Happy Dah :-) | ! sha my heart

.

Isnin, 28 Mac 2011

Happy Dah :-)



Assalamualaikum...

Entri tawar. Tak rasa apa-apa. Haha~

Alhamdu lillah, dah sihat, segar bugar akibat sangat menjaga diri sampaikan biar baju berjemuran kebasahan dek hujan. Dah berpantang dengan hujan. Oh tidak, tidak sanggup berdemam-demam lagi. Pening kepala cek ni. Tak suka kena tidur jer. Tak suka lemah-lemah. Hehe~

Perasan pun dah tenang. No more tears in my eyes! Agaga~

Rasa agak terharu bila ada seseorang menge'post' lebih kurang begini, "Jangan menangis. Aku tak sanggup melihat air matamu mengalir dari tubir matamu yang indah,"




   

Cepat-cepat aku pi suluh (lihat cermin), lihat mataku tanpa spek. Cantik jugak mataku ini, ek.. Haha, minah perasan kembali lagi.

Erk! Adakah dia mengetahui akan kewujudan blog picisan lagi bersemak sawang dan berhabuk ni? Kalau dia tahu, terasa blusing tak payah pakai pemerah pipi di mukaku..

Mamat ni boleh tahan jugak la romantiknya.. Pernah dia call aku. Aww, aku terpana dengar suara dia. Haha~ Dia suka la kalau bab menyakat dan mengusik aku.  Kebetulan, aku dan dia diarahkan menjaga satu tempat yang sama. Maka lagi akrab la.

Tapi, kadang-kadang bila berdepan dengan kawan-kawan yang lain, aku buat tak tau jer dengan dia. Malas nak sapa-sapa dia. Dia pun tak pandang (untuk menyapa) aku. So, buat tak tau jer la. Kadang-kadang kerek juga la dia ni. Ah, pinggan tak retak, nasi tak dingin la..


Kalau dia sapa aku, aku jawab. Kalau tak sapa, aku diam jer la. Macam mamat tinggi galah tu. Kalau dia tak tegur aku, aku malas nak tegur sebab aku tau dia banyak lagi nak kena fikir. Aku tak mau la kacau dia. Kalau free-free, baru dia akan tegur aku.





Aku bukan belagak tapi faham je la, diorang bukannya ada masa untuk kita jer. diorang banyak komitmen. Kan mana nak kerja lagi, mana nak berkawan lagi. Masa diorang tengah buat kerja, aku biarkan dulu. Nanti, bila dah tak de kerja, baru lah boleh borak-borak, tak gitu?


Apa pun terima kasihlah kerana sudi menjadi teman-teman terbaikku.. Aku akan ingat korang.

Jom cari kawan terbaik..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

1 ulasan:

sha berkata...

Jangan menangis, sayang..

Masih ada yg sayang padamu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...