Langkau ke kandungan utama

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

Assalamualaikum...

Masuk lagi segmen oleh Abang Ben..


BANNER BEN ASHAARI

  Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Aku kurang rapat dengan ibuku. Aku lebih rapat dengan ayah. Ibuku agak tegas manakala ayahku agak memanjakan aku. Aku selalu sokong pendapat ayahku.

Aku tak boleh nak rapat sangat dengan ibuku, nanti kami akan bergaduh. Tak de la gaduh teruk. Carik-carik bulu ayam dan Biduk lalu, kiambang bertaut. Mungkin sebab wajah kami seakan sama, itu lah yang menyebabkan kami sukar untuk serasi.


Sebab ni jugak la aku pernah tekad merantau kerja kat negeri orang walaupun ibuku berat hati melepaskan aku pergi. Sebab aku tak nak hubungan itu jadi tegang. Walaupun aku merantau, setiap bulan, aku balik kampung, jenguk mak ayahku.

Bila dah aku tak ada kat rumah, memang mak aku rindukan aku. Hehe~ Bila aku balik sebulan sekali, dilayannya aku baik-baik.

Pernah mak aku menyuruh ayah supaya menyediakan apa yang sukar untuk dijumpai untuk aku menjamahnya. Terharu jugak. "Bagi la kat Kak Shah, esok dia dah nak balik" uajr ibuku yang menyuruh adik-adikku bertolak ansur dengan aku.

Kemudian, aku berhenti kerja dan mendaftar sebagai pelajar semula. Cuti semester, mak akan berusaha memberi aku dan adikku makan buah-buahan yang sukar dijumpai dalam kampus.

Aku, adikku dan kakakku mendaftar masuk universiti pada semseter Julai 2009/2010. Tiga orang anak mak berselang seorang. Kakakku, Ramziah anak ke-2, aku anak ke-4 dan adikku, Cik Ah anak ke-6. Kakakku buat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Tuanku Idris, Tanjung, Malim, Perak. Aku membuat sarjana (master) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah dan Cik Ah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Samarahan, Sarawak. Kakakku dah graduate. Aku sedang nak graduate dan adikku tahun depan.

Aku pernah duduk rumah sewa masa semester pertama Master. Memang sangat miskin. Aku ceritakan pada mak yang kami (aku dan kawan-kawan serumah) makan beras Nasional yang usang. Tak lalu (tak boleh blah) jugak aku nak makan. Tapi disebabkan kami semua tengah miskin, telan jugak la untuk mengalas perut. Sedih,kan? Haha~

Bukan aku berlagak atau apa. Perutku tak biasa dengan beras usang. Macam kat sini, kat Kafe Perwaja, berasnya naik warna kelabu, aku jadi pening walau bau wapnya apatah lagi kalau aku menjamahnya. Sekarang ni aku jarang membeli nasi di sana. Aku lebih rela mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan nasi yang baru di Kafe MISC. Aku dapat bezakan antara nasi baru atau nasi perangat. Wah, terrer tak? Hehe~

Ok, sambung balik, masa mak menghantarku balik ke rumah sewa, mak berhenti kedai. Mak belikan beras untukku dan kawan-kawan. Aku tak sangka mak nak bagi aku makan beras tu. Ingatkan dia nak beli untuk bekalan di rumah. Bukan itu sahaja, mak belikan barangan dapur yang lain untuk kegunaan rumah sewaku. Mak suruh aku kongsi dengan kawan-kawan serumah. Itu sebagai sedekahnya. Aku terharu.

Sekarang ni, aku tak boleh ceritakan apa-apa perkara yang negatif kepada mak. Nanti mak akan memikirkannya dan terus memberiku jalan penyelesaian. Aku tak mau jalan mudah. Aku nak rasa susah-susah dulu, baru la aku pandai menghargai kesenangan.

 Apa pun, hubungan aku dengan mak dah baik. Kalau nak bergaduh tu dah susah la. Mak takut aku 'lari' lagi kot.. Haha~ Nakal jugak aku ni.


4.  Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ? hehehe... 

 Ibu.. Sebab Nabi pun suruh kita muliakan ibu sebanyak tiga kali sebelum bapa. Banyak pengorbanan mak kepadaku..

5. Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 

Tidak sama sekali!

6. Pendapat anda mengenai anak-anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka.. 

Diorang pentingkan diri sendiri..Diorang ni memang hati batu la.. Tak pe la, nanti kena pada muka sendiri baru la nak insaf. Pada masa tu, parent diorang dah dalam tanah.

Apalah yang nak direbutkan? Hubungan adik-beradik tu adalah harta pusaka yang paling tak ternilai dan tak kan terjual beli!



Ok, siap. Jap lagi nak lawat kawan-kawan blogger yang join segmen ni jugak. Nak baca kisah ibu, nak nangis-nangis. Nak lepas tension. Haha~


Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. kadang2 macam seronok pulak kalau ade adik beradik..

    BalasPadam
  2. Syuk: seronok ada adik-beradik. Kalau ramai macam Sha ni lagi la seronok. Sekarang ni dah besar2. Masa kumpul ramai2 hari raya tu yg best.

    BalasPadam
  3. Syuk: Seronok. Sebab lebih rapat..

    Kak: tolong jawab, kan ek? TQ2..

    BalasPadam
  4. salam singgah n follow!
    memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

    BalasPadam
  5. frame: itu lah pasal.. hargai mereka..

    semoga kita juga mmpu jd sekuat ibu kita

    BalasPadam
  6. bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
    serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker