Awak..(Part 7) | ! sha my heart

.

Ahad, 27 Mac 2011

Awak..(Part 7)



Assalamualaikum.

Entri peribadi jer sekarang ni.

Kalau tak tulis pasal diri sendiri rasa macam tak de pape plak. Maksudku macam dalam hidup ni kehilangan sesuatu. Walaupun dah banyak up date tapi pasal yang lain, rasa hidup seperti tak bermakna. Hihi~

 Entri jiwang nan peribadi kembali lagi..


Awak..
Awak kata awak sayangi saya?


Tapi dalam masa yang sama awak ada dia?


Minta maaf la awak,
Saya tak dapat terima
Saya hanya ingin menyayangi seorang sahaja
dan dia pun hanya untuk saya sahaja


Kalau awak tidak dapat memilih antara saya dan dia
ada baiknya saya undur diri
lagipun saya sedar
hanya satu ciri sahaja yang awak suka pada saya
sedangkan dia adalah wanita idaman awak..

Pergilah awak
Saya sudah tidak kisah
Walau hati ini menangis
walau wajah masam mencuka
Saya akan kuat mengharunginya
dan ya, saya harus kuat
awak akan pilih dia
bukan saya
walau hati awak masih sayangkan saya..

Cukuplah awak
Saya bukan perempuan yang menghancurkan hati perempuan lain
Anggap saja saya sudah mati
Itu adalah terbaik untukmu
Kalau awak ingat
Awak jugak yang meninggalkan saya untuk bersama dia

Jadi, pergi lah bersamanya
Saya ingin mati
Mati dari hidup awak
dan mati dari merindui awak.

Saya janji
Saya tak kan rembeskan rindu ini lagi..

Berbahagialah awak bersamanya
dan jangan cari saya lagi
Saya cukup tersiksa dengan awak
Saya mahu mencari orang lain
Namun dalam masa terdekat ini
Saya belum menemuinya

Tolong lupakan saya..


 Sha,
110 MISC, UUM
11.11 pm  27 Mac 2011


   

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



1 ulasan:

sha berkata...

sedih :-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...