Langkau ke kandungan utama

Boleh Pandang-pandang, Jangan Pegang-pegang

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Disclaimer: Entri ini adalah luahan rasa yang terpendam. Baik luahkan dari pendam. Tak suka nak luahan kat facebook (fb) sebab nanti lain plak jadinya.


Salam.


Reunion?
Semua orang sangat excited nak pergi! Rindu nak jumpa.. =)


Aku pernah jadi setiausaha sebuah program. Itu kisah lalu. Senang. Sebab semua orang adalah pelajar dan mempunyai jawatan yang jelas.


Sekarang ni, aku sorang-sorang jer buat kerja. Bagai nak giler pun ada la jugak. Haha~. Apa tak nya, sampai tak tidur malam. Macam-macam fikir.



1. Tak de AJK
Banyak betul orang yang tak nak bertanggung jawab. Paling sakit hati, tak nak ada pape sebab ini bukan projek diorang. Ini projek aku. Manusia oh manusia! Ello, aku tak kisah pun kalau korang nak uruskan, memang aku akan serahkan pada korang bulat-bulat.


2. Tak de respon
Aku dah buat note dan tag sorang-sorang. Ada dalam 20 orang, penat jugak tau nak buat note tu dan nak tag sorang-sorang. Kemudian, aku bukan duk diam jer, aku kena tanya sorang-sorang.  Aku bukak chat dengan diorang walaupun laptop aku bukannya boleh on chat sangat, nanti jadi hang dan sambungan internet terus tak berfungsi.


Aku jugak post kat entri sorang-sorang. 20 orang okay. Banyak tu. Banyak masa aku diperuntukkan kat situ. Aku la kena tanya diorang. Sepatutnya, diorang yang kean tanya aku. Tapi demi aku yang baik hati dan sayang kawan-kawan ni, aku berkorban la.


Tapi, sakit hati sangat bila diorang tak balas pun post aku. Bukannya tak online, online! Aku send mesej kat chat pun tak balas. Aku komen post dia pun tak balas kat aku.  Sampai begitu sekali diorang buat kata aku.. Sampai hati.


Tak pergi, cakap la tak pergi, senang.  Ini tak, tak confirm la, apa la. Ello, mesti korang pernah baca kata ni yang ada kat wall Pusat Kegiatan Pelajar (PKP):


             Orang yang tak merancang ialah merancang untuk gagal!


So, korang fikir-fikirkanlah. Hargailah usaha aku. Bukan aku minta wang duit, nama,... Aku cuma nak kita bertemu je. Dah hari tu cakap nak buat reunion, ni aku dah nak realisasikan depan mata, korang plak buat tahi!




Sekarang ni, aku dah malas dah nak layan diorang yang buat aku sakit hati. 'Pinggan tak retak, nasi tak dingin la wei!!!'


Motif:
 Hargai la orang lain. Bukan balasan duniawi yang diharapkan..

Catatan popular daripada blog ini

Tips Pakaian Untuk Konvo

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)