Januari 2010 | ! sha my heart

.

Khamis, 28 Januari 2010

Indahnya Saat Belajar di Universiti



 Moving

o I like to move it, move it. She like to? Move it! hehe
o Actually, I dislike to move but I have to move not because my housemate gv me a problem. Never but I have to move because to get my facilities who provided by government ( via KPT- Economy Bajet 2009). So, y not I grab this? Government pay for this hostel.. so, what for I throw my money to pay the rent house? Is’nt?
Discussion of moving SWOT

Go to vacation
o Thailand… Konglaha Wat, songkla, Samila Beach, Songkla and Songkla Lake. Hadtyai. Shopping
o Best. enjoy plus our van is tourist guide and people organize is there. They are okay bcoz my friend tease them 1st plus them have a good character.
o The tourist guide also follow our want
o The another van tourist guide, handsome man, Hassan his name. Nice but dont know to speak Malay even English.
o I speak thai with the aunty (sale girl at stall). Lucky me. Nasib bek la cek ni tau sikit2 bahasa Thai… hikhik. Kalau korang nak belajar, boleh klik sini, aku ada buat kelas sikit.

Attitude- middle rich person-bad human
 Rich person, ok not ignorant
 Orang yang beria2 nak jadi kaya ni biasanya guna taktik kotor utk naik. so sha, jgn tiru perangai macam ni. kau tu cuma orang biasa jer. org miskin. hujung minggu kena tolong mak ayah gi kutip getah sekerap. Busuk. Sampaikan ada seorang kawanmu tak boleh tahan bau getah sekerap, boleh nangis hingga sesak nafas.

23th January 2010
 Jumpa encik Hapisol kat pejabat CAS bagnunan Avon. Panggil bangunan Avon sebab catnya warna pink macam jenama Avon tu.

o Baiknya pkerja kat sini. tegur menegur pelawat.  Kalau kat FKBM, pergh sombong sikit. Eleh, belagak, macam la diorang tu belajar tinggi. Belagak nak mampus. Hello, pe hal nak belagak?

o Berbalik kepada cerita asal, apa sebab aku pergi jumpa Encik Fesaol. Nak appy DPP.  Dia tanya tak ape ke minta yang ramai ni? Aku kata ok jer. Aku xkisah. Lagipun aku sudah  habis-habisan  dengan my bf.so, I dont mind. Because nak kat situ jugak la aku pi cari dia. kalau tidak, aku sudah bertemu dengan Puan Zalina di pejabat COB. 

o Beliau pun ambik la my matrik no dan surf kat internet, kat pangkalan data. Sebentar kemudian naiklah muka aku. Dia print dan catat sesuatu. Pantas saja jarinya mendail no. Talian disambut. Berbual la dia dengan seseorang di sana. Nampaknya, seperti mereka saling mengenali dan sangat rapat.

o “perempuan... xde DPP mana2. Pelajar master. Melayu.”

Sesudah talian diputuskan, Encik Fesol tanya:

"Saya bagi awak kat MISC, blh?"
"Hah, MISC? Bukan YAB ke?"
"Saya bagi kat MISC sebab kat YAB ramai sangat. Nanti serabut pulak. Boleh, kan?"
"Hah? Boleh, boleh…"

Pucuk dicita, ulam mendatang! Wah, makin ok la.

Roommate Afnan (my best friend)
 Like me. She (her name is Saw) give me a cute pendrive case made from benang bulu kambing
Vera bercerita tentang cerita yang kami sama-sama tengok. Beria-ia cerita kat aku.
Best jugak stay kat muamalat.

Bestnya. Indah belaka =)

Jumaat, 22 Januari 2010

Siapakah kita...

Siapakah orang yang paling sibuk?
> Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka melewatkan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
> Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabb, Aku ridha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
> Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
> Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, selalu menumpuk numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
> Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
> Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
> Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
> Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
> Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
karena telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Salam Ikhlas!

Adakah kita sudah tiba pada destinasi ?

Merasa sudah sampai pada tujuan, padahal tidak sampai-sampai !

MERASA PUAS KERANA SUDAH KHATAM AL QURAN BERKALI-KALI
> Padahal tujuan Al Quran untuk PEDOMAN HIDUP bukan syair atau mantera

MERASA PUAS KERANA SUDAH BANYAK MELAKUKAN IBADAH-IBADAH RITUAL (SOLAT, PUASA, dll)
> Padahal itu adalah ibadah untuk dirinya sendiri dan manusia terbaik adalah manusia yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain

MERASA HEBAT KERANA MERASA SUDAH DEKAT DENGAN ALLAH
> Padahal ukuran kehebatan itu bukan dekatnya tapi ke-PATUH-annya

MERASA HEBAT KERANA MEMILIKI KESAKTIAN/KEMAMPUAN GHAIB (BOLEH TAHU SEBELUM TERJADI, MENUJUM, KEBAL, dll)
> Padahal ukuran kehebatan itu bukan kesaktiannya melainkan KE-TAAT-anya

MERASA BANGGA KERANA BERKALI-KALI NAIK HAJI ATAU UMRAH
> Padahal bukan berapa kalinya,tapi sudahkah menjadi INSAN KAMIL /MABRUR?

MERASA PASTI MASUK SYURGA KERANA SELALU BERBUAT BAIK PADA MANUSIA
> Padahal orang masuk syurga bukan lantaran perbuatan baiknya melainkan perbuatan AMAL SOLEH-nya

MERASA BANGGA KERANA SUDAH LAMA MENGIKUTI PENGAJIAN DI MANA-MANA
> Padahal yang penting bukan lamanya melainkan adakah PERUBAHAN dalam SIKAP dan ke-TAQWA-annya

MERASA HEBAT KERANA SUDAH BERGURU AGAMA KE MANA-MANA
> Padahal orang yang hebat itu bukan lantaran gurunya banyak, tapi apakah sudah menjadikan dirinya LEBIH BAIK dari yang lain

MERASA BANGGA KERANA SUDAH MENCAPAI DOKTOR DALAM ILMU AGAMA
> Padahal seharusnya Doktor dalam PRAKTIK agama

MERASA PASTI MASUK SYURGA KERANA TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT
> Padahal solat hanyalah salah satu perintah-NYA

MERASA SOLATNYA SUDAH BENAR, KERANA SELESAI SOLAT BADAN TERASA SEGAR
> Padahal solat yang benar cirinya bukan badan segar melainkan TERBEBAS dari perbuatan KEJI dan MUNGKAR

Banyak orang yang KE SASAR tapi tidak tahu kalau dirinya sebenarnya NYASAR,
Orang yang paling rugi adalah orang yang merasa BENAR padahal KELIRU !!

Astaghfirullah...
Pentingnya Titik kesedaran untuk MEMULAI KEGIATAN dari TUJUAN yang ingin kita raih...

Pentingnya tafakur agar arah shahadat, solat, puasa, zakat, haji dan kegiatan lainnya mempunyai ARAH YANG BENAR sebagai langkah awal agar TUJUAN bisa tercapai...

Khamis, 14 Januari 2010

patut ker?

salam...
patut ke aku dgn dia brgduh krna hal ini....

mlm td, dia mrayu2 aku kmbli kpdnya... aku neutral je. xkisah nk trma ke nk ptus ke... bl aku dh trma dia...tp, pg ni plak, dia dh nk clash...

aiyoooo.... memeningkn btul...

ni disbbkn oleh msj2 ni... aku sngja forward pd dia sbb aku nk tau pndapt dia... tp, akhirnya, dia putuskn hubgn kmi... cedih r jgk... tp, aku mls nk kecoh2... klu btul dia nk aku, prkara ni xkn brakhir di sni...


kak ina: slm. ni kak ina. jgn bgtau zul kak sms. nnti dia bg kak sbijik. sllu x zul sms atau cll sha?
kak ina: jgn bgtau tau.. klu x, dia akn ceraikan kak dgn talak tiga...


aku: oo ya ka dh khwn? sha xtau plak. sha pn xnk ambk laki org. xda la sllu cuma 2-3 hri ni.. kak ia, sha cdgkn kak ina bli buku Mmbina Hati Bahagia @ Mmbina Jiwa Serasi. Penulis, Dr. HM Tuah Iskandar. Nauzubillah... Smga kbhgiaan itu milik kak ina n suami. sha dh ada bf. cuma bru ni gduh. skrg dh ok.

Elo syg, u xnmpk ke yg i dh tulis 'sha dh ada bf. cuma bru ni gduh. skrg dh ok.'

kak ina: lum khwn lg, sha.. dia tu bkn suami akak syg oi.. kak tahu dr dulu dah sha dgn zul ni b'kwan.. akak no hal pasal n. nape sha? zul ada ke ckp dia xbhagia dgn akak?

sbb ni la kau 4wrd msj2 kmi pd my bf...
aku:monink syg...
dia: knpa u send i msj2 tu?
aku: i nk tanya u. apa pndapat u ttg kak ina tu? dh khwin ke blum? zul tu suami dia ke?

dia: i jd bodo. tp, kwn i akn dtg blik jp lg.
aku: u jd bdo? apa mksud u sbnrnya? u nk clash ek?

aku dh trhidu dia bersikap ke arah perpisahan... bru je mlm td dia kata, gduh bkn tiket utk berpisah... dan dia xkn smudah itu tgglkn aku... tp ini apa? sedihnya aku... sbb hal kecik je dia bt kputsn mcm ni... nmun bgtu, aku xnk komen2 lbh2... sbb sglanya trletak di tgnnya...

wah, mr r, i very miss u... tough!

dia: ya. i rasa ada 1 kkuatan utk kita clash.
aku: ok. go on..
dia: u p la usha jntan. jgn libatkn i..

trgamak dia kata aku mcm tu... pernyataan berunsur hinaan.. aku xnk ckp bnyk sbb kbenaran akn muncul juga suatu hr nnt... aku bersabar jer.. aku ni kan kuat bersabar.. pnyabar orgnya.. smga suatu hr nnt dia akan mnyesal dan waktu tu aku dh jd milik org lain.. bru padan dgn muka dia.... hahaha... jahatnya aku... xdela, aku x sjht tu.. cuma kdg2 je rasa geram mmbungkam di hati...

aku:elo, td ckp klu dia tau, akak kan cerai talak 3... blum khwin ke dh jd suami isteri? jujurla, kang sha tanya trus, naya je
aku: em, khwn sblum nikah la ni. org KL, mcm tu la. dh la, mls nk lyn u lg. i akan tnya pd zul. lantak r u kna papepn. ada i kisah? org mcm u xblh lyn baik2!

erm, xblh layan org mcm ni... buang masa jer... zul, akhirnya, awak berubah jgk.. mcm yg sha kata..

kak ina: adoiya tu cuma kiasan je. awat la straight sgt sha neh. mksud kak, klu dia tau kak belek hp dia, dan amek no tipun sha, msti dia mrh kak laa.. kak igt sha ni sporting orgnya.. tp, x..

aku: oit btina.. klu i xsporting, xdanya nk msj u baik2 n doakn u... dh la, i xnk prcya lg pd u
kak ina: xpe la.. lg sng. biar dia tahu. brgduh krna org ke3. akak dh brsedia ni...

hak eleh! myampahnya...

aku: zul tu xbf sha. skrg ni skdar kwn. dh xda pape prsn. dia bt hal. sha tgglkn dia. dh lama knal. sppunya pn knl.. bru 3 hri, dia cri sha blik. dia tu kerja apa sbnrnya?

teringat plak apa yg dia bt kat aku dlu. curang! dan trsa je nk bgtau siapa zul yg sbnrnya. tp, biarlah aku mnjaga aibnya, smga ALLAH mnjga aibku di akhirat nnt.. amin..

kak ina: apa nama sppunya? dia krja sndri. skrg ni perbaiki alat elektronik. akak tau sha lbh knl dia brbndg dgn kak.

aku: xda la knl dia sgt.. ni msj, kira warning xbg cntct dia lg ek.. ok, no hal.. wasslm..

kak ina: k la sha. akak mnta maaf klu sms akak mggu sha. xda pn niat kak nk timbulkn kekeliruaan pd sha.. mgkn ada sstgh prktaan yg akak tulis bt sha slh fhm dan tu bt sha bikin tggpn yg bkn2.. klu blh, kwn zul adalh kwn akak jgk. tp, trnyata kak xkeh sampai ke tahap itu.. akak xprnh pn nk mrh atau warning ssiapa yg brkwan dgn dia. tp ni lak pertama kali kak kna hamun mcm ni. dgn rsa rndah diri, kak mnta maaf.. hal ini akak akan sttlekan dgn zul..

dia nk sttle pasl dia, aku plak jd mslh dgn bfku.. pape pn, aku bersyukur.. sbb aku yakin stiap satu kejadian itu, psti ada hikmahnya...

klu stakat mcm ni pn blh bt kecoh, aku pn mls nk ribut... biarkan angin itu berhembus menampar ppku...

Isnin, 11 Januari 2010

Kisah seorang Muslim dan Muslimah..... ;-)

(diambil dari http://natasyaazwin.blogspot.com)

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.

(Al-Hujurat:12)

.....

Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam wali Songo di Indonesia masyarakatnya dikhabarkan sangat taat kepada ajaran dan cara hidup Islam. Mereka mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hatta bersangka baik (husnu dzon) terhadap manusia lainnya juga diberi perhatian dan menjadi gaya kehidupan mereka.

Dikisahkan juga pada zaman ini, hidup seorang pemuda kacak anak kepada kiyai di satu kawasan di tanah Jawa. Walau bapanya adalah kiyai dan ibunya adalah seorang yang solehah, namun pemuda ini tidak pula mewarisi kewarakan ibu bapanya.

Dia hidup sebagai seorang Muslim yang nakal dan lalai. Dia banyak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, mengusik orang di tepi jalan dan bersuka ria dengan pria-pria sebayanya di kampung itu. Puas ibu bapanya memujuk dan mengingatkan dirinya untuk berubah ke arah gaya hidup Islam yang sebenar namun dia menolak dan selesa dengan gaya hidup santainya. Ibu bapanya terus-terusan menasihati dan berdoa agar anak lelaki mereka ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadi orang yang soleh.

Pada suatu hari ketika pemuda ini sedang duduk-duduk di jalanan bersama dengan rakan-rakannya, dia terlihat seorang gadis bertudung labuh berjalan pulang dari pengajian di surau. Dia terus terkesan dengan keanggunan dan akhlak gadis tersebut, hingga dia lupa usikan-usikan nakal yang sering dilontarkannya kepada pejalan-pejalan kaki yang sering lalu di hadapannya. Hatinya terpaut dengan gadis itu. Lantas dia bergegas pulang ke rumah dan memberitahu ibunya yang dia sudah punya calon untuk bernikah dan ingin berkahwin segera.

Cerah wajah si ibu melihat perubahan pada anaknya. Lantas dia memberitahu si bapa pula perihal anakanda mereka yang seorang itu. Mereka mengucap hamdalah dan gembira dengan keinginan anak mereka itu. Jauh di sudut hati, mereka mendoakan moga perubahan anak mereka ini berterusan dan terus-terusan berada dalam kebaikan.

Maka bertanya si bapa, “wahai anakku, siapa yang ingin kamu nikahi ini? Beritahulah agar aku dapat meminangnya untukmu”.

Si anak menjawab, “ perempuan sekian-sekian bertudung labuh. Aku baru ketemunya pulang dari surau tadi”.

Si bapa pun menyelidik dan akhirnya mendapati bahawa gadis itu adalah anak kepada kiyai kampung seberang, teman sepengajiannya dahulu. Dia memberitahu isterinya, “Wah, ini sudah bagus. Orang tuanya adalah saudara sepengajianku. insya-Allah urusan peminangan dan penikahan anak kita ini akan menjadi lebih mudah”. “Ya, bapaknya. insyaAllah, kita doakan saja”.

Si bapa pun pergi berjumpa saudara sepengajiannya itu dan menyampaikan hasrat hati anaknya. Huluran peminangan itu disambut gembira oleh si kiyai kampung seberang. Setelah diberitahu kepada puterinya akan peminangan itu, si puteri diam dan tersenyum tanda setuju pada ayahandanya. Melihat si gadis setuju menerima pinangan itu, kedua kiyai itu terus menetapkan hari pernikahan anak mereka berdua. Masing-masing gembira menunggu hari di mana persaudaraan mereka berdua diperkukuhkan lagi atas pernikahan anak-anak mereka.

Si kiyai kampung seberang, keluarganya dan masyarakat kampung seberang tidak tahu tentang kenakalan dan kelalaian si pemuda. Mereka menyangka bahawa anak kiyai itu pastinya orang yang soleh, malah pasti tinggi ilmu agamanya.

Hari pernikahan pun tiba. Pernikahan berlangsung pada malam jumaat, selepas solat isya’. Kedua-dua anak kiyai itu selamat diijabkabulkan dalam satu lafaz oleh si bapa gadis. Selesai akad, seluruh hadirin yang hadir di majlis itu mendoakan keberkatan rumahtangga mereka. Berbunga hati si kiyai kampung seberang melihat menantunya itu.

Berdetik hatinya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anakku bukan saja dianugerahi dengan suami yang soleh, malah kacak dan manis wajahnya”. Dia tersenyum sendiri. Dia tidak tahu yang menantunya itu “nakal” orangnya.

Selesai majlis, kedua mempelai masuk ke kamar –sunnah pengantin baru. Si pemuda merapati isterinya. Pun begitu, si isteri berkata, “Mas, solat sunnat dahulu. Kita ikut jejak langkah Rasul dalam hal ini. Agar rumah tangga kita lebih barakah”. Terkedu si suami. Walau dia “nakal” selama ini, dia tidak pula membiasakan dirinya berbohong.
Dia dengan jujur membalas, “Bagaimana mahu solat ya sayang? Aku sudah lama meninggalkan perkara itu. Malah, bacaannya juga aku tidak tahu”.

Terkejut si isteri. “Bukankah kau ini orang yang soleh anak kepada seorang kiyai?” “Ya, aku anak seorang kiyai namun aku tidak mewarisi kesolehan ibu bapaku,” balas si pemuda, kaget. Si isteri terkejut dan berisighfar. Oleh kerana dia gadis yang solehah, maka dia tidak panik dan tenang berucap,

“wahai suamiku, ini adalah keaibanmu. Tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu perihalmu. Dan keaibanmu adalah keaibanku juga. Jangan kau biarkan perkara ini diketahui orang lain. Hanya Allah dan kita berdua saja tahu tentangnya.” Si suami mengangguk setuju.

“Mari ke sini biar aku ajarkan mas tentang solat, cara dan bacaannya,” pinta si isteri. Si suami mengikut. Maka penuhlah malam pertama mereka itu dengan pengajian tentang wudhu, solat dan bacaannya. Dari malam hingga ke pagi, si isteri gigih mendidik dan membimbing suaminya. Si suami pula tekun mengaji dan memahami apa yang diajarkan si isteri. Berakhir malam pengantin si pemuda itu dengan dia sudah menguasai wudhu, solat dan bacaannya (al-fatihah).

Si isteri pun berkata, “Mas, sebentar lagi subuh. Bapa pasti akan ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Kau ikut dia ya. Amalkan apa yang sudah aku ajarkan tadi. Sama jua dengan solat Jumaat nanti ya.” Si suami mengiyakan dan tersenyum.

Solat subuh itu, si bapa mengimami solat dan pemuda itu menjadi makmum di barisan pertama di belakang mertuanya. Sampai waktu zohor, maka si bapa sebagai kiyai pun naik menjadi khatib dan menyampaikan khutbahnya. Di akhir khutbah itu, dia memperkenalkan menantunya yang baru, anak kiyai saudara pengajiannya. Dia juga meminta si pemuda itu mengimamkan solat jumaat pada hari itu. Orang-orang kampung mengucap hamdalah dan masing-masing tertunggu-tunggu untuk solat berimamkan menantu kiyai itu.


Si pemuda kecut perut. Dia tidak menyangka yang dia akan diminta untuk mengimami solat sebesar solat Jumaat, walhal dia baru saja tahu selok belok solat itu. Oleh kerana tidak tahu untuk menolak, dia maju kehadapan lantas mengimami solat Jumaat itu. Dimulai dengan takbir, si pemuda membaca Al-Fatihah dengan suara yang merdu seperti yang diajar oleh isterinya:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ


Sampai ke ayat ke-6, pemuda itu terhenti. Ayat seterusnya, dia terlupa! Dia beristighfar, puas dia mengingat tapi ayat terakhir itu tidak menjelma di ingatan. Dia cuba mengingat dan mengingat hingga menangis, namun ayat terakhir ummul kitab itu tidak juga keluar.

Makmum sekaliannya menunggu imam dalam diamnya. Apabila si imam mula menangis, mereka pun menangis juga. Sangka mereka si imam sangat menghayati ayat-ayat yang dibacanya hingga menangis, maka mereka pun turut menangis. Seluruh masjid menangis dalam solat Jumaat pada hari itu.

Si pemuda dalam tangisnya mencari jalan. Dia perlu melakukan sesuatu. Akhirnya dia terlihat pintu di sebelah mihrab yang menghala keluar masjid. Akhirnya, dia berlari keluar dari masjid melalui pintu itu. Dia malu dengan seisi kampung. Dia berlari sekuat-kuatnya agar dia dapat lepas dari perhatian jemaah masjid itu.

Makmum seluruhnya apabila melihat si imam berlari keluar, maka mereka pun turut mengikut berlari dan mengejar imam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di padang berhampiran masjid apabila si imam berhenti berlari gara-gara kepenatan. Mereka tertanya-tanya mengapa imam itu berbuat demikian. Belum sempat mereka bertanya, mereka dikejutkan oleh satu bunyi.

Kaboom!!! Semua mata di padang itu tercatuk kepada bangunan masjid yang runtuh. Masing-masing menelan liur. Andai mereka masih berada di dalam masjid itu sebentar tadi, tertimbuslah mereka di bawah runtuhan bangunan kayu itu. Semua mengucap hamdalah dan berterima kasih kepada si pemuda kerana berlari keluar dari masjid sejurus sebelum runtuhan itu dalam solatnya. Mereka bersyukur kerana pada sangkaan mereka, Allah memberi ilham kepada pemuda itu tentang runtuhnya masjid itu di dalam solatnya dan menyelamatkan mereka dari bencana itu.

Pemuda itu pucat dan keletihan. Si kiyai yang melihat wajah menantunya yang pucat itu,lantas menyambung dan mengimami solat Jumaat yang tergendala itu. Hari itu, mereka solat Jumaat di atas padang. Dalam solat itu, mereka mengucap syukur pada Tuhan yang Esa yang menyelamatkan mereka dari bencana itu. Selamatlah si pemuda dari terbuka keaibannya pada orang ramai.

Pemuda dan mertuanya pulang ke rumah. Si pemuda lantas menceritakan apa yang terjadi kepada isterinya. Isterinya mengucap hamdalah dan memuji-muji Allah atas apa yang terjadi.

Si suami pun berkata, “demi Allah, aku ingin belajar agama. Aku tidak akan menyentuhmu hingga aku selesai belajar agama dan menguasainya.” Keesokannya, si pemuda pun memberitahu bapa mertuanya, “Ayahanda, anakanda ingin keluar menuntut ilmu. Anakanda ingin belajar untuk menampung kekurangan yang ada dalam diri anakanda.” Si bapa yang masih tidak tahu perihal menantunya itu pun mengizinkan dan menggalakkan.

5 tahun selepas itu, si menantu pulang dengan ilmu yang mantap dan fikiran yang faqih. Dia menjadi salah seorang ulama terbilang di zamannya, menggantikan bapa dan bapa mertuanya. Subahanallah.

Pendapat sesetengah ulama’ tentang runtuhnya masjid itu, adalah kerana Allah ingin menyimpan aib si pemuda dan keluarganya. Juga kerana Allah redha dan suka dengan penduduk kampung itu yang sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Lantas Allah mengutus malaikat untuk menekan masjid itu hingga runtuh, bagi menyimpan keaiban pemuda itu dan keluarganya, juga menyelamatkan seluruh isi kampung yang sangat bersangka baik sesama mereka. Wallahualam.

p/s: kisah benar rakyat ini di petik dari syarah Ustaz Muslim Mubarak di Curtin Musolla. Ustaz Muslim merupakan imam Masjid Hepburn, Padbury WA.

nasihat... advice from my lovely bro....

bru2 ni aku ada discuss dgn bro bab khwin sikit... sb aku tringin la tgok dia brumh tgga.. ni adalah prinsip dia...

-kemampuan bergantung pada akal fikiran dan jgak hati. sb tu sblum ALLAH lantik kita jd khalifah, kita dibekalkan dgn fikrn dan jugak hati. dtg dgn kain putih, balik nnt blum tntu warnanya...

-mtlamat utk mmikul tggjwb amat berat, yg mmberi erti kbhagiaan atau kehancuran.. ibarat bermain dgn api, jgn smpai mmusnah diri... peace...

-Alhamdulillah, sgla pujian hnya bg ALLAH... kita tidak pnya daya dan kuasa... maka.......


-Khwin utk meramaikan umat Baginda. Nabi s.a.w brbgga nnt di Yaumil Mashar umatnya plg ramai.. 'khwin adlh spruh dr iman.... dalam makna pernyataan ini krna khwin adalh tggjwb yg berat.. maka sesiapa yg mnjlankan tggjwbnya dgn berlandaskan jln yg lurus yakni jln yg tetap, yg ditetapkan oleh ALLAH, maka mereka bahagialah khidupan mereka dunia dan akhirat... insya-Allah...;-)

aku rasa mgkin sbb dia clash dgn gf dia mmbuatkan dia jd mcm ni... mksud aku, dia yg tolak gf dia sb aku pn knal gf dia tu... dia kurg ikut ajaran agama... bro plak wlpn duk di ngara yg boleh kata amat sosial, ttpi dia seorg pnganut Islam yg baik... :-)

aku tau, aku knl ma bro... dia jd serik dgn perkhwinn... diorg dh brtunang pn dlu.. tp putus.. kesannya amat dalam..

ku tahu, dia amt mncintai gf dia ttpi dia mmilih Islam sbg cara hidupnya... bravo bro sbb brjaya dalam ujian akidah ini...

klu aku kna mcm ni pn susah jgk nk tgglkan org tu... tp, seingt aku, aku pn prnh tgglkn seseorg sbb dia nk ikut dunia budaya kuning... aku dh nsht, dia xnk ikut... so, aku bg pilihn, sama ada nk pilih aku atau mimi ( awek yg bw dia ke arah kehncuran)...

akhirnya, dia kmbli kpdaku...dia tgglkn budaya kuning itu... :-) syukur, alhamdulillah, akhirnya dia sedar jgak...

erm....

salam...
bertemu kmbali...

skrg ni, aku agak pnyabar...
dugaan yg dtg, aku blh fikir positif dan senyum jer... :-)

but, for a while only...
aku jugak akan naik angin dan ckp ikut suka ht aku bl dah xthn...
ye la... sikit2 dh la...pe hal nk uji lama2?
kang kena cepuk jgk...

hehehe, teruk jgk aku ni... aku ni pns baran...

tapi aku suka bla aku dah blh bersabar, siap dgn snyumn ni...

ni semua gara2 motivasi dari Dr. Tuah... tq Dr.....

smile.... ;-)

Ahad, 3 Januari 2010

ramalanku hampa belaka...

salam..
sem baru dh bermula...

erm, mula2 tu, warghhh, mls tol nk kemas2 brg2... ptg nk bertolak, tghri blum pn siap packing brg. tersadai kat situ jer... sbbnya jgk, malas nk layan karenah kwn2... ye la, bnyk makan dalam wo... ptg tu, msih lg blum siap pape.. siap buka laptop lg... bl ayah ckp dh nk bertolak, bru nk gerak, g bersiap... huhuhu, manja tol anak ayah ni...

biasanya, klu nk balik, laptop mmg xbuka dah.. brg2 dri mlm sblum nk bertolak pn dh siap kemas... tp, ni mmg sgt berbeza... hah, itu lah penangan karenah kwn2... aku rsa xnk jer tinggalkan rumahku... my hometown..

tp, aku cuba kuatkan diri juga... berkorban...

namun, bila aku datang sini, segalanya berbeza... 'karenah' yg aku xnk hadapi tu, xde.. mcm xpernah wujud... tp mgkin utk smntara shj.. smntara pn xpe la, jnji itu blh bt aku bersemangat sikit di awal sem ni... klu aku tau, kwn2ku dah xde karenah mcm ni, msti aku plak yg rasa excited nk dtg sini... :-) mgkin diorg rindu aku kot... hahaha...

aku berasa sgt slsa...
wink wink wink... ^_^

Jumaat, 1 Januari 2010

tahun baru, cerita baru

salam.
mlm td, sedih.. tp syukur sgt sb aku dapt 'pulngn' yg lbh baik. sb tu aku xtakut utk mghadapi kesukaran dan kesedihan.

akhirnya, seorg kenalan rapatku 'hadir' jga stelah stgah tahun dia mghilgkan diri. sbbnya slh aku jgk sb terkasar bahasa. sikit jer, tp huii besar kesannya. ia juga mmbuatkan aku berhati2 bl brbhsa. sungguh, hanya kesilapan kecil. hanya guna ganti nama pertama je, dr 'sha' ke 'i'. itu jer. aku xbrniat pape pn msa guna perkataan tu, cuma nk ringkaskan je... tp, dia sgt trasa.

masa aku cari dia hari tu, blh plak dia kata yg dia tu india. cet, pooorah... kmi dah lama kenal. thun 2006 @ 2007, aku pn kurg pasti.. dh lama dh. dia mnetap di Singapura.parent dh passed away. anak bgsu, tau. dia ada la jgk sedara di Jhr.

apa yg mmbuatkan kmi rapat, dia sama persatuan dgn aku. dialh yg mggalakkan aku mghbiskan silibus persatuan kami. dialah jgak pnasiht tetapku. yg bsetnya, nsht dia islamik. tu la masa mual2 knl, dpt tau dia org sgpura, risau jgk klu dapt yg sosial, xsuka yg sosial. tp skrg ni msj dia dh lain sikit, dh mggatai sjk umurku mngkat ni... huhuhu... tp, dia ni kuat berahsia. dh ada tunang. handsome orgnya, budi perketi pn molek. aku mmg suka giler kat dia dlu la.. tp,skrg dh dapt trma yg aku dn dia cuma adik n abg jer.

dia kerja sbg xecutive pmsran, syrkt di sgpura tp dia pernah ditransfer ke kl. aku pn ada jgk pergi sana..

pg td, dia wish aku slmt thun bru. aku wish dia msa thun bru hijrah, dia wish kat aku thun bru msihi plak... hampeh tol bro ni... huhuhu


aku: bro? :-)
bro: yea my dear sis...

aku:long time no c.. nape mrjuk lma sgt?
bro: sbb nk tgok sis nk pujuk ke x.. :-(

aku: ala, dah cari pn, tp dia cko wrong no plak..
bro: xpe kita lupakan jea. ni dh thun bru, kte bukak chapter baru.. lucky jgk dear xtukar no bru...

aku: lain kali nk tukar no bru la.. biar cari xjmpa.
bro: sampai hatinya sis ni...

aku: xda la. gurau je. klu sha tukar no bru, msti sha akn carry no bro wlpn org tu ckp dia berbgsa india.. :-P

bro: tq. bro syg sis dear.. thun bru ni kna rasa hepi2...
aku: :-)love u 2.. :-x

aku: thanxs God... berkat kesabaran... :-)
bro: btol.. thanks GOD. pas nie klu bro msg jgn x reply plak.. nnt cont yea dear.. bro nk merayap jap.. muahh22 love u n miss u..

so lovely... akhirnya jumpa jgk... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...