Cara nak atasi?
Hormon tu susah sikit la..



Pokok jerawat.. Haha~
Nak tau lebih lanjut klik info pasal jerawat ni.. Macam-macam ada, lengkap.



Mencegah Muka dari Jerawat:

1. Bab pemakanan tu, sila berpantang okay.. 

Macam aku. Tak caya? Cek sendiri dalam entry ni
Paling korang tak nak pun, pantanglah kacang tanah. Aku tau, orang kata tak perlu berpantang kacang tanah sebab ia sangat bagus untuk badan. Ya, aku tak nafikan.

Tapi, dah korang ada masalah jerawat, nak get rid out acne (buang/hapuskan jerawat) dari muka korang kan? Jadi, sila berpantang la.. Kejap jer. Bila muka dah okay, makan la balik. Kalau tak ok balik pun, korang boleh ganti sumber nutrien dari kacang tanah dengan kekacang yang lain.

Kalau aku, kacang hazel pun agak kena pantang la. Kadang-kadang makan tak tumbuh jerawat tapi kadang-kadang tu naik pula jerawat bila makan kacang hazel yang selalu ada dalam coklat dan ais krim ni.

Mungkin kerana kena berdoa sebelum makan, 'aku makan makanan ni, harap dapat khasiat tapi tolak racun'..




2. Jaga kebersihan muka.


Cucilah muka anda menggunakan pencuci muka dengan kerap. Tapi jangan selalu sangat, nanti kering pula kulit tu, lagi bermasalah. Biarkan ia ada lembapannya sendiri. (Aku andaikan korang yang mempunyai masalah jerawat ini adalah kulit mereka berminyak.

Waktu mencuci muka, paling afdal (eh, betul ke perkataan ni? Tapi korang faham, kan?) korang kena cuci muka adalah waktu bangun tidur dan sebelum tidur. Kira kita dah buang sisa-sisa minyak tertumpah di lautan di muka. Dapat la kulit bernafas.

 Apa yang aku amalkan bila muka tak berjerawat, bila mula-mula bangun pagi, jangan pergi cuci muka dengan pencuci muka. Basuh dengan air jer dulu. Nak lagi best, basuh dengan air suam. Pergh, bestnya nikmat dunia!Haha~  Kemudian, sejam dua, baru lah cuci dengan pencuci muka. Rasa diriku begitu berharga pada waktu tu. Hihi!

Lepas cuci muka dengan pencuci, jangan lupa pakai toner (penyegar). Penting ni! Buat tau..

Kalau nak tau sebab pe kena pakai toner, tunggu entri akan datang. Masa mencemburui la..




Ok, aku ringkaskan untuk korang. Nak jaga muka dari jerawat:

1. Makan berpantang - bagi mereka yang mengalami alahan dengan makanan yang berminyak. Apa makanan tu? Tak de idea apa? Jom cek...pantang makan

2. Jaga kebersihan muka.

 Yang lain? Bersambung di entri yang akan datang, insya-ALLAH..


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. jom menyayangi muka anda dari berjerawat..

    BalasPadam
  2. as'salam sis sha .thanks bab dah bwat entri niy :D dpt gak cara nak atasi msalah jerawat kat muka niy .h e h e ~

    BalasPadam
  3. Wslm dear syasya sis..
    Kutiplah la apa yg patut di sini, yea..

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum sha, ijin sharing menyampaikan cara menghilangkan jerawat seperti yang telah ditulis di dalam blog saya.

    Salam

    BalasPadam
  5. Tulah knnn...kalo psl jerawat ni..semua org susah hati dibuatnya. Tq Sha kasi tips2 ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker