Langkau ke kandungan utama

Angin Menyerangku.

As salam.


Apa khabar semua? Dapat tidur dengan sempurna tak?


Aku tak dapat tidur malam tadi. Angin badan menyerangku. Sapu minyak angin(oilment)? Oh, minyak anginku tiada di sini (sengaja ditinggalkan di Kachi)dan minyak angin rumetku pun entah di mana. Nak kejutkan dia, malam telah larut dan esok dia perlu bangun awal, ada Kegiatan Luar Kampus (KLK) di Baling, Kedah.




Nak tanya adik-adik junior, tentu mereka sedang asyik beradu tidur di kala waktu macam tu. Wargh, terpaksalah aku berhempas pulas mengeluarkan angin secara manual, urutan. Hehe~


Nasib baiklah cuaca agak sejuk, jadi tak ada masalah pada rumetku kalau aku tutup kipas.


Pukul 2 pagi. Pukul 3 pagi sampailah 4 pagi, aku masih terkelipok je biji mata. Belum dapat memejamkan mata dan menidurkan diri. Malam ni macam-macam bunyi la pulak. Seram jugak kadang-kadang tu. Nasib baik aku ni jenis berani.Hehe~


Korang kalau ada angin badan ni, makan kena pantang sikit. Nak makan boleh tapi jangan selalu makan benda yang boleh menyebabkan badan berangin. Contohnya, pucuk ubi kayu, teh, ubi atau biji buah-buahan yang direbus, macam nangka,cempedak atau durian.








Sedapnya pucuk ubi rebus cicak samabal belacan, air teh panas cicak biskut, cucur ubi, serawa durian, buah nangka segar dan wanginya  cucur cempedak sampai rumah jiran. Lamanya tak makan. Eh, ngada-ngada plak. Baru jer dapat serangan angin, nak makan plak. Cepuk kang, baru tahu. Haha~




Saidina Ali pernah berkata: Kalau nak makan epal, hidu dulu baunya, baru makan.apabila berbuat demikina, setiap penyakit berbahaya akan dihilangkandari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan angin boleh lenyap. (pakarhowto.com)




Bangun pukul 6.40 tadi, aku tak tidur lagi.. Ok la nak cover tidur ni.. Jangan marah. Haish, kolej sebelah ni, TM ni ada aktiviti la plak. Siap pasang healer dan muzik kuat-kuat. Waduh, macam mana nak tidur ni?


Petang ni aku ada aktiviti lagi. Wuargh, ngantuknya..


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)