Langkau ke kandungan utama

Awak... (part 1)

Disclaimer: Kena baca dengan nada sedih. Err, anggap je ni adalah fantasi,k.


Anything can happen, that why life is wonderful. Struggle to get what u aim but be sure don't hurt any one. No one you shouldn't hurt their feels!



Salam.


Awak,
sepanjang ketiadaan awak selama seminggu lebih, hidup saya penuh warna.


Saya join program MBOR 1Malaysia, kena susun duit 10sen untuk buat bentuk logo Malaysia. Kat sini, saya berkenalan dengan si kembar tu, Hafizi dan Hafiza.


Saya akan tergelak dengan kawan-kawan saya bila terkenangkan gelagat mamat yang tak percaya dengan nombor matrik saya dan mamat yang suka mengarah dan menghalau tu. Tengok baju biru program ni, saya teringatkan dia.


Saya join latihan malam budak silat (yang awak nak temankan saya dulu. Tapi saya segan nak pergi dengan awak). Mesti awak bangga dengar saya dah turun kelas, kan? Tapi saya sudi pergi dengan dia atas tiket kawan walaupun dia layan saya lebih dari seorang kawan.


Kami dimarahi oleh Pak Cik lecturer tu. Sampaikan dia tahan kawan saya tu kat simpang kolej TM nak menuju ke Maybank, selepas menghantar saya. Pak cik tu tercari-cari saya dalam kereta kawan saya. Betapa saya dan kawan saya tu disalahertikan sebagai pasangan bercinta.


Mula-mula saya naik kereta dengan dia, saya rindukan awak sebab saya dapat rasa yang dia menyayangi saya. Dah lama saya tak rasa getaran yang sama seperti saya berada di sebelah awak. Individu lelaki yang menyayangi saya.



Saya ada exam take home. Susah la jugak. Dulu awak la yang bagi saya semangat. Sekarang ni, saya kena kuatkan hati dan ucap 'berusaha' pada diri sendiri. Alhamdulillah, dah selesai pun.


Saya jadi pengelola kepada kawan-kawan sekumpulan saya. Sebenarnya, kami sudah lama bertanya untuk bertemu. Namun, masing-masing mendiamkan diri. Saya ambik inisiatif ni untuk merapatkan kembali hubungan yang telah terbina dan menyemarakkan rindu selepas ni.


Saya bukan nak nama pun, awak. Saya buat ni semata-mata nak satukan kami. Bila saya bagitau pada setiap sorang ahli, majoriti tak sabar untuk bertemu. Ramai yang sokong.


Tapi ada jugak la yang tak sokong. Sampai hati. Baru la saya sedar yang dalam dunia ni tak semua orang setuju dengan kita walaupun kita berniat baik untuk kepentingan dia jugak. Banyak udang, banyak garam.


Tapi, saya sangat bersyukur sebab diorang yang tak setuju pun bila saya face-to-face(cakap berdepan) dengan diorang, diorang nyatakan masalah dan kami mencapai kata sepakat.


Mujur la ada kawan-kawan saya yang sangat menyokong saya. Diorang tak kisah pun bila saya bagikan diorang jawatan dan tugas. Saya sangat menghargainya.


Masalahnya, diorang semua berharap nak pergi tapi diorang ada masalah dengan tarikh yang ditetapkan. Pening saya dibuatnya. Kalau ada awak, boleh la saya mengadu pada awak. Kawan saya yang paling dekat pun kurang sokong sebab dia ada masalah. Saya tak de sesape kat sini.


Mamat 10 sen. Saya tak tau kenapa kalau saya beli barang dengan dia, selalu je timbul 10 sen. Saya dah segan nak beli barang kat sana sebab saya tak nak lagi bercakap dengan mamat 10 sen tu. Dia tak de buat apa-apa kesalahan pada saya, begitu sebaliknya.



Saya kurang ingat awak sebab saya yakin dengan janji Tuhan.
Dia tak kan biarkan saya bersedih dengan apa yang dia ambik dari saya. Dia ambik awak, orang yang saya sayang tapi Dia tak lupa untuk menggantikan orang yang boleh saya sayang lebih. (Tapi, ada ke orang tu untuk saya?)


Awak, saya tak nangis pun sepanjang awak tiada. Mesti awak gembira bila saya dapat jadi setabah itu. Tapi saya mula nak nangis bila tulis kat sini. Saya rindu awak. Awak baik dengan saya.


Awak pasti masih ingat yang kita sangat bahagia pada tiga minggu lepas. Saya bahagia sangat, awak. Tapi, saya terlupa yang indah tu hanya sementara dan hidup kita bak roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah. Kadang kita happy, kadang kita sedih.


Saya dah mula teresak-esak, awak. Saya ingat pesan awak,kalau nak nangis, nangis je, jangan tahan-tahan. Kalau tak, saya yang akan lebih sengsara sebab saya yang akan sakit kepala dan jiwa rasa tak tenang.


Awak juga suka lihat saya nangis depan awak. Awak kata itu la kekuatan saya yang tidak hipokrit, yang mampu buat awak rasa makin sayang pada saya.


Awak, sekarang saya sudah tidak tidur malam. Saya tidur selepas subuh. Mungkin saya rindukan awak.


Awak, saya sangat terkejut tadi bila dengar perkhabaran dari adik awak yang awak telah kembali ke rahmatullah. Innallillah..


Awak, saya redha dengan ketentuan ni walaupun saya rasa sangat sedih. Sedih sangat. Air mata saya tak henti-henti membasahi pipi.


Awak, saya bersemadilah dengan tenang di sana.. Saya sayang awak.


Sampai kat sini dulu ya, awak. Ni dah subuh. Nak solat dan tido.






Al-Fatihah to Mohd Redzuan.



Ulasan

  1. Sedih. Ditinggalkan sorang2..

    Tapi redha sahaja :-)

    BalasPadam
  2. Sedih. Ditinggalkan sorang2..

    Tapi redha sahaja :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker