Langkau ke kandungan utama

Apabila Dosa Menjadi Biasa

Assalamualaikum...

Di hari yang berbahagia ini, marilah kita ingat-mengingati sesama kita dan berpesan-pesanlah kamu dengan tali kesabaran..

Maka, dengan itu, mari lah kita dengar tazkirah dari nurthauffiq dengan tajuknya: Apabila Dosa Menjadi Biasa



Apabila budaya barat diikuti...



Apabila sesuatu pekerjaan dilakukan berulang kali, ia menjadi tabiat sehingga tabiat menjadi suatu kebiasaan. 
Kecenderungan ke arah sesuatu yang maksiat adalah lagi mudah jalannya. Namun begitu, sebenarnya, untuk melakukan kebaikan pula lagilah mudah. Tetapi, lumrah manusia, di dalam ingin menikmati kesempurnaan, yang hina itulah yang menyeronokkan dan dicari. Oleh sebab itulah, manusia dibekalkan hati untuk diisikan dengan iman. Melalui iman itulah dihiasi pula dengan taqwa. Ianya bertindak sebagai defensif dan menyalurkannya kepada akal untuk bertindak.

1. FUNGSI ILMU MEMPENGARUHI IMAN

Manusia yang memiliki iman dan taqwa sahajalah yang boleh merasai nikmat kebaikan itu. Iman dan taqwa yang mampu membimbing manusia mengenali apakah itu dosa dan apakah pahala. Sungguhpun begitu, iman dan taqwa tidak boleh dimiliki jika tiada ilmu. Oleh sebab itu, penawar segala dosa ialah ilmu. Setujukah anda? Fikirkanlah.

Apabila zina, arak dan dadah bukan menjadi suatu dosa rahsia peribadi. Sebaliknya ianya dijadikan pula suatu pesta dan budaya. Sekarang mari kita fikirkan. Adakah usaha kita membina modal insan telah berjaya?


Apabila rasuah menjadi salah satu perniagaan. Malah dianggap pula pelaburan berisiko. Adakah itu yang dikatakan modal insan yang tinggi mutunya? Perlukah diangkat, dijulang serta disanjung dek hanya kerana sesuatu yang tidak hidup sifatnya? WANG!

Apabila sistem kewangan kapatalis yang diperjuangkan, sedangkan kewangan islam sunyi dan sepi dibiarkan, adakah kita telah berjaya mengangkat Islam dan umatnya sebanding dengan keupayaan bangsa bukan islam.


Persoalan Yoga. Apabila yang haram dipertikaikan keharamannya.
Persoalan arak. Apabila yang haram dibiarkan sahaja.
Persoalan hudud. Apabila yang halal pula dipermainkan.


Persoalan - persoalan di atas memberi jawapan kepada kita betapa kita telah GAGAL membina modal insan yang cemerlang rohani dan jasmani serta yang gemilang duniawi dan ukhrawi.


2. ILMU PENCETUS KEBAIKKAN


Penyelesaiannya berbalik seperti yang dinyatakan diatas. iaitu ILMU. Sebarang masalah perlu diatasi dengan ilmu. Bukan nafsu. Contohnya, masalah kewangan, bukan menuruti kehendak nafsu, tetapi sepatutnya diselesaikan melalui ilmu. Iaitu ilmu untuk berniaga atau berkerja dan sebagainya. Ilmu pula perlu sejajar dengan iman. Jika diatasi dengan nafsu, maka pastilah jalan singkat, ringkas, mudah dilaluinya. Ilmu yang dimaksudkan bukanlah ilmu jasmaniah tetapi dunia rohaniah. Pembentukan akhlak perlu bermula dengan aspek rohaniah. Iaitu Ilmu agama dan moral.

Masalah sosial dan jenayah yang berlaku puncanya adalah kelemahan dan kegagalan sistem ilmu rohaniah yang dipraktikan di negara ini. Mana tidaknya, jika dibandingkan, antara sekolah kebangsaan konvensional dengan sekolah agama atau sekolah pondok, yang dianggap tinggi nilainya tentulah sekolah kebangsaan. Kita akui, sekolah kebangsaan telah berjaya membawa malaysia sehingga ke angkasaraya. Itulah antara kayu ukur kejayaan sistem sekolah kebangsaan.



Tidak begitu kayu ukur bagi sekolah agama. Ianya sangat abstrak dan jauh lebih hebat daripada itu. Bagaimana? Mungkin dapat dinilai dilihat dengan berkurangnya kadar maksiat atau jenayah yang sejajar dengan bertambah cendikiawan ilmu rohaniah itu sendiri. Sehingga masyarakat hidup bukan bertuhankan hiburan melampau tetapi penuh dengan kehidupan penuh dengan suasana ilmu. Adakah ini mustahil berlaku? Tidak! Buktinya, era Rasulullah itu sendiri telah menterjemahkan suasana harmoni dengan suasana keilmuan sehingga ke celah ceruk rantau eropah dan asia. Ianya bukan mustahil! Telah tercatat dilipatan sejarah. Bongkarkan dan teladanilah.


LANGKAH AWAL

Langkah kerajaan untuk menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) setaraf dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) wajar dipuji. Ianya dilihat sebagai langkah positif kerajaan untuk menghidupkan kembali institusi agama ini. Langkah PAS untuk memartabatkan hukum hudud juga adalah suatu langkah yang positif dan wajib diperjuangkan. Alhamdulillah, sekurang - kurangnya ianya suatu cadangan yang positif dan perlu dilihat secara positif.


PERLAKSANAAN PERLU SECARA BERPERINGKAT

Walaupun begitu, untuk menaiktaraf STAM setaraf dengan STPM, peranan kerajaan juga perlulah memastikan institusi agama keseluruhannya setaraf dengan intitusi konvensional.

Antaranya ialah :

  1. Menaiktaraf sekolah - sekolah agama kerajaan dan sekolah - sekolah agama pondok daripada segi prasarana, sukatan pelajaran dsb.
  2. Menaiktaraf tenaga pengajar sekolah agama/pondok tersebut sehingga sebaris dengan guru - guru sekolah kebangsaan.
  3. Sekiranya perlu, kerajaan persekutuan mengambil alih peranan kerajaan negeri di dalam mentadbir dan mengurus sekolah agama/pondok negeri.
  4. Menyerlahkan fungsi masjid sebagai institusi ilmu dan agama.
  5. Melaksanakan kem bina insan seumpama PLKN yang sepenuhnya mengamalkan prinsip Islam (tiada percampuran Lelaki&perempuan, pengisian mirip prinsip sekolah pondok)


Begitu juga dengan langkah PAS untuk memertabatkan hukum hudud perlulah secara berperingkat iaitu bermula dengan pendedahan ilmu hukum islam secara lebih berkesan kepada masyarakat islam dan bukan islam. Pastinya ia bukanlah mengambil masa yang pendek. Ianya memerlukan komitmen kerajaan persekutuan di dalam perlaksanaanya. Antara langkah awal pendedahan ilmu tersebut ialah :

  1. Mewajibkan subjek undang - undang islam di dalam sukatan pendidikan sedia ada sekarang samada kepada muslim dan juga yang bukan islam
  2. Memperbanyakkan sesi dialog atau seminar terbuka yang membincangkan mengenai hukum Islam, peranan dan halatujunya.
  3. Melaksanakan undang - undang islam secara berperingkat bermula dengan prinsip takzir, qisas dan kemudianya hudud. Perlaksanaan hukum hudud juga perlu berperingkat bermula hukuman jenayah sebatan (arak dsb) sehinggala perlaksanaan secara total.
ULAMA DAN UMARA' PERLU BERSATU

Lupakan soal politik. Ini bukan persoalan politik tetapi soal pembangunan ummah dan pembangunan tamadun.

Kita percaya dengan kemampuan golongan pemimpin dan cendikiawan agama yang terdapat di negara kita mampu menjadikan perlaksanaan undang - undang Islam suatu realiti. Hanya dengan suatu syarat yang mampu mengengkang dosa menjadi kebiasaan. Pemimpin Islam dan cendikiawan perlu bersatu. Bersatu bukan kerana bangsa, tetapi kerana agama Islam kerana, ia menunjukkan kecintaan kepada agama. Kecintaan kepada agama bererti kecintaan pada Allah SWT.


Kesimpulannya, jika tidak kita umat Islam sendiri, siapa lagi yang hendak menjulang agama Islam??
Tepuk dada, tanyalah Iman.

Renungkanlah.

Sumber : nurthauffiq



1. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).


2. Apabila sempuran akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).


3. Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal  soleh. (ulama).


4. Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya. ( Maksud hadis).


5. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).



Terima sudi baca entri ni. Sayang korang.
Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker