Langkau ke kandungan utama

[CERPEN]: Di Sempadan Hijab

Kepalaku terasa sakit, aku berdiri dan membuka mataku perlahan-lahan cuba melihat keadaan sekeliling. Aku dikelilingi kepulan asap seakan-akan kepulan awan. Dimanakah aku berada? Baru sebentar tadi aku cuba untuk memetik bunga Ros yang cantik berwarna ungu. Aku bingung memikirkan apa yang telah berlaku. Jiwaku bercelaru.


"Jangan bimbang Hidayu.. aku yang bawa kamu kemari", aku lantas berpaling kearah suara itu. Seorang lelaki perkasa berdiri di belakangku, tersenyum segak. Pakaiannya seakan-akan pahlawan kurun ke-15.


"Kenapa awak bawa saya ke sini?", soalku gentar. "Aku sudah lama perhatikanmu Puteri ku", jawabnya jujur sambil menundukkan wajah ke tanah. "Tapi kenapa?", soalan ku tidak terus dijawab. Dia lantas datang ke arah ku berwajah serius, "Kerana aku cinta kamu".
Aku membeliakkan mata. Dia tersenyum lalu memetik bunga Ros berwarna ungu yang berada di sebelah ku lalu memberikannya kepada ku.




"Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu dengan ku, keluarlah mengikut arah cahaya itu", katanya sambil menunding jari ke arah cahaya putih yang menyilaukan mata. Aku memandang ke arah cahaya itu dan berpaling semula ke arahnya, dia telah pun ghaib dari pandangan.


Aku yang masih lagi kebingungan lantas berlari melalui cahaya putih tadi. Mataku terasa sakit. Aku memejamkan mata, terasa pawana meniup halus melanggar pipiku. Aku membukakan mata, kelihatan kanak-kanak berlari anak dihadapan rumahku. Disinilah tempat terakhir aku berdiri sebelum di bawa ke sempadan hijab sana.


Entah apa nama tempat tadi aku pun tak pasti, yang pasti aku masih lagi dalam kebingungan. "Kerana aku cinta kamu", kata-kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku. Siapakah pemuda tadi? Bila masa pula dia memerhatikan aku? Seingat aku, aku tak pernah pun melihat dia di kampung ini. Dalam aku berkira-kira akhirnya aku terlena.


Pagi itu setelah selesai menolong ibu mengemas dan memasak, aku pergi lagi ke belakang rumah. "Petiklah bunga ini jika kamu ingin bertemu denganku", suara pemuda itu seakan angin yang meniup datang memperingatiku. Aku tercari-cari bunga Ros ungu itu. Aku harus bertemu dengan pemuda itu, aku mahu kan jawapan darinya. Mataku meliar tercari-cari bunga itu.


Akhirnya mataku tertumpu ke arah bawah pohon beringin, bunga Ros ungu itu bercahaya seakan-akan memanggilku agar segera memetiknya. Aku mempercepatkan hayunan langkah, sampai sahaja betul-betul dihadapan bunga itu terus sahaja aku memetiknya. Terasa dingin menyelubungi diri, keadaan sekitar berubah seakan-akan berada di dalam sebuah taman yang cukup indah.


"Assalamualaikum Puteriku", suara pemuda kelmarin kedengaran lagi. Aku berpaling dan disambut senyuman manis olehnya. "Walaikumsalam", aku hanya tersenyum tawar.


"Aku tidak menyangka kamu akan kembali lagi ke sini Hidayu", katanya sambil menyilangkan tangannya kebelakang. "Saya cuma nak penjelasan dari awak, kenapa awak cakap yang awak cintakan saya?", soalku keliru. Senyuman manisnya dilemparkan ke arah air terjun yang sedari tadi turun mencurah-curah.


Dia menarik nafas panjang sebelum memulakan bicara, "Aku sudah lama memerhatikanmu Hidayu, kau cantik dimataku". "Tapi saya tak nampak awak pun, kenapa selepas petik bunga Ros ungu baru boleh nampak awak?", soalku bertalu-talu.


"Kerana kita dipisahkan oleh dua hijab yang berbeza.. Namun cinta tak mengenal siapa", jelasnya lagi. Aku terdiam mengerti. "Ayuh kita ke rumahku", pelawanya tersenyum kacak. Aku hanya mengikutinya tanpa banyak bicara.


"Inikah gadis yang kau maksudkan itu Iskandar?", soal seorang wanita separuh abad dihadapanku. 'Oh, Iskandar namanya', getus hatiku. "Ya bonda, inilah Hidayu gadis pilihanku", jawabnya penuh adab sopan. "Kau harus mengerti, kita berlainan dunia anakku", wanita itu seakan memujuk.


"Tiadalah yang lain mampu untuk ku cintai bonda", suara Iskandar mendatar. Aku hanya terdiam memandang kedua beranak itu berdialog. "Tak mengapalah marilah kita menjamu selera dahulu", wanita itu mempelawa.


Kami menuju ke dapur dan menikmati hidangan makanan tengahari, anehnya
makanannya sama seperti makanan penduduk di dimensi ku. Terataknya juga sama, tidak jauh beza. Cuma pertuturan mereka seakan-akan di zaman Hang Tuah. Aku seakan teruja, langsung tidak menyangka dapat melihat sendiri kehidupan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini. Subhanallah, begitu besar kuasa Allah pencipta.


Iskandar membawa ku bersiar-siar di taman, dia menghadiahkan ku sebentuk cincin emas yang sangat cantik. "Inilah tanda kasih ku padamu Hidayu", katanya jujur tersenyum kacak menampakkan lesung pipit di pipi kiri nya. Aku hanya tersenyum dan seakan sudah jatuh cinta. Manakan tidak, dia melayani ku bagaikan seorang puteri.


Tutur katanya lembut dan sopan. Ayat-ayat cinta yang keluar dari mulutnya membuatkan aku seakan dihanyutkan lautan samudera. "Hidayu, hari sudah petang eloklah kiranya kamu pulang dahulu", katanya jujur. Aku hanya mengganguk tanda setuju dan mengikutinya ke tempat bercahaya terang itu.


Aku berpaling memandangnya sebelum melangkah kearah cahaya, "Is, aku juga cinta padamu". Ternampak garis-garis gembira pada riak wajahnya, aku berpaling dan berlalu pergi.

Aku muncul di bawah pohon beringin, nasib baik lah hari masih cerah. Kalau tidak Ibu dan Ayah pasti mengesyaki sesuatu. Aku cepat-cepat menuju ke rumah, Ayah dan Ibu masih di ruang tamu.

"Ayu, kamu ke mana? Dah dua hari asyik hilang macam tu aje, dah nak dekat maghrib baru nampak batang hidung". Ayah sudah mula menyoal.


"Ayu jalan-jalan ke rumah kawan", jawab ku lalu terus masuk ke dalam bilik. "Jangan ke belakang rumah sudah, tempat tu bukannya elok", kata Ibu pula menyambung. Aku hanya buat tak endah, biasalah orang tua-tua sengaja menakut-nakutkan anak mereka sebagai peringatan supaya berhati-hati.


Malam itu aku terus masuk tidur sedangkan keluargaku menjamu selera di dapur, aku mengenggam erat cincin pemberian Iskandar yang berbentuk seakan-akan bunga Ros ungu di belakang rumah. Wajah Iskandar menerpa di ruangan mata ku, senyuman manisnya menyerikan hidup ku dan cintanya memenuhi kekosongan hati ku. Iskandar sungguh istimewa, tidak ada seorang pun lelaki sepertinya. Dia sempurna di mataku.


Matahari menerjah di tingkap bilik menyilaukan mata ku, aku terus bangun bersiap-siap untuk bertemu dengan Iskandar kekasih hati. Melihatkan Ibu dan Ayah tiada, aku terus ke bawah pohon Beringin dan memetik lagi bunga Ros ungu untuk ke sebelah hijab sana.

Iskandar masih setia menunggu ku di tempat yang sama, kami seakan terlena dibuai cinta dua dimensi yang berbeza. Begitulah setiap hari kami bertemu, sedar tak sedar sudah hampir sebulan kami memadu asmara, kasih ku padanya sudah tak terhitung banyaknya. Iskandar juga begitu, setiap saat berjanji untuk sehidup semati bersama dan meminta agar aku sentiasa setia dengan cinta kami.


"Hidayu, sudikah kamu menjadi suri hidupku?", soalnya tiba-tiba. Aku hanya tersenyum malu lalu melangkah menuju ke arah air terjun yang jernih. Iskandar mengikuti ku dari belakang. "Mengapa kamu berdiam diri?", soalnya seakan cemas.


"Is. . saya beri jawapan esok boleh?", kataku meminta kebenaran. Iskandar hanya mengganguk perlahan dan tersenyum manis tanpa memaksa. Itulah sikapnya yang membuatkan aku jatuh cinta. Dia benar-benar seorang lelaki yang budiman dan berpegang teguh pada ajaranNya. Setiap hari pasti aku diajak berjemaah bersama dia dan ibunya di rumah.


Malam itu selepas makan malam, aku terus melangkah laju ingin menuju ke kamar. Tiba-tiba sahaja Ayah memanggil ku. "Ayah nak tanya sedikit, ayu buat apa kat belakang rumah siang tadi?", soal Ayah serius, Ibu yang duduk di sebelah Ayah pula tiba-tiba menitiskan air mata.

"Ayu jalan-jalan Ayah", jawabku tersekat-sekat.

"Jangan tipu, ayah nampak Ayu pergi ke pohon beringin petik sesuatu.. tapi Ayah tak nampak pun apa yang Ayu petik, lepas tu tiba-tiba ghaib", terang Ayah yang membuatkan ku terkedu seketika. Aku menelan liur. Tembelang ku sudah pecah.

"Ayu tahu tak bawah pohon beringin tu tempat orang bunian?", soal Ayah lagi. Aku hanya mengganguk tanda faham. "Maknanya Ayu dah jumpa orang di sebelah sana?" Aku mengganguk lagi. "Ayu tahu tak kalau ada yang berkenan dan kahwin dengan Ayu, mungkin Ayu tak boleh balik ke dimensi kita lagi?", ayah memandangku sayu.

"Pernah terjadi di dalam keluarga kita Ayu, nenek Su kamu tidak pernah lagi pulang ke sini sejak berkahwin dengan orang di sebelah sana", ibu menambah.


Kali ini aku terkejut besar, bagaimana kalau ianya terjadi kepadaku? Apakah aku sanggup meninggalkan keluarga sendiri demi cinta terhadap lelaki yang berlainan dimensi? Aku memandang sayu cincin pemberian Is, tak semena-mena air mataku jatuh membasahi pipi. Ayah menghampiriku dan mengusap lembut rambutku. Ibu juga datang menghampiri untuk melihat keunikkan cincin dimensi sana.


"Pulangkan semula cincin ini, Ayah doakan kamu selamat pulang", ujar Ayah yang mengiringi ku ke pohon beringin. Aku memetik bunga Ros ungu lalu ghaib di mata Ayah. Iskandar hadir dengan sekuntum bunga Ros ungu, dia kemudiannya menghadiahkannya kepada ku. "Jawapanmu?", soalnya tidak sabar. "Is, saya cintakan kamu", kataku sayu. Tidak semena-mena air mata ku jatuh berlinangan.


Iskandar menghampiri dan mengusap lembut pipiku. "Mengapa?", soalnya kehairanan. "Iskandar, kita berasal dari dua dunia yang berbeza.. saya tak mahu berpisah dengan keluarga", jelas ku sayu.


"Mana mungkin aku mampu hidup tanpa kamu Hidayu", suara Is terketar-ketar menahan sebak. "Sungguh aku menyintaimu", sambungnya lagi. "Saya pun begitu, tapi kita tak dapat melawan hukum alam sayang", jelasku sambil mengesat air mata yang sedari tadi turun mencurah-curah. Lalu ku memulangkan semula cincin pemberiannya.

"Hidayu, benarkah keputusan mu begitu?", soalnya serius.


Aku hanya mengganguk perlahan, esakan semakin kuat. Iskandar menghampiriku, dia memegang bahu ku lalu mengucup dahi ku tanda kasih. Aku memejamkan mata seeratnya, terasa titisan air mata Iskandar hangat membasahi dahi ku.


Aku membukakan mata, ternyata aku sudah kembali ke alam nyata. Ayah dan Ibu sedang menanti di belakang rumah, aku memandang sayu ke arah pohon beringin, tiada lagi Ros ungu disitu. Yang masih berbekas hanyalah titisan air mata Iskandar di dahiku. Sambil berlari anak menuju ke rumah, aku menangis semahunya.


Hatiku hancur berkecai saat meminta perpisahan dari nya, aku terlalu menyayangi Iskandar. Ingin sahaja aku mengundurkan masa yang masih berbekas tadi menatap puas wajahnya yang bersih itu. Aku menoleh semula ke arah pohon beringin tadi. Ternyata Iskandar ada di situ melambai sayu, kelihatan titis-titis jernih terbit dari kelopak matanya.


Semakin lama susuk tubuhnya semakin kabur lalu hilang dari pandangan. Sukarnya untuk ku berpisah denganmu Iskandar, ternyata cintamu berbekas di hatiku.



Cerpen Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Nur Izzaidah Bt Karim.

Original post: Di Sempadan Hijab
Copyright © 2007 - 2011 Tentang Cinta All rights reserved.



Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker