Langkau ke kandungan utama

LAIN DI MULUT LAIN DI HATI..

Sedapnya kek ni.. Kek berry. Korang tak nak belanja aku kek ni ke? Gambar ni nak terangkan tanam tebu di pinggir bibir. Eh, tepat ke dengan isi entri ni? Hantam ja la, Labu.. hihi~


Assalamualaikum...

 Jom gelak-gelak, kita tengok apa yang diperkatakan oleh mereka:




LAIN DI MULUT LAIN DI HATI

Semua orang mempunyai perangai macam ni. Di mulut kata lain dihati pulak kata lain. Cuma kata - kata dalam hati tu yang kita tak tau tetapi kebanyakkannya apa yang di perkatakan di dalam hati tu mungkin ada seperti yang di tulis kat bawah ni.

1) - YANG BERKATA DI MULUT

" Wow! Cantiknya baju kurung yang ko tempah ni cik Kiah oi. Kat mana ko beli kainnya. Aku pun teringin la nak beli kain macam ko ni."

    YANG BERKATA DI HATI

" Alahai cik Kiah oi! Setakat kain yang ko buat baju kurung ni aku buat langsir je. Tak pun aku buat alas meja makan kat dapur aku."



2) - YANG BERKATA DI MULUT

" Lasak sungguh anak ko ni ye Minah. Aku tengok dia suka benar memanjat sana memanjat sini. Mesti dah biasa jatuh kan."

    YANG BERKATA DI HATI

" Nakal nak mampos betul la anak Minah ni. Abih reta aku berselarak di panjatnya. Kalau ikutkan hati, aku cubit - cubit budak ni kang!."

3) - YANG BERKATA DI MULUT

" Aku tengok lepas je ko pakai alat mekap tu, ko dah bertambah cantik. Mesti pakwe ko makin sayang kat ko kan?"

    YANG BERKATA DI HATI

" Alaa... pakai la mekap tebal lapan inci pun kalau muka dah buruk tu tetap buruk jugak tu pasal la takde pakwe."

4) - YANG BERKATA DI MULUT

" Aku cukup respek dengan ko. Siang malam kerja cari duit. Mana nak cari orang rajin macam ko skang ni. Untung majikan ko ek."

    YANG BERKATA DI HATI

"Kerja siang malam konon. Nak tunjuk rajin kat majikan la kononnya tu. Hidup tak jugak senang aku tengok."

5) - YANG BERKATA DI MULUT

" Nasik goreng yang awak buat tadi sedap sungguh la. Lain kali kalau awak buat lagi saya ingat nak jemput kengkawan makan."

    YANG BERKATA DI HATI

" Nasi goreng mamak tu lagi sedap la. Ni ntah apa - apa ntah rasa nasik gorengnya. Ayam pun muntah kalau makan his! '

6) - YANG BERKATA DI MULUT

" Ha ha ha ko ni memang terer la buat lawak. Aku dah tak larat nak gelak dah. Kalau ko masuk pertandingan mesti ko buleh menang."

    YANG BERKATA DI HATI

" Balik - balik buat lawak bodo. Tak gelak kang kut kecik ati plak. Layan je la. Nak buat macam mana dah dapat kawan macam ni."

7) - YANG BERKATA DI MULUT

“ Takpe walaupun ko cuma lulus SPM ko try je mintak keja tu. Nasib – nasib ko buleh dapat apa. Yang penting ko cuba.”

    YANG BERKATA DI HATI

“ Tu laa... dulu tak nak belajar bebetul. Skang ni kan dah terhegeh – hegeh susah nak cari keja. Padan ngan muka ko.”

8) - YANG BERKATA DI MULUT

“ Meh la makan sekali. Alaa... toksah malu – malu. Rezeki jangan di tolak. Kita makan apa yang ada ni.”

    YANG BERKATA DI HATI

“ Alaa... dah la aku beli sikit diorang ramai plak tu. Dah la diorang ni pantang di pelawa mesti nak punya. Menyesal aku beli tadi.”

Penulis: Mulut Murai (Ujang MOY)

Haha~ Kena sedar sikit non-verbal communication..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker