Langkau ke kandungan utama

Iklan Kreatif 1

Salam.


Apa khabar semua? Harap sihat la semua. Kalau tak sihat, cepat-cepat makan ubat, k. Supaya korang sihat senantiasa. :-)



Mood sekarang ni ok sikit walaupun agak tertekan tapi enjoy tetap enjoy. Tak guna hidup kalau tak enjoy dan hepi, betul tak? Sebab tu la aku nampak awet muda sebab selalu hepi-hepi walaupun masalah menimbun. Hehe~ Perasan muda la plak.


Ok, berbalik kepada tajuk pada kali ini,iklan yang kreatif yang terdapat di seluruh dunia. Kreatif betul idea diorang ni. Jom kita asah kepala kita supaya kreatif jugak.





1. Nissan Cube Advertisement

Break Glass in Case of Adventure (pecahkan gelas untuk situasi lasak).






Chewah, berani betul cakap macam ni. Kang ramai-ramai pakat pecahkan gelas dan ambik kereta ni, baru padan muka. Ke diorang yang suka sebab dapat insurans? Ngeng, ngeng!




2.Woodland Shoes Advertisement




Bagus idea ni.. Dari jauh orang boleh perasan yang kasut berada kat atas. Tapi, harap kasut ni tak menimpa orang la..





3. Nike Cars Advertisement




Iklan ni pun ada berkait dengan kasut jugak tetapi kasut bola di kereta.


Kereta direka seperti tendangan Nike di Mexico. Hadapan kereta membawa bola. Tapi kereta macam ni hanya untuk pameran sahaja dan salah di segi undang-undang kastam. jadi korang jangan nak cuba beli, k. Lain la kalau korang duk kat Mexico.

Pssst: kalau korang beli, aku nak cuba naik ek. Free tau, tak nak bayar tambang.


BMW Advertisement






“From up here, I can see BMW of Bridgeport” macam tu la slogan dia. Ada orang kat atas billboard tu. Kreatif betul la.



MINI Advertisement




Letak dalam kotak, macam barang mainan plak. Ada seorang pensyarahku memiliki kereta ni. Warna hitam dan merah, memang gempak la..


Dia ada pelawa bagi guna, tapi terpaksa la ditolak dengan cara baik walaupun dalam hati memberontak nak naik. Sebabnya belum ada lesen. Kalau lah aku dah ada lesen waktu tu, mesti kereta dia menjadi belasahanku. Hihi~


Mercedes Advertisement



Pergh sekali kau letak terbalik macam ni... Kalau jatuh, berkecai la.. Isk, sayang-sayang. Nasib baik bukan kereta aku. Kalau tak mesti nangis punya.. Hihi, ye ke nangis?


Ini lah idea kreatif diorang..


Nike Advertisement





Uii, ini dahsyat jugak.. Sekali bola tu lekat kat dinding.. Rosak rumah apartmentku yang bernilai RM2 juta tu.. Eh, eh  perasan la plak..


Idea ni pun kreatif jugak sebab dari jauh lagi orang boleh tengok dan nampak..


Nestle Advertisement




Chewah, ada burung-burung ambik snek dia..


Discovery Channel Advertisement





Iklan ni, ada jerung kat bangunan. Diorang pakai belon.


Nescafe Advertisement





Gambar yang membawa jenama Nescafe ni terletak di ibu negara Venezula iaitu Caracas. Benda ini jugak diiktiraf antara yang terbesar di dunia.



BIC Razor Advertisement




BIC membangunkan iklan kreatif untuk pisau cukur. Iklan ni nampak ringkas saja tapi menarik perhatian sebab dia buat macam dah 'cukur' rumput. Kreatif!

 

Ravensburger Puzzles Advertisement





Mari, mari kita main puzzle.. Aiyo, besar giler dan berat kot. Ya la, batu dan bata..

Kreatif, kreatif.. Tapi kena banyak bajet la nak buat macam ni..


Kill Bill Advertisement


Cat tersembur sampai kena kereta kat bawah. Kalau la kereta korang atau kereta bapa korang mahupun kereta sewa korang, apakah perasan anda bila keluar dari shopping complex tengok kereta dah kena kena cat selain warna kereta? Mesti benggang, kan?


Rileks.. Ini adalah iklan sahaja.


Kereta tersebut pun sebahagian daripada iklan. Maknanya syarikat beli kereta itu untuk tujuan pengiklanan. Bukan suka hati jer sembur cat kat kereta orang.


McDonald’s Bus Stop Advertisement

Bayangkan, kita tengah tunggu bas tetiba pandang belakang ada macam restoran la.. Teringin plak burger Prosperity. Kecur liur.




Sekali dapat iklan tempat tunggu bas macam ni.  Uii, mencabar iman ni..Hihi~
Pandai diorang buat, nampak real jer..





Amacam? Kreatif kan diorang? Kita pun kreatif jugak. Cuma mungkin bajet kurang atau (paling tak puas hati) orang atasan perlekehkan idea kreatif kita. Kalau nak ikut pattern dulu-dulu jer, susah nak maju la syarikat.

Hidup kena berani, beb!



Sampai sini dulu. Kalau rajin, aku up date lagi. Bukan rajin jer tapi ada masa. Sebab sekarang ni agak sibuk. kena pandai-pandai bahagi dan curi masa.


Jaga diri, hiasi peribadi! :-)


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!







Jom klik iklan kat bawah ni:




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart

INI ADALAH ENTRI MELEKAT (STICKY POST) ENTRI TERBARU KAT BAWAH, YE Assalamualaikum... Entri bloglist. Aku dah ada satu bloglist untuk kawan-kawan yang rapat dengan aku. Sekarang ni, aku nak buat bloglist kedua, saja nak memberatkan blog aku. Haha~ tak ada la. Tujuan aku adalah nak beramah mesra dengan follower aku yang mana ada letak blog aku di blog mereka. Aku tahu, bila aku jalan-jalan, kadang-kadang terjumpa blog aku di senarai bloglist mereka. Terima kasih sudi ambik tau pasal blog ni. Dan paling mengharukan blog aku ni diletakkan bersama dengan otai blog yang lain. Er, rasa segan juga di situ. Memandangkan aku tak ingat kat blog mana aku dah masuk, maka aku nak panggil korang balik ke sini dan mari masuk bloglist aku. Syarat: 1. Follow (join this site) blog Sha My Heart dan letakkan dalam bloglist korang. 2. Buat entri. Entri mestilah bertajuk "Heart to Heart: Jom Masuk Bloglist Sha My Heart" 3. Letakkan banner dan linkkan ke entri ini 4. Tag...

Tolonglah Pakai Baju Yang Sesuai Masa Bertunang!

Assalamualaikum... Entri ringan. Ditujukan khas untuk lelaki. Kenapa tidak perempuan? Perempuan dah ok dah. Kenapa la, kalau bertunang je lelaki hanya berbaju kemeja lengan pendek dan bersongkok? Eh nok, ingat ini zaman klasik ke, macam dalam zaman Penarik Becha? Aku rasa sangat tak matching dengan si perempuan yang pakai baju cantik-cantik. Kadang-kadang siap bermahkota lagi.. Eee, kalau la bakal tunang aku (yang entah siapa pun aku pun tak tahu lagi) buat macam tu, aku halau balik rumah. Haha~ Please la. Tolong la ada code address berpakaian sikit. Isk! Dah tu ada pula yang pakai t-shirt jer. Itu tahan lagi, ada pula yang pakai short pant paras lutut. Er, ko dalam majlis apa ni , nok? Isk, geram betul la.. Haha~ Aku nak emo pesal? Kata entri ringan, rileks la.. Cadangan aku? Kalau dah perempuan sampai kena bersewa pakaian, paling tak pun kena cari baju cantik-cantik sebulan dulu, maka apa kata lelaki pun cuba la pakai baju yang menarik sikit. Pakai baju yang menampakkan ...

Apa Nama Korang dalam Bahasa Jepun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Jom main permainan ni. Nama korang berdasarkan nama Jepun A= ka, B=tu, C= mi, D= te, E= ku, F=lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi Kemudian copy nama korang kat ruangan komen ya. Noor Hapisah : Tomomoshi Rikanoki Arikari Haha~ Lawak gile nama. Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels! Terima kasih sudi baca entri ni. Sudi-sudikan diri ‘like’ kat bawah entri ni dan fan page atas sana ya. Sayang korang.  Kalau rasa entri ni ada nilai dan berguna, sila tekan +1 kat bawah ni, ya.

Open Tracker