Langkau ke kandungan utama

Gadis Unik, Boleh Lenturkan Badan

As salam.


Jom baca tentang keunikan seseorang..


KIRSTY NICHOLSON melenturkan badannya di dalam balang di rumahnya dekat Middlesbrough, Britain baru-baru ini.




LONDON - Seorang gadis di Britain pulih daripada sindrom berasa takut apabila berada di dalam ruang yang sempit, lapor sebuah akhbar semalam.




Gadis itu, Kirsty Nicholson, 23, pulih selepas ibunya memasukkan dia ke dalam tong sampah. Kejadian itu berlaku semasa dia masih kecil kerana anaknya itu mampu melenturkan tubuhnya.



Disebabkan dia turut berbakat melenturkkan tubuhnya di dalam balang kaca, gadis itu kini menunjukkan kemahirannya itu dalam pertunjukan sarkas.




Dia kini merupakan anggota kumpulan The Circus of Horrors yang menjelajah ke seluruh dunia.



Nicholson amat takut berada di ruang kecil dan tertutup sejak dia berusia enam tahun.



Beberapa tahun lalu, dia mendapat tawaran bekerja dengan sarkas berkenaan dan perlu mengadakan persembahan melenturkan badan di dalam botol sepanjang 0.6 meter dan lebar 45 sentimeter.




"Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan sehinggalah ibu saya mendapat idea untuk saya berlatih di rumah dengan memaksa saya masuk ke dalam tong sampah dan raga pakaian," kata Kirsty. - Agensi dalam Kosmo! Online.



Hai, macam-macam la kebolehan manusia. Jadi, jangan rasa malu. Setiap dari kita ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.


Jom asah bakat.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)