Langkau ke kandungan utama

Calon Pilihan Raya UM Ditemui Lemah di Bangi

Assalam.

Korang boleh cek sini kalau belum tahu kisah sebelum ni..


Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my




MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi.


Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.


"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam.


Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.


"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya.



Sumber: Kosmo!






Pelajar ditemui selepas hilang 33 jam


2011/02/22
MASTURA dilaporkan hilang ketika keluar berkempen untuk pilihan raya kampus Universiti Malaya.


PETALING JAYA: Kehilangan pelajar, Mastura Abu Bakar, yang juga calon umum pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) dari Kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro M) selepas selesai berkempen di Pantai Dalam, Sabtu lalu, dipercayai ada kaitan dengan empat ugutan diterimanya sebelum ini.


Antara ugutan itu berbunyi: ‘Woi Celaka! Jaga sikit perangai kau... kami sudah lama perhatikan kau. Siaplah kau lepas ini... kau ingat kau bagus sangat’ yang diterima Mastura jam 10.45 pagi, Sabtu lalu.


Pada jam 4 petang hari sama, Mastura dilaporkan hilang selepas selesai berkempen bersama lima rakannya dalam sesi ziarah luar kampus di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Pantai Permai di sini.
Pengerusi Kumpulan Pro M, Farid Jalpah, berkata keempat-empat mesej berbaur ugutan turut diterima kumpulannya melalui SMS daripada nombor telefon bimbit yang tidak dikenali, dipercayai untuk menakutkan calon bertanding supaya menarik diri.


Sementara itu, Mastura yang hilang 33 jam ditemui ditinggalkan dalam keadaan kebingungan dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi kira-kira jam 1.30 pagi semalam.


Difahamkan, dia ditemui seorang penjual makanan sebelum menghubungi ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, yang juga seorang Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Paya Jaras, Sungai Buloh.


Mariam pada sidang medianya semalam, berkata sebaik menerima panggilan itu, beliau bersama suami ke lokasi anak perempuannya ditemui dan membawanya pulang.

“Dia (Mastura) masih trauma dan tidak boleh ingat apa yang berlaku sepanjang kehilangannya... saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi kes ini memang ada kaitan dengan aktiviti kampus dia,” katanya yang kemudian membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan UM,” katanya.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zuklifli Abdullah pula ketika diminta mengulas kejadian itu mengesahkan pelajar terbabit sudah ditemui semula dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian.


“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar itu tidak diculik. Bagaimanapun, kita sedang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.


Sumber:Berita Harian


Alhamdu lillah, dah jumpa dan dia pun selamat.. Syukur tak jadi apa-apa yang lebih buruk.


Kalau tak ada berkaitan dengan ugutan, apakah kesnya lagi? Adakah berkenaan dirinya sendiri? Jeng, jeng, jeng... Apa pendapat korang?


Jom muhasabah diri dan banyakkan beristighfar..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker