Langkau ke kandungan utama

Jangan Bersedih (La Tahzan)..



Assalamualaikum...


Kali ini enti motivasi sikit..

Pastinya sebagai seorang manusia, kita punya rasa marah, kecewa, sedih, gembira, puas hati, cemburu, sebu dan bermacam jenis lagi.

Tapi sebagai seorang yang rasional, kita kena mengawal semua perasaan itu agar ianya menjadi kita seorang yang matang dan profesional. Namun, kadang-kala ia tetap wujud di hati kita kerana ianya terlalu subjektif dan kadang-kadang kita letih untuk menjaganya selalu.

Jom kita intai kenapa kita diajak untuk tidak bersedih..

Janganlah bersedih kerana Allah telah berjanji kepada kita. Setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Selepas hujan akan muncul matahari. Bersabarlah...Teruskan bersangka baik pada Nya. Sesunggunya Allah tidak akan sekali kali menganiaya hamba Nya. Apa yang berlaku adalah dalam kekuasaan dan perancangan Dia.


Pastinya, antara perancangan kita dengan perancangan Allah, perancangan Allah lah yang lebih utama. Dan Allah tidak akan menetapkan sesuatu dengan sia-sia, semua nya bersulam hikmah yang sangat halus dan hebat.






1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: "Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi."


2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.


3. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.










4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.


5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.


6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.


7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha' dan qadar.


8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.


9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.


10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.


11. Semua qadha' bagi seorang muslim baik adanya.


12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.


13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.


14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.


15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.


16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.


17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.


18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.






Senyumlah. Walaupun pahit. Sesungguhnya senyum itu adalah sedekah. Sesungguhnya senyuman yang ikhlas amat bermakna kepada orang lain yang sedang diuji. :)


http://fabrikfarina.com/


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker