Langkau ke kandungan utama

Me'nyetup'kan (Set Up) Blog Kakandaku, Oh Sungguh Penat

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Sha My Heart: Salam. Dah siap pun blog. Malam tadi, bertungkus-lumus. Search Blogger. Masukkan username: ramziahxxxxx.xxxx.com. Password: **********.




Kakakku: Tq.. Kak belikan ang sepasang baju kurung. Suruh Bibah jahit. (Tapi tak beli lagi).



Sha My Heart: Tak apa la. Tak payah la. Kalau nak bagi, kena bagi handphone Black Berry Torch 98.Haha~



Kakakku: Banyak canteekk..



Sha My Heart: Mesti la.. Haha~



Kenapa aku tolak baju kurung dan minta handphone? Sebab aku ni materialistik? Tak. Sebabnya, aku tak nak dia bagi apa-apa. Aku buat ikhlas.



Korang jangan tak buat-buat tak tau, handphone Black Berry Torch 98 merupakan handphone terbaru buat masa ini dan ramai yang menjerit bak pontianak bila dihadiahkan handphone ini. Hanya mereka yang berpendapatan tinggi dan orang kaya yang mampu, ok. Sah-sahla menjadi pujaan dan impian juga kegilaan semua.


Bila la aku nak dapat handphone tu? Sape yang sudi nak bagi ni? Ada.. Kat Nuffnang, syarikat telco nak kasi. Kena masuk peraduan dan menang, juga langgan pelan panggilan diorang la. Ada berani?


* * * * *

Salam.


Apa khabar?



Sedikit intro kat atas. Semalam, macam mana ntah tetiba aku tergerak hati nak setupkan blog baru untuk kakakku, Ramziah.



Aha, ini semua kerana aku kepenatan dan kecapekan (capek tau, bukan capik. Capek=penat, capik=sakit kaki, terhinjut-hinjut) aku mengetup blog wordpress aku. Ingat nak masukkan ads (iklan) Nuffnang.



Tapi selak punya selak, tak jumpa jugak. Pi google cari macamna nak buat. Ikut cara-cara dia tapi, fuh aku punya 'appearance' nya tak de 'wigdet, single post' sperti yang diorang tunjuk kat blog tok guru tu.


Bukan aku tak cari, semua dah aku selongkarkan. Tapi tak jumpa jugak, tensen. Mula la buat status facebook (fb) sedih..


"Noor Hapisah: Kalau kita seorang budak baru (newbie), kita akan rasa bodoh (noob).
Tapi, aku kan berusaha supaya kedua-dua gelaran itu akan hilang. Teringat kepada semangat Giey Jach yang akan buat sampai jadi. =)"




Fuh, wordpress pada aku sangat susah dan tak mesra pengguna! Macammana la Khai dengan Arif kata wordpress ni mesra pengguna? Tak faham aku.


Mungkin aku jer yang tak reti dan tak tau nak explore kot. Tapi, kalau dah cari pun tak jumpa, bukan setakat cari jer malah siap cuba lagi tapi tak de respon yang positif juga, maka bebai dan babai je la.. Hampeh. Itu lah yang aku rasa.


Okay, berbalik kepada cerita asal, aku nak setup ads Nuffnang. Sebab apa? Sebab aku sangat bahagia kerana ads yang aku letak sejak sekian lama, adalah dalam sebulan macam tu, akhirnya semalam mula mengeluarkan iklannya! Iklan sulung. Sangat happy, ok. =)


Tapi ada juga la lari aku punya iklan, angkara tamak. Aku nak letak kat tiga tempat. Tapi tak jadi langsung. Mula la gelabah.


"Noor Hapisah: Ala, ruginya.. Boleh letak satu je ker? Kenapa la tak bagitau awal2? dh la penat menunggu. Ah, pa pe pun aku nak explore jugak.."


#
Noor Hapisah: i'll explore it n let experiment it!!! =)
Yesterday at 1:45pm · LikeUnlike

#
Haliza Azura Abdul Halim: xplore apa shah?
Yesterday at 3:58pm · LikeUnlike

#
Noor Hapisah: explore nuffnang.. dah dapat buat dah. Yay! =)
Yesterday at 4:01pm · LikeUnlike

#
Haliza Azura Abdul Halim: wah tahniah2...
Yesterday at 4:25pm · Like

Noor Hapisah: tahniah? terima kasih..


Oh, sebenarnya, korang hanya boleh letak satu jer iklan kat satu kawasan. Contohnya, kat sidebar 1 iklan, kat atas 1 iklan dan bawah 1 iklan. Apa yang aku cuba buat ialah 2-3 iklan kat sidebar. Lepas tu langsung tak boleh, padan muka aku. Haha~


Pengajarannya, orang tamak selalu rugi. Tapi rugi kalau tak explore. Hihi~


Kalau korang nak tau, Nuffnang ni merupakan syarikat iklan kat Malaysia yang paling laku. Dibangunkan oleh tiga orang anak muda yang masing-masing berasal dari Malaysia, Singapura (kalau tak silap) dan Filifina. Diorang ni graduan universiti orang putih, Amerika if i not mistaken.



Cara bayaran? Apa yang aku tau, kalau dapat lebih dari RM50, baru kita boleh withdrawkan duit tu. Dia akan kira setiap kali iklan tu keluar di blog kita dan jumlah klik pada iklan tu. Iklan ni bukan selalu keluar, tau.


Jumlah klik pada iklan tu plak adalah pengunjung blog kita yang nak klik. Kalau ramai pengunjung, maka banyak la kebarangkalian jumlah klik. Jadi, kena la buat elok-elok blog bukan sekadar hiasan sahaja tapi isinya juga harus mantap.


Blog aku ni dah mantap ke?

Belum lagi la. Aku pun belum berani untuk menyiarkan link blog ini kat mana-mana (siarkan kat dalam blog Dr. Adrian pun dah rasa malu sampai hari ni) mahupun memberi link pada kawan-kawan kecuali link exchange. Itu dah wajib la. Takkan nak tengok blog orang tanpa benarkan orang tengok blog kita? Apa plak katanya, kan?



So, apa lagi, kalau semudah itu jer nak dapat duit, jom la pi daftar kat Nuffnang cepat... Free-free je boleh jugak dapat duit. Bahasa bakunya, menjana pendapatan sampingan. Tapi ada jugak yang sudah jadi pendapatan tetap dia. Pergh! Ko, bila lagi, Sha?



Aku? Boleh kot, janji kena usaha kuat dulu la. Biar blog ni okay dulu, mantap dulu, then publish to people! =) Sekarang ni just kenalan terdekat dan pengunjung unik jer. Then, bila blog dah mantap, aku akan buat promosi untuk memperbanyakkan trafik ke blog ni.


Bila dah capai PR3, aku akan langgan iklan Inity plak. Adsense tu fikir dulu la.


Itu pasal iklan dan pemasaran. Lupakan dulu sebab topik kali ni, pasal menyetup blog kakakku. Aku guna blogspot ja untuk blog dia. Hasrat nak guna wordpress tapi tak kesampaian sebab blog wordpress yang aku buat bulan Mei lalu pun masih tidak disetup dengan baik. Sapa la nak tolong aku setupkan blog tu? Anyone?


Sebab apa aku gunakan blogspot untuk blog kakakku? Sebab, aku pun memang pengguna blogspot dan aku kira mahir jugak la. Boleh kata setting semua ni aku tau la. Lagipun mesra pengguna. Senang. Kalau kakakku tanya apa-apa, kacang je untuk aku jawab. Haha~



Ni adalah post fb aku untuk kakandaku;

"Wahai kakak kesayanganku, malam tadi dah siap pun kat punya blog. Ni addrssnya linknya. http://ramziahmangsor.blogspot.com/ Asas widget dah ada, counter, chat, nuffnang, adsense. klu nak edit apa2, edit la."

"Kalau nk bljr ttg blogging, cek dah sediakan link blog org lain mcm Ariff shah, redmummy. masuk kat blog depa dan search ttg tips blog. selain itu, blog yg disediakn tu bolh buat rujukan dan panduan dlm penulisan.


Bnyk lgi blog yg cek suka ...tp tak ssuai utk kak sb depa pun student lg.redmummy tu blog kak red yg dh khwin. ssuai la kot utk kak. klu blog laki yg dah khwin tu, susah, ckap merapu. yg lain2 tu, tak kahwin lgi.
belajar la something dr depa k.


gambar blum dimuatnaik. upload sendiri la.
cek buat guna blogspot ja. wordpress, cek pun tak pndai lg. ramai org guna wordpress klu utk betul2 serius dgn blog."



Nampak macam senang. Tapi, sampai pukul 4pagi jugak la aku menyetupnya. Tu kira blog yang dah aku biasa buat, kalau bagi wordpress kalu, pening la aku. Tak wujud la blog dia. Haha~


Hajat untuk berikan kakakku blog wordpress tak kesampaian. Tak pe la, biar dia mula dengan blog yang senang dan belajar sendiri kalau nak buat wordpress. Kalau dah tau nanti, tolong setupkan blog wordpress aku tu sekali, k. Hihi~



Ok, ni la link blog kakakku. Tapi jangan la jugde apa-apa lagi. Dia newbie. Aku pun newbie dan noob jer.


Korang yang belum ada blog, sila la buat blog. Nak suruh aku buat pun boleh tapi, mesti blogspot la. Wordpress, aku pun kena cari tok guru jugak. Wages (Upah) kena bagi BB Torch sebijik, boleh? Haha, gurau ja. Selagi boleh tolong, aku tolong.


Kalau perlukan bantuan aku, contact la aku. Tinggalkan komen kat chat atau komen mana-mana entri aku. You are freely to ask me. Dont hesitate,k. Jangan malu-malu kucing, melepas la ikan depan mata dek disambar ayam. Ahakz! =P


Ok, sampai di sini dulu. Dah panjang berjela ni. Nanti kalah plak nenek berleter. Huhu~


Semoga blog dapat menjana pemikiran tertaraf dunia. Hiduplah blog untuk bagi kita duit. Yay!




Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker