Langkau ke kandungan utama

[Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?

Assalamualaikum...

Kali ni nak join dalam segmen  Blog Picisan. Kalau korang pun nak join jugak, klik banner di bawah ni.

  •  Tajuk : [Blog Picisan] : Best Ke Jadi Budak Kampung?
  • Jawab soalan ini..
          1.Adakah anda budak kampung?

Ya. Aku budak 'kampung' jer. Mana ada apa. *Hamble. Wink. Wink.

Teringat kata seorang ketua kampung masa aku  join program induksi untuk Bakti Siswa Perdana 2010, 
"Di kampunglah anda belajar macam-macam pasal dunia sebab di kampung ada macam-macam. Saya bangga jadi anak kampung."



Betul jugak katanya. Kat kampungla kita belajar macam-macam. Kat bandar dah tak banyak yang boleh kita pelajari. Tak faham? Cuba fikir, kenapa aku cakap macam tu.. Contoh kat kampung kita belajar menghormati orang, bersopan-santun, dan tolong-menolong seperti gotong-royong kenduri. Kat bandar, susah dah nak ada macam tu.


          2.Kampung anda di mana?

Kampung Bukit Larek, Mukim Gajah Mati, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena, Kedah. 
Ala, dekat simpang Bukit Tembaga dan Jalan Kuala Nerang tu.. kan ada kedai depan simpang. Ada masjid baru yang lagi indah dan permai. Dekat dengan Kolej Islam Darul Ulum. 1km dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (Saina), ala yang famous tu..


          3.Apa yang best tentang kampung anda?

Apa yang best? Mesti la kampungku adalah yang terbest. Hihi~ poyo jer.
Kampungku sangat aman dan damai. Sesuai untuk menenangkan fikiran. Ada sawah padi yang tak luas sangat tapi sejuk mata memandang. 

Sebelah hamparan bendang, ada pokok getah. Kami panggil 'kebun getah'. Kira memang damai la, sawah tak luas sangat, kalau luas bak saujana mata memandang pun tak best jugak, panas..

Lepas tu ada nampak bukit yang tinggi di hujung bendang sebelah timur. Sebelah barat, ada bukit jugak. tapi tak secantik bukit di sebelah timur. Bukit ni boleh nampak sampai ke Alor Setar. 

Eh, kalau korang ada kat betul-betul kat pekan Pokok Sena, sila tengok ke timur. Cantik sangat sebab nampak bukit ni tinggi. Kat kampung aku, nampak bukit ini agak rendah. Bukit ini la yang aku maksudkan. Kalau kat Batu 13, Pokok Sena, depannya Sg Durian,depan Masjid Sg Durian, sila lihat bukit ini, sangat cantik bila dilihat bersama sawah padi (sebelum sampai Taman Pertama).

Bukit ni sebenarnya terletak kat Bukit Tampoi, dekat dengan jalan raya yang ada macam gaung kat tepi tu. Dulu ada diorang tanam tebu kat bawah bukit ni. Sekarang dah tukar tanam lain, pokok getah kalau tak silap. Rugi la, pokok tebu kan cantik pemandangannya..

*Ala, ingat nak tunjukkan gambar, tapi gambar2 tu dah termiss carry masa transfer dari lappy my life ke Encik Len ni.. Uuwwaa, nangis.. T-T.

          4.Tempat yang anda selalu lepak (atau tempat bermain) di kampung?

Kebun getah sebelah rumah
Halaman rumah
Rumah sepupu * rumah Mak Tam
Rumah jiran *rumah Mak Su dan rumah Ngah
Sekitar kampungku


          5.Permainan kampung yang pernah anda main?

Congkak tanah

Pernah jugak main macam ni. Lepas tu kuku hitam tak payah nak bagitau la.. Haha~
Kena halau dengan kakak sebab hitam legam kuku tu ada hati nak makan nasi tengah hari. Hihi~




Wau dan layang-layang
Buat sendiri jer. Kalau tak buat sendiri pun, ayah belikan..


Galah panjang
Petang-petang, ni la kegemaran budak-budak kampungku. Kumpul seramai yang mungkin budak-budak dan main. Best giler. Sampaikan padang tu dipanggil 'Padang Toi Cup'.

Itu jer la dulu.. Nanti panjang berjela pula entri ni tak de sapa nak baca. Hehe~

tag  member anda untuk join segmen ini..
Anis
Ana
Scatty
Mira
Eny
Whitelover

dan sesiapa yang membaca entri ini. Tak larat nak letak banyak-banyak. Otak dah rasa tak betul ni.. Hihi~

Kalau nak join, klik sini:
http://www.darxniq.com/2011/03/segmen-best-ke-jadi-budak-kampung.html

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. Indahnya kenangan kanak-kanak dan suasana kg..

    BalasPadam
  2. Main galah panjang paling best tau..!!

    BalasPadam
  3. Zyash: best2.. Fikir, macam mana nak hilangkn tumpuan si penjaga. Ada yg ajak berbual la, ada yang buat dont know la..

    BalasPadam
  4. saya gak budak kampung... tp.. separa kampung separa bandar.. hehe~ best3

    BalasPadam
  5. gadis: tak nak main separa-separa.. haha~ gurau jer..

    BalasPadam
  6. Sha : thanx ye.. menarik ni...nanti saya buat ye sha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker