Langkau ke kandungan utama

Bersyukurlah

Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!


Salam.


Aku postkan begini pada facebook (fb), apa korang dapat fikir?

Kadang-kala, kita perlu berasa lapar utk berasa kenyang dgn rezeki dari Tuhan.
Sekali-sekala, kita perlu berasa sedih utk menikmati rasa bahagia yang dikurniakan oleh Tuhan.
Bersyukurlah kerana semuanya ada hikmah...



1. Lapar dan sedih adalah perkara negatif tetapi kemudian ALLAH berikan kekenyangan dan kebahagiaan untuk gantikan perkara negatif tersebut?
Ya, betul!


2. Bersyukur sebab semuanya ada la hikmah di sebaliknya?
Exactly! Tepat.


Sebenarnya, aku rasa macam ni sebab tadi tak de lauk kat rumah. Rasa sedih jugak. Tapi, fikir-fikir balik, erm, macam la aku tak biasa plak berkeadaan macam ni.


Aku ni datang dari keluarga miskin. Kadang-kadang memang tak de lauk nak makan. Nak masak pun, tak de pape.


Kadang-kadang tu hanya nasi jer ada. Sayur tak de apatah lagi lauk. Teringat plak macam zaman kanak-kanak dulu, kadang-kadang tak de apa nak makan, berlapar jer.


Kalau makan ayam tu, kira dah sangat mewah. Aku, adik-beradik dan sepupu-sepapat memang akan menggemari ayam semasa kecil sebab kami orang susah. Dulu mana la nak makan ayam daging (ayam yang dibeli) sangat. Makan pun ayam kampung yang buat reban kat tepi rumah atau kat reban ayam.


Kena la tangkap ayam dulu. Biasanya bagi ayam makan(tabur beras atau padi kat tanah) dan buat 'pejail'. Kalau nak tangkap macam tu jer, maka sampai lusa pun tak dapat. Haha~


Kadang-kadang, tak bagi ayam makan tapi 'aim'(tentukan ayam mana yang nak ditangkap, maka beramai-ramai (adik-beradik, kadang-kala jiran-jiran) tolong ligan(kejar) ayam. Keliling rumah jugak la ayam tu lari. Tapi, aktiviti ni memang menyeronokkan. =)


Dah tu, kalau ayam tu liat, jenuh gigit tarik la..Haha~.


Itu pengalaman zaman kanak-kanak. Sungguh menyeronokan! Alhamdu lillah =)


Aku juga bersyukur sebab aku duk kat kampung, boleh jer ambik pape sumber bumi. Kalau la duk kat taman ke flat ke, nak makan apa la agak-agaknya, kan?


So, kita kena la bersyukur dengan apa jer yang dah tersurat dalam hidup kita. Itu lebih baik dari nak menyesal dan menyalahkan takdir dan berharap pada nasib.


Jadi, rileks diri anda untuk terima keadaan sukar. Berusaha. Berdoa.Bertawakal. Insya-ALLAH, positif hasilnya.. =)



Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker