Langkau ke kandungan utama

[TERKINI] Krisis Di Mesir: Pelajar Diacu Pistol di Kepala


ATIF SAMSUDIN (kanan) mengetuai bacaan doa kesyukuran setelah dia bersama sebahagian pelajar lain selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Pengalaman diacukan pistol ke kepala ketika berada di Mesir bakal menjadi sejarah yang tidak akan dilupakan seumur hidup kepada seorang pelajar tahun pertama jurusan pergigian Universiti Al-Azhar.


Siti Nabilah Mohd. Azaman, 20, memberitahu, kejadian menakutkan itu berlaku ketika dia dan empat rakannya keluar ke kedai berhampiran untuk menambah nilai prabayar telefon bimbitnya bagi menghubungi keluarga di tanah air.


"Sedang kami berjalan kaki menuju ke kedai, kami terkejut apabila seorang warga tempatan yang tidak dikenali mengacukan pistol ke kepala kami dan menyuruh kami pulang ke rumah.


"Tanpa melengahkan masa kami yang ketakutan terus berlari pulang," ceritanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.



Sejuk hati bila pelajar Malaysia selamat sampai ke bumi bertuah ini. Sesungguhnya Malaysia masih diberkati ALLAH. Maka, marilah kita sama-sama menjaga keamanan dan keharmonian ini



'Ops Piramid' bermula di Kaherah

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my




SEBAHAGIAN pelajar Malaysia berehat sejurus tiba di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, semalam.


KUALA LUMPUR - Misi 'Ops Piramid' untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung dan hak pendaratan di lapangan terbang terlibat.


Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, perintah berkurung yang sebelum ini bermula dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya kini telah diawalkan kepada pukul 1 petang.


"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang," katanya ketika dihubungi semalam.


Menurut beliau, hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah juga agak sukar diperoleh akibat daripada keadaan tegang di Mesir.


Kohilan berkata, operasi semalam bergerak ke kawasan luar Kaherah antaranya ke Iskandariah, Mansourah, Tanta, Zagazig serta daerah lain untuk memindahkan rakyat Malaysia.



Susah jugak. Bila keadaan makin meruncing, lagi la sukar untuk mendapat kebenaran pihak Mesir. Sebabnya mereka (pihak Mesir) juga bimbang akan keselamatan mereka (rakyat Malaysia) yang masuk tu.


Harap-harap, semuanya selamat. Apa pun, percayalah kepada janji Tuhan. Dia tak kan susahkan kita tanpa ada sebarang kesenangan di sebaliknya.


Jadikan semua ini satu pengalaman berharga dan pengajaran serta benteng diri untuk mengemudi kehidupan di kemudian hari.



Bacaan lain: Ariffshah


Jaga diri.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker