Langkau ke kandungan utama

[Gempa Bumi dan Tsunami Jepun]: Gabenor Tokyo Mohon Maaf dan BALA?

Assalamualaikum...

Aku terbaca isu ni masa selak-selak paper Harian Metro. Er, aku tak beli tapi tengok guna online jer. Maksud aku selak-selak di atas adalah klik-klik pada senarai link yang disediakan. Hehe~

Ingatkan sesuatu yang biasa, rerupanya... Korang baca la sendiri, aku dah copy and paste pun kat bawah ni.

Gabenor Tokyo mohon maaf


TOKYO: Gabenor bandar raya ini, Shintaro Ishihara yang terkenal kerana sikap konsevatifnya semalam memohon maaf kerana menyifatkan gempa bumi dan tsunami sebagai ‘balasan tuhan.’
“Ulasan saya mengenai bencana itu menghiris perasaan mangsa dan penduduk Tokyo.

“Saya memohon maaf,” kata Ishihara, 78 yang akan bertanding semula untuk mempertahankan jawatannya 10 April depan, pada satu sidang akhbar.

Kelmarin, gabenor itu berkata, rakyat Jepun semakin tamak dan kes penduduk negara itu yang mengambil wang pencen ibu bapa mereka dengan melengahkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai kematian mereka.

“Adalah perlu untuk membersihkan jiwa yang tamak dengan tsunami,” kata Ishihara kepada wartawan Isnin lalu.


“Saya berpendapat ia adalah balasan tuhan.” Beliau menarik balik kenyataan itu ketika pihak berkuasa Jepun berusaha mengelak peleburan terhadap loji nukelar dan bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa daripada bencana Jumaat lalu.


Ishihara yang pernah berkhidmat sebagai anggota Parlimen, Jumaat lalu mengumumkan pencalonannya untuk penggal keempat sebagai gabenor Tokyo.

Beliau terkenal kerana pandangannya yang bersifat kebangsaan, termasuk menafikan kekejaman Jepun sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, seperti Pemerkosaan Nanking. - AFP



Sumber: HMetro

Apa yang korang perasankan? Tak perasan?
Kalau tak perasan, meh aku perasankan korang. Biasanya orang kita selalu kaitkan sesuatu bencana dengan balasan Tuhan. Tapi, bila si Gabenor ni cakap macam tu, orang Jepun marah pula.

Orang Jepun ni terasa sebab bukan salah diorang kot. Orang lain yang buat kot bak kata pepatah, orang alin yang makan nangka, orang lain yang kena getahnya.

Itu orang Jepun, tak pe la. Agama dia lain. Tapi kita ni orang Islam kena la sedar sikit,walau apa pun kesulitan atau kedukaan yang kita alami kadang-kadang ia adalah balasan Tuhan. Contoh yang Nabi s.a.w pernah sebut, kalau tercucuk duri pun, maknanya kita ada terbuat dosa.

Sesuatu perkara tu takkan berlaku tanpa ada sebab. Contohnya Tsunami pada tahun 2004 di Aceh, sebab diorang selalu ada perang saudara dan berbunuhan, kena kat Sri Langka sebab diorang dah jauh dari ajaran Islam. Tsunami kali ini di Jepun mungkin sebab diorang ni suka pakai seksi meksi pepsi dan banyak berlakon porno. Ini adalah fikiran aku jer yang jahil lagi mahil. Alasan yang sebenarnya, aku tak tau.

Kenapa orang banyak tak terima bencana dikaitkan dengan bala? Sebab diri mereka pun jauh dari ajaran agama. Dah tu, nak bertengkar pula dengan orang alim ulama. Tolonglah malu dengan diri sendiri. Tak payah nak cek (periksa) orang lain la, cek diri sendiri.

Jom insafi diri.

Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker