Langkau ke kandungan utama

Dengan Mekap, Perempuan itu Penipu?!

Salam.




Tadi jalan-jalan selongkar blog orang. Tetiba masa geledah tu, jumpa sebuah blog dan entrinya yang membuatkan aku rasa geram jer. Terus bersemangat nak taip entri ni walaupun masih demam. Demam, cepatla sembuh, aku banyak lagi urusan yang perlu dilakukan!


Blog dia tu blog yang dia suka fikir lain dari orang lain. Itu tak kisah la. Yang rasa nak baran ni, boleh plak dia kata dia rasa tertipu dengan mekap orang perempuan.




Ingin saja aku komen, dah buka ruangan box komen, dah taip. Tapi tak jadi nak send. Sebab malas la nak gaduh. Tak elok nak gaduh-gadh tempat orang. Ye la, dah masuk kampung orang, tak nak marah-marah plak ek?


So, lebih baik aku lepaskan amarah di sini. Lebih panjang penjelasan dan tak akan melukakan hati sesiapa.


Mula-mula entri dah dia nak jerit-jerit marahkan orang lain. Mesej tak dapat sampai pun. Elo, tulis la bagi orang lain faham!


Dia buat pengakuan yang rata-rata kaum adam terpikat dengan perempuan dek kerana mekapnya (cuba menyembunyikan wajah yang hodoh di sebalik mekap) dan menuduh kaum Hawa melakukan penipuan!


Erk, apakah? Apakah dengan mekap itu bermakna perempuan tersebut berbohong?


Aku ingin bertanya kepada lelaki di luar sana atau kepada anda,bukankah mata lelaki itu lebih tajam dan seperti laser? Tidakkah mereka boleh nampak di sebalik mekap itu?


Dan kenapakah penulis blog tersebut merasa tertipu? Adakah dia sendiri yang memang mencari perempuan yang benar-benar cantik? Nak neautral beauty konon.


Tidakkah dia tahu yang tokoh agama kita pun telah berpesan yang calon isteri tak boleh pilih yang terlalu cantik kerana dikhuatiri akan menyebabkan kita sengsara dengan kecantikannya? Kalau pilih yang senang, dikhuatiri akan menyebabkan kita kesusahan. Lagi? Aku pun tak ingat..





Kenapa aku nak marah sangat dengan dia? Erm, aku tak marah. Cuma tegur. Dan teguran ini pun untuk semua kaum Adam kat luar sana.


Korang handsome dan kacak sangat ke nak memilih calon yang terlalu cantik? Kalau muka korang pun bersepai, jangan harap la awek tu pun nak korang!


Ukur baju di badan sendiri.


Bab mekap, tak kan korang tak dapat nak agak kot? Takkan la si perempuan tu pakai bedak 14 inci dah boleh tutup segala kekurangan dirinya? Tidak!


Aku juga perempuan. Aku juga suka bermekap (kadang-kadang je la). Aku tak rasa orang lelaki ni suka sebab perempuan itu cantik dek mekap jer. Tapi lelaki kan suka akan kecantikan terutamanya kecantikan seorang perempuan.


Lelaki juga suka akan perempuan yang kuat mempunyai aura.


Lelaki akan lebih menyukai perempuan yang menghargai dirinya sendiri. (Mekap juga salah satu dari banyak cara untuk menghargai diri sendiri).


Maka dengan ini, aku menafikan sekeras-kerasnya yang pernyataan dia tu sama sekali tidak tepat!



Jom hargai diri sendiri.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Ulasan

  1. Kalau pilih yang cantik, tak ke mana bahagianya. Tua-tua nanti kedut jugak.

    BalasPadam
  2. Tau tak pa, Anis.. Hee, tak suka betul la lelaki yg berfikiran mcm tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker