Langkau ke kandungan utama

Happy Birthday: Terima Kasih Kawan-kawanku.. Sayang Korang

Salam.



Apa khabar semua?


Hari ni nak reveal pic yang berada dalam simpananku dan simpanan handphone Nokia C3 Aida.


Hehe~ Ada lagi tak? Sebab hari tu, aku ada tengok pic dalam handphone dia,(dengan kebenaran) masih tersimpan elok gambar-gambar tersebut walaupun dah berbulan lamanya majlisnya. Ingat nak ambik, tapi terlupa plak.




Ni diorang buat surprise party untuk aku dan Zamani, yang kebetulan lahir bulan dua, dalam geng kami. Terima kasih, kawan-kawanku sekalian.


Sebenarnya, pandai diorang rancang tapi di'spoil'kan oleh kawan baikku, dia terlepas cakap. So, aku tau la. Aiyoo, tak rasa surprise pun. Hehe~ Kesian kat diorang yang beria-ia rancang..


Tapi tak pe, hadiah korang memang berjaya membuatkan aku rasa terharu. TQ, beb. Kiranya surprise birthday yang tidak menjadi pun, menjadi la jugak satu.. :-)


Pada malam tu, kami seramai 13 orang berkumpul di Restoran Bangau Putih, Taman Teja, tepi lebuh raya Utara-Selatan, dekat susur keluar ke Kangar. Kalau terus, ke Bukit Kayu Hitam, dan Thailand. Korang tau tak? Kalau tak tau pun, buat-buat tahu la ek.. Hihi~



Yang ada pada malam tu, mestilah 'mastermind'nya iaitu Aida dan Mil.

Cuba teka yang mana satu Aida dan yang mana Mil? Hihi~



Kemudian, ada ...

Ala, jap lagi sambung. Jom kita  tengok dulu apa yang nampak macam meriah sangat tu.. Hehe, tak sabar-sabar.




Ok, ni la kek pada malam kejadian. Cantik kan?



Tunjuk sikit lagi. Tebal kek ni. Sedapnya.. Yummy..



Ok, kita mulakan acara.. Kita potong kek dulu. Memandangkan nama yang tertulis pada kek tu Zamani dulu, maka dia merasmikan kek pada malam yang meriah itu.. Ngeh-ngeh~


Zamani semasa membelah kek.





Giliran aku plak merasmikan kek ni.




Kami tak ada sebarang ikatan melainkan cuma berteman biasa, sebenarnya. So, jangan pula ada sesiapa yang serang aku. Aku tak bersalah.

Macam pasangan yang gaduh jer. Tak de la, aku sibuk cakap dengan kawan-kawan aku kat depan aku. Tak sedar ada picu kamera dipetik.
Sebenarnya, bukan kami duduk berdua. Sebelah aku Achik dan sebelah Zamani ada Fendy. Kalau tak percaya, ni picnya..



Aku, Zamani dan Fendy di sebelahnya.

Ha, kan dah percaya. Sayangnya pic lain kabur. Kelabu asap. Kebanyakan gambar diambil menggunakan handphone Aida, Nokia C3. Terang, walaupun kami duk dalam samar-samar cahaya lampu jalan.


Pic yang kelabu ni guna kamera lain. Nasib baik ada dua kamera. Kalau tak rugi la sweet moment tu. Hehe~


Sesi membuka hadiah pula..

Membuka hadiah dari kawan-kawan. Sorang dapat satu. Tu tak termasuk yang kawan-kawan bagi in personal lagi..Jom fokus, jeng, jeng, jeng, apakah dia..



Hadiah pic yang telah dikolajkan guna Picasa. Kami terharu, beb sampaikan senget tudungku. Haha~



Tetamu yang hadir. Eh tak la.. Diorang kawan-kawan jugak.
Hilmi dan Rasyid tidak ketinggalan memeriahkan majlis.




Kawan rapat, Nita dan Achik
See, itu kan lengan baju aku. Maknanya ada orang di sebelahku. Bukan berdua aja.




Antara yang hadir: Aida, Mil, AT dan Oren.  Diorang ni pun rapat jugak.


Ok, majlis berakhir selepas kami pulang ke rumah sewa dan dewan penginapan pelajar masing-masing setelah order makan dan borak-borak.

Lama jugak la lepak. Bukan selalu. Lagipun, ada yang jarang jumpa sebab kos lain tak pun, ambik fully research. Kebanyakan kami ambik course work.



Terima kasih kepada semua yang merancang dan yang menghadirkan diri:

1. AIDA SUHANA
2. NURUL JAMILAH
3. NORAINIFITRI
4. AIDA ZULIYANA
5. NORAINI
6. AGNITA YOLANDA
7. ASRUL AFFENDY
8. MOHD HILMI
9. RASYID
10. KAWAN FENDY (Dah terlupa namanya)
11. AFNAN (Datang lambat sebab ada hal-sayangnya tak dapat nak upload pic dia, tetiba rosak pulak)
12. ZAMANI
13. Sha my heart (Poyo jer..)


Ok, ni pic kami yang mengucapkan sangat berterima kasih kepada kalian..



Semuanya riang gembira. Alhamdu lillah.. :-D



Aku nak tunjukkan pada korang satu pic..



Meriah jer pic ni, kan? Pic kenangan kami semua.. Semoga persahabatan ini akan kekal hendaknya.



P/s: Nyesal sebab masa last-last, aku tak sempat nak jumpa diorang. Wah, dah rindu diorang semua!




Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker