Langkau ke kandungan utama

Ko Kerani? Perlu ke Berlagak?



Assalam.


Kali ni entri luahan perasaan. Saja jer nak luah perasaan sikit. Minta maaf kalau kurang matang.



Tadi pergi pusat komputer. sombong betul la minah yg jaga tu. Muka jer nampak macam baik tapi macam *****! Hek eleh, belagak! Setakat duk front line pun nak belagak ker? Rasa nak sekolahkan jer minah tu.


Dah la sambut dgn masam. kita bg salam n senyum pun dia balas dgn tarik muka. Rasa macam nak bagi pelempang jer. dah kerja ko, ko buat la! Nak tarik-tarik muka apsal! Tak guna punya staf eh kerani cabuk!



Datang plak kawan dia.. pakai tudg labuh tapi kasar nak mampus! Masuk tempat dia tak reti nak minta laluan. Main redah jer.. nasib baik pintu tolak tu tak lantun langgar student yg ada kat situ.


Ayat diorang memang pedas. Tak de adab pulak tu..org ucap terima kasih, tak de reaksi punya muka. Rasa nak lempang laju2 jer.
Inikah kerani kat universiti pengurusan terkemuka?





Tashya:sabar kak sabar...


Noor Hapisah: Tashya: hahaha~

Ee Jam: ala biasa la muka dah cun....
mula la belagak..
biarkan la dia begitu k...

Zairi: bengang gila nampak.. Biasalah mungkin dia anggap diri dia cun, mulalah nak belagak. Time boy handsome baru dia tunjuk ayu kot,huhuhuhuhu. Ape2 pun sabar jelah, awk tu student hahahhaha.


Noor Hapisah: ejam: Cun ke? Tak de guna berwajah cantik kalau tak de budi bhasa. Apatah lagi, tak cantik tapi budi bahasa pun tak de.



Noor Hapisah: Zairi: benggang r.. Setakat kerani jer pun nak belagak giler apa hal? Pegawai pun tak belagak mcm dia..



Noor Hapisah: Terima kasih Kimi aka Baba Mea yang mengelike.. Kenal ke minah tu?

Zairi: Sabar je lah. Tak mau dah bengang sangat, nanti muka Sha berkedut seribu pulak . Biar nak habis sem ni tinggal 1000 kenangan yang indah~.



Noor Hapisah: Tak de la.. Saja2 nak lepaskn kemarahan kat sini.. Still enjoy. Join mcm2 lagi. Happy jer. :-)


Zairi: balik bilik tumbuk je bantal, imagine cam muka budak tu.  Baru puas, sakit pon dapat huhuhu



Norha: Nak je aku call staf yang jaga kaunter PKom tu..kerani je pun.. perlekeh student.. Tak pa Shah, Sabaq na..Nanti aku usulkan kat meeting..kempen SENYUM



Noor Hapisah: Ha: Tq wahai ketua pgawai eksekutif Canselori..Hehe~
Itu la pelik aku, macam tak pernah buat kempen senyum pun dlm uum ni untuk kerani tu. Org lain ok je.. even pgwai ekselutif yg lain.. diorg tak pernah attend kempen kot.. Tu yang jadi macam ni. Haha~


Azim: Masing2 baru lepas kena bambu dgn bos kot.

Noor Hapisah: Azim: Entah la, beb. Bambu pun bambu la jugak tapi biar professional la sikit.


Azim: lumrah la beb. tu la dunia..xsemestinya org akan sentiasa layan ko dgn baik je..

Noor Hapisah: Azim:manusia oh manusia.. tp aku rasa ni la first time jumpa kerani mcm ni. Sblum ni ok-ok jer.

Azim:haha..so biasa2kan la diri ye

Noor Hapisah: Azim: Ok boss.



Settle. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi layan kepala aku yang kadang-kadang weng sikit. Haha~ Sebenarnya, tak kisah sangat pun. Tapi memang tak suka sangat dengan kerani tu sebab terlalu sombong. Aku pun tak dapat nak faham apa masalah dia. Kalau kata dia sibuk, mana ada buat apa-apa pun. Client pun tak ramai.


Bila kawan dia datang, terus lain mukanya, tahap berlagak makin naik. Eh, ko kenal aku ke dan ada masalah dengan aku ke? Aku tak kenal ko pun. Ko sape?


Geram dengan orang macam ni. Ni kira luahan hatiku yang tak berfikir secara rasional la. Saja jer nak bermanja dengan kawan-kawanku di facebook. Sekali sekala jer. Baru la kita tau diorang sayang kita ke tak.


Eh, jap. Kawan-kawan aku yang komen kat atas tu pun, ada yang dah berkahwin. Tiga orang. Yang belum berkahwin, tiga orang jugak. Maknanya aku bukan menggatal dengan laki orang atau isteri orang tapi diorang semua kawan-kawan aku yang menyayangiku. Kalau tak sayang, mesti diorang buat tak tau jer kan? Hehe~


Ok la, pengajaran untuk korang jugak. Kalau dah kerja tu, jangan lah sesekali berlagak. What the fall, nak berlagak sombong segala? Semuanya mati masuk dalam tanah jugak. Nasib baik la aku ni kuat sabar. Kalau tak, memang teruk la kerani tu kena. Silap-silap kena buang kerja terus.


Jadi, jangan la berlagak. Korang tak tau dengan sape korang deal. Ye la, setakat student je, korang ingat tak de kuasa ker? Korang ingat kami ni tak de kenal dan deal dengan orang besar dan berpangkat tinggi? Sekali kenal dengan Naib Canselor dan menteri kabinet, apa ko nak kata? Kalau aku kata aku ni anak saudara Najib? Hah, mau terlopong mulut ko!


Dah la, aku tak nak emo-emo. Rileks-rileks sudah.



Jom berbudi bahasa dan senyum.. :-)



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker