Langkau ke kandungan utama

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Assalamualaikum...


Jom masuk lagi segmen Abang Ben..

Nak join jugak? Klik banner tu..




kena buat satu entri .
  1. Tajuk : BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI
  2. Sila pilih SATU BLOG  yang palingggg korang suka dan kagumi ! Yearghhh ... Ok... ada dah ? Cun ... nanti dulu ... Sila jawab soalan soalan ini





    Korang tak kenal dia? Aku yakin Abang Ben kenal dia sebab pernah nampak mereka 'berborak'. Dari Ariff juga la aku tau pasal blog Abang Ben. Tapi masa tu, tak nak buka blog Abang Ben. Ye la, pada aku dah nama pun blogger popular, mesti belagak.  Haha~

    Lama jugak la baru aku buka blog Abang Ben, aku tersuka sebab entri pertama yang aku baca adalah entri keagamaan. Terus aku suka dan menyenangi gaya dan pendirian Abang Ben. Terus cari blog Abang Ben. Bila dah dapat, terus jadi follower.

    Eh, nak bercerita pasal sape ni? Hehe~ Selingan..

    Jom baca kat bawah ni..

    1. Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !! 

      Sebab dia berfikiran matang walau pun umur dia lebih muda dari aku. Matang ke tak, dari segi penulisan dia dalam blog tersebut.. Lagi, kalau dia masuk contest pasal blog ni, selalu jer menang. Kagum betul la dengan mamat sorang ni.

      Eh, kagum dengan blog? Blog dia macam-macam ada.. Biasanya pasal pengisian untuk minda dan hati berfikir.. Ada tutorial. Ada kisah peribadi. Macam-macam ada. Yang penting, dia tak belagak. Blogger paling peramah, kalau tak silap.

    2. Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut ! Jeng jeng jeng !!

      Nak buktikan macam mana ek? Memang suka la lepak situ. Aha, ada satu entri tu aku masuk baca berkali-kali dalam waktu yang berlainan. Contohnya, bila jer aku lepak sana, aku akan masuk entri tu. Bila-bila lepak pula, masuk lagi entri tu. Korang nak tahu tak entri mana? Entri ni cari dalam entri aku ni ok..

      Dah tu, dia ada laptop Apple, iMac.. jeleous! Haha~

      Dia juga orang yang handle 'Geng Blogger' website. Admin orang kata.

      Ada adik perempuan..

      Mak dia panggil dia 'Ariff Shah'..


    3. Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut ?? 

      Baru lagi. Seingat aku masa bulan Ramadhan tahun 2010. Hari-hari buka blog dia.


    4. Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

      Blogger ni nama dia Ariff Shah. Ariff Shah bin.. Nama bapa dia? Erm, tak tau pula.. Er, apa ya?

      Dia budak Selangor, asal dari Melaka. Baru jer pindah Subang Jaya. Seksyen? Rasanya Seksyen 12-17 sebab dia ada pergi dating dan beli kat pasar ramadhan dengan Fida Aishah, awek dia yang cun giler. 


      Dia ni student lagi.. Studying Servo Drive Systems for Aircraft and Flying Vehicles dengan pengkhusuan dalam Automated Servodrives di Moscow Aviation Institute,  Moscow, Moscow City, Russia

      Dia tahu bahasa Manglish dan White Russian.


    5. Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya ? 
      Rasanya la. Sebab selalu jugak komen blog dia. Dulu la.. Sekarang ni dah kurang. Sebab dia pun sibuk belajar. Masa dulu, dia cuti semester.


    6. Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..

      Hah, kalau dapat jumpa Ariff Shah? Oh my God!

      Lima soalan?
      1. Bila nak kahwin dengan Fida?

      2. Kenapa bila dah balik Russia, kau sombong dengan aku? Haha~ Gurau. Aku tau kau sibuk.. ok, serius.. Apa teknik kau buat yang menyebabkan kau selalu menang pertandingan blogging ni?

      3. Apa aura kau tarik pembaca? Satu entri biasanya berpuluh atau beratus yang komen walaupun dah lama.. ok, ni untuk soalan no 4: Apa rahsia entri tetap evergreen?

      5. Kau tau tak yang aku ni kagum dengan kau? Haha, tak tau nak tanya apa dah.. Aku ni kan pemalu.


Ok, itu jer la.. Aku pun tak de idea nak tanya orang ni..

Jom tengok jawapan blogger lain pula.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

  1. hehe~ singgah sini pulak....thanks datang blog apiz.....XD jom join segmen ni pulak...XD

    BalasPadam
  2. ok :-)

    Dah join la.. Cepat2, menjoinkan diri anda. :-D

    BalasPadam
  3. 0whhh...
    dah tau dah blog yang paling disayang...

    BalasPadam
  4. nice entry,,nak cr la si ariff ni,,i follow u,,thanks sbb singgah bc kt blog sy,,

    BalasPadam
  5. misnina: sila2 cari blog beliau ok.. kalau nak cari beliau kena pergi ke Russia, jauh tu.. haha~

    TQ sudi follow blog yg tak seberapa ni..

    BalasPadam
  6. Henry Zackery: ala, poyo la pula mamat ni.. kenal pun belum.. tak kenal maka tak cinta. bila dah kenal, macam.... hehe~ gurau jer.

    BalasPadam
  7. singgah n follow sini
    salam perkenalan

    nak risik2 blogger mana yang menjadi pujaan anda!

    BalasPadam
  8. Mas Saari: sila2.. akan menyinggang jugak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker