Langkau ke kandungan utama

[Gempa Bumi dan Tsunami Jepun]: Loji Nuklear Meletup?

Assalamualaikum...

11 cedera loji nuklear Jepun meletup


LETUPAN berlaku di janakuasa nuklear Fukushima Daiichidi Fukushima, timur laut Jepun semalam.



FUKUSHIMA - Letupan hidrogen kedua menggegarkan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di sini selepas pihak berkuasa Jepun berkerja keras untuk mengelakkan reaktornuklear loji berkenaan daripada melebur susulan gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu pada Jumaat lalu.

Peleburan teras radioaktif di dalam reaktor nuklear loji itu boleh menyebabkan pencemaran radiasi yang mengancam keselamatan beribu-ribu penduduk sekitarnya.



   

Namun, beberapa pegawai berkata, dinding-dinding tebal yang mengelilingi teras radioaktif reaktor nuklear itu masih kukuh selepas letupan hidrogen tersebut, yang kedua sejak Sabtu lepas.

Kebimbangan besar kerajaan Jepun sekarang, adalah berlakunya kebocoran radiasi di loji nuklear tersebut yang terletak di Fukushima, 240 kilometer ke utara bandar ini.

Sejak hujung minggu lalu, jurutera-jurutera bertungkus-lumus berusaha untuk mengelakkan kebocoran radiasi di tiga reaktor nuklear loji berkenaan.

Dinding teras reaktor nombor 3 masih utuh selepas letupan berlaku, kata kerajaan tetapi ia memberi amaran agar orang ramai yang berada dalam zon perpindahan sekitar 20 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.


Pemilik loji tersebut, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) menyatakan, 11 orang cedera dalam letupan itu.

"Semua yang saya lihat menyatakan bahawa dinding bekas teras reaktor nombor 3 itu masih berfungsi dan ia mengelak radiasi daripada tersebar dan berita ini adalah berita baik," kata pakar nuklear Universiti Negeri San Diego State, Murray Jennex.

"Letupan ini bukan seperti letupan di loji nuklear Chernobyl, Ukraine. Loji Chernobyl tiada dinding penghadang apabila ia meletup pada 1986 dan menghamburkan bahan radioaktif ke udara," tambahnya.

Namun begitu, seorang pegawai Jepun berkata, terdapat 22 orang yang disahkan mengalami pencemaran radiasi sebelum letupan itu dan 190 lagi mungkin terdedah pada kebocoran tersebut.

KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik sebahagian janakuasa nuklearFukushima Daiichi meletup semalam.


Perkembangan tersebut turut menyebabkan beberapa kapal perang dan pesawat AS yang membawa bantuan kemanusiaan menjauhi kawasan Fukushima buat sementara waktu.

Pemerintah Ketumbukan Ketujuh Tentera AS menyatakan, tindakan itu merupakan langkah pencegahan bagi mengelak pencemaran radioaktif.

Sementara itu, di timur laut Jepun, hampir keseluruhan prasarana terutamanya jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik dan pelabuhan kini lumpuh.

Anggaran awal kerugian yang ditanggung akibat malapetaka gempa bumi dan tsunami itu mencecah AS$170 bilion (RM516 bilion).

Kerugian besar itu, kata beberapa penganalisis ekonomi, boleh menyebabkan Jepun diambang kemelesetan ekonomi.

Kesan ekonomi itu dilihat semalam apabila bursa saham Jepun mengalami kejatuhan lebih enam peratus dengan nilai mata wang yen pula diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dalam perkembangan berkaitan, pekerja-pekerja penyelamat mencari mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah timbunan runtuhan di utara ibu negara Jepun, di sini.

Berjuta-juta penduduk Jepun kini terputus bekalan elektrik dan air.

 Keadaan di negara matahari terbit itu amat teruk sehinggakan Perdana Menteri Naoto Kan menyifatkan Jepun kini mengalami krisis terburuk sejak Perang Dunia Kedua.

Beberapa pegawai memberitahu, sekurang-kurangnya 10,000 orang dikhuatiri terkorban di Jepun dalam bencana gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter itu yang disusuli ombak besar tsunami.

Semalam, agensi berita Kyodo News melaporkan sebanyak 2,000 mayat telah ditemui di dua buah pantai pesisiran pantai di Miyagi, timur laut Jepun. - Reuters

Sumber: Kosmo Online


11 Cedera Loji Nuklear Meletup


TOKYO: kerajaan Jepun semalam berkata, 11 orang cedera, seorang daripadanya parah, akibat letupan di sebuah loji nuklear.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, empat anggota tentera dan tujuh petugas loji cedera apabila Unit 3 loji Nuklear Fukushima Dai-ichi meletup semalam.

Tidak lama kemudian, sebuah lagi reaktor dalam loji itu kehilangan kapasiti penyejukan, meningkatkan kemungkinan akan berlaku satu lagi letupan.

Menurut Edano, seorang pekerja parah tetapi masih sedar sementara empat anggota tentera hanya cedera ringan dan sudah kembali bertugas. - Reuters 



'Tiada Rakyat Malaysia Menetap Berdekatan Reaktor Nuklear'

KUALA LUMPUR: “Kami belum terima sebarang laporan atau musibah membabitkan warga kita. Sehingga kini, semua mereka selamat,” kata Penasihat Kedutaan Malaysia di Tokyo, Jepun, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, keadaan di Jepun, khususnya Tokyo kembali normal, kecuali di kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami, Jumaat lalu.

Menurutnya, dua pasukan peninjau sudah dihantar ke Fukushima, Miyagi, Iwate dan Ibaraki tetapi beliau dimaklumkan mereka berpatah balik ke penempatan semula atas nasihat pihak berkuasa tempatan.

“Sehingga petang ini (semalam), 858 rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan kedudukan masing-masing.

“Kami juga memantau dari semasa ke semasa berhubung kejadian ini dan berharap semuanya selamat,” katanya menambah semua rakyat Malaysia sudah dipindahkan ke kawasan selamat seperti ditetapkan pihak berkuasa Jepun.


Berdasarkan rekod Kedutaan Malaysia di Tokyo, seramai 5,009 rakyat Malaysia berdaftar di Jepun termasuk pelajar dan 2,500 daripada mereka tinggal di Tokyo.


Mengulas mengenai kesan kecairan di dua reaktor nuklear yang rosak akibat gempa bumi itu, Wan Aznainizam berkata, rekod kedutaan menunjukkan tiada rakyat negara ini tinggal berhampiran dengan reaktor nuklear terbabit.

“Arahan untuk berpindah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan bagi mereka yang tinggal di lingkungan 20 kilometer dari loji itu.

“Saya juga menasihatkan semua rakyat Malaysia khususnya yang berada di Jepun bertenang dan mengikuti arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa,” katanya.
 


Sumber: HMetro


 Bacaan lain:
gempa-bumi-dan-tsunami-jepun-bahaya
cara-jepun-lawan-tsunami


Teringat masa belajar sains kat sekolah menengah dulu. Ada belajar bab bahan kimia dan radia aktif, juga nuklear. Wah, rindu nak belajar sains lagi.

Kasihan betul kat diorang ni..

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker