Langkau ke kandungan utama

Dipatuk Ular, Oh Tak Rasa Apa-apa..

As salam.


Korang pernah tak dipatuk ular tapi tak rasa apa-apa? Korang pernah tak disengat tebuan tapi tak rasa apa-apa? Korang pernah tak disondol lembu tapi tak rasa apa-apa?


Aku yakin mesti ramai yang pernah, kan?

Tak percaya? Percayailah..

Sebab semua ni dalam mimpi. Hehe~


Aku bermimpi dipatuk ular. Ular tu kecik jer. Warna putih kekuningan. Bentuknya seperti Ular Tedung Selar. Asalnya ular tu seorang lelaki, dalam mimpi aku la.




Tetiba dia berubah menjadi seekor ular dan mematuk kakiku. Katanya, aku ganggu lubangnya. Lubangnya itu sebenarnya lubang haiwan lain. Tapi selepas haiwan tersebut meninggalkan tempat itu, ia pula menghuni di sana.


Aku risau jugak kalau-kalau aku mengalami kesakitan dek dipatuk ular. Mujur, aku tak rasa apa-apa. Kiranya, ular tersebut sekadar mematuk, tetapi bisanya tidak dihamburkan sekali.


Kalau korang nak tahu, bisanya boleh juga dihamburkan sejauh sekaki a.k.a semeter.
Bisanya boleh membunuh. Bisa ular dapat menjalar dalam liang roma kulit kita. Kulit kita kan ada lapisan epedermis, ada liang udara.

Korang baca ni:

setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh gajah atau 20-30 orang manusia. Pada masa kini, penawar bisa (anti-venom) bagi gigitannya sukar didapati. Racunnya merupakan toksin saraf. Ia mampu berdiri dalam keadaan mengancam tegak dangan kepalanya setinggi sehingga 6 kaki dan turut mampu bergerak dalam keadaan menegak; ia mampu bertentang mata dengan manusia.


Sumber dan bacaan lanjut: Ular_Tedung_Selar


Tapi biasanya kalau ular jenis ni berwarna hitam. Ada ke berwarna putih? Tak pernah dengar pun.


Bila tersedar dari tidur, terus aku tersenyum. Kerana pada kepercayaan orang Melayu, apabila bermimpi dipatuk ular, maknanya dia akan dipinang.


Jadi, aku pun google la untuk mengesahkan ketepatan tafsiran mimpi tersebut. Aku gedik gembira kerana benar tekaan aku.


Tapi sebentar kemudian, aku terus jadi tak bersemangat. Hal ini kerana, kalau kerap mimpi ular, maknanya kita disihir atau kita ganggu tempat jin.


Kepada jin sekalian, kalau aku ada buat salah, maafkan aku. Tak sengaja.


Kalau la betul, siapakah si peminangnya?


Eh, ada lagi mimpiku itu. Dek kerana kepingin nak tahu siapakah orangnya, ada diberitahu tapi tak lengkap. Siapa ek?


Ok la, jangan nak berangan jer. Fokus, fokus..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker