Langkau ke kandungan utama

Cantiknya Kereta Satria Diubahsuai

Assalamualaikum...

Jelmaan Satria impian


 
pix_middle
GARANG dan menawan! Inilah transformasi yang dilakukan pemiliknya terhadap kereta Proton Satria keluaran khas ini.
Tidak seperti pelbagai kenderaan modifikasi lain membabitkan kos terlalu tinggi, ubah suai yang dilakukan Zaili Niza Zainal Abidin, 29, terhadap kenderaan kesayangannya ini hanya mencecah RM20,000.
   
FotoFoto
  • AUDIO... sub woofer JBL
  • UNIK...seperti stereng F1
Meskipun Zaili berbelanja kecil tetapi pengubahsuaian terhadap keretanya ini boleh dikatakan ekstrem. Penggunaan pintu unik (scissor door), bonet khas dan cermin tepi gentian karbon (carbon fibre) daripada BMW antara yang menarik perhatian.

Tidak cukup dengan itu, penggunaan rim 18 inci daripada jenama Titan Racing, ‘skirting’ tepi, depan dan belakang daripada Subaru Impreza serta lampu Eagle Eye BMW menambah ‘sifat’ garang Proton Satria ini.


Selain itu, Zaili turut mengubah suai hampir keseluruhan ruang dalaman kenderaan ini. Tempat duduk ‘semi bucket’ daripada Subaru Impreza, stereng khas Formula One (F1), papan pemuka khas daripada Toyota Estima dan penggunaan aksesori daripada pelbagai jenama menjadi tumpuannya.

Menurut Zaili, dia tidak perlu menghabiskan berpuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk mendapatkan modifikasi yang diingini.

Katanya, dengan pencarian barangan yang tepat dan pemasangan sendiri dapat meminimumkan kos ubah suai.

Kenderaan yang didedikasikan untuk anak sulungnya ini turut mendapat sedikit sentuhan terhadap jenteranya. Walaupun menggunakan enjin asal Proton Satria NA 1.5 VDO (untuk pengeluaran khas Proton Satria 1.5), penambahan kuasa tetap diutamakan pemiliknya.

Untuk itu, Zaili memasang beberapa alat ganti berprestasi tinggi seperti penapis angin K&N, sistem klac daripada Exeddy (3 kaki), starter VR4, hos air Billion dan turut menggunakan palam pencucuh 2000cc.

Walaupun tidak melakukan pengubahsuaian melampau terhadap jenteranya itu, penggunaan beberapa alat ganti berkenaan sedikit sebanyak dapat menambah kuasa yang sedia ada.

Bagi memuaskan hati, Zaili turut menaik taraf sistem audio sedia ada dengan menggunakan pemain cakera padat daripada Sony Explode, sub woofer JBL 12 inci, 10 speaker daripada jenama Mohawk dan amplifier daripada Calibre.


ENJIN
  • Proton Satria NA

  • 1.5 VDO

  • Hos air

  • Penapis angin K&N

  • Klac Exeddy (3 kaki)

  • Starter VR4

  • Intercooler Jasma

    TRANSMISI

  • Manual LSD

    AKSESORI

  • Scissor door

  • Cermin tepi BMW gentian karbon (carbon fibre)

  • ‘Skirting’ Subaru Impreza

  • Eagle Eye

  • Tempat duduk semi bucket Subaru Impreza

  • Stereng F1

  • Papan pemuka khas Toyota Estima

    EKZOS

  • Piping Titanium

  • 2.5 inci

  • Peredam bunyi

  • Spoon

    RIM

  • Rim Titan 18 inci 


  • Oleh FIRDAUS SAHAT
    firdaussahat@hmetro.com.my

    Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
    Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

    Catatan popular daripada blog ini

    Tips Pakaian Untuk Konvo

    Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

    Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
    Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
    Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

    Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
    Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

    Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)