Langkau ke kandungan utama

Bersedih Di Petang Hari..



Assalamualaikum...

Minta maaf, entri peribadi. Tak de pengajaran untuk korang.

Mood sedih.. Sila baca dengan pasang lagu Pergi by Aizat or apa-apa lagu sedih la untuk baca entri ni.
Lepas tu sediakan juga lagu Insya-ALLAH by Maher Zain. Lalala~

Ok, teruskan pembacaan..
 






Hujan petang tadi seakan melambangkan ia turut menangis bersamaku. Laju je air mata ini turun.. Wah, dah  macam  'air mata' yang baru tercangkul atau bak air paip yang terpecah di tengah jalan. Haha~ itulah perlambangannya.

Kenapa sedih-sedih ni, Sha?
Sedih sebab hati ini luluh, secara automatik pula air mata mengalir. Adoi, macam mana nak stop ni?

Sememeh? Oh, tidak. Aku tak suka nak tunjuk muka sedih-sedih  ni. Aku ni ceria  dan happy go lucky. Cuma kadang-kadang je aku ni diam.

Tadi my ex call. Lama jugak borak, sejam lebih. Kenapa? Dia pujuk aku suruh speaking English dengan dia. Erm, macam la aku ni pandai speaking English sangat. Tapi tadi boleh pulak speaking dengan lancar siap ada dialek London lagi. Haha~

Aku pun dah lama tak speaking ni sebab dah tak de kelas lagi. Jarang-jarang la nak speaking lagi. Erm, tak boleh jadi ni. Kena improve my english balik.

Dia punya penguasaan english sekarang ni sangat teruk sampai aku pun pada mulanya tak faham. Sebab aku tahu English dia better than me. Lama-lama, dah makin ok la.

So, kenapa aku nak sedih-sedih?

1. Mungkin aku teringat akan perbuatannya yang menyakitkan hati, sungguh pedih.
2. Atau pun, aku belum nangis teruk-teruk lagi. Haha, nak jugak..
3. Tak de tempat nak luah perasan la.
Kawan-kawan? Entah siapa yang sesuai.. Itu la yang  rasa sangat lonely..

Wah, siap buat list lagi.. Haha~

Rasa sangat terkilan. Rasa sangat berputus asa. Jangan bengkak mataku sudah la. Nanti sudah tidak awet muda ma..Hihi~

Aku kena kuat menghadapi semua ini, plus aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Kalau ikutkan mood aku, tak jalan kerja la.. Dugaan masa tengah nak buat kerja la ni..

Kalau dia masih bfku, dia akan pujuk. Tapi sekarang ni, aku kena pujuk hati sendiri. Tak de sape nak pujuk. Mentang-mentang la ada gf, ko berlagak dengan aku ye.. Cit.


Aku yakin, kalau ALLAH bagi aku sedih, DIA pasti akan bagi akan bagi aku gembira pula..
Sabar menanti detik itu, Sha.


Nak cari apakah yang dapat menggembirakan hatiku kembali.. Ada cadangan? :-)

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)