Langkau ke kandungan utama

Selamt hari Raya, Ampunkan Salah Silap Aku


Di kesempatan ni, aku nak minta ampun maaf dari korang semua. Setiap manusia pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan dan kita tak mampu nak puaskan hati semua. Cuma apa yang boleh kita lakukan cuba perbaiki diri. Jadi, berikanlah aku kesempatan untuk baiki diriku. Kita tak mungkin terlepas dari melakukan silap dan salah.

Rasa lama plak tak update. Bukan tak de idea nak tulis apa tapi al maklumlah Raya, agak sibuk. Ingat nak listkan jer la apa yang berlaku dalam hidupku sempena raya.

1. Kacau dodol dengan ayah
2. Menziarahi kubur-bubuh nesan-sedih la dengan yang ada pertalian darah-mengalir mutiara kat pipi.
3. Persiapan raya-kemas rumah, bersihkan laman- saudara mara balik.
4. Raya- berkunjung- bunga api paling cantik-bihun sup dan laksa-comel anak Faimah-rasa nak cuit jer-tapi ingat dia baru beberapa hari


5.Raya ke dua- menziarahi rumah yang pernah berhajat memilikiku sebagai menantu- aku pakai baju berwarna oren, si dia dengan isteri pun pakai baju berwarna oren. Nasib baik la isteri dia pakai baju kaler oren juga. Kalau tak, malu la aku.


Kakakku menyugut: rugi ang tak ambik, dia ada rumah besar.
Aku: Ada aku kisah?

Lewat malamnya, si dia yang berhajat menjadikan aku suri hidupnya datang bersama isterinya barangkali tapi ramai la jugak. Aku tak keluar sebab sakit kepala dan terus tido.

Sekali lagi kakakku menyugut: Hensem dia. Rugi ang tak ambik.
Aku: Dah tak de jodoh. Tak terbuka hati.

Hai, nasib baik la dua orang je yang datang. Kalau yang lain pun datang jugak, apa plak tingkah kakakku yang sorang itu? :-)
Aku tak kisah pun. Dah tak de jodoh, nak buat macam mana. Tapi, bab terasa hati tu (orang kata terkilan) ada la jugak. Tapi, dah bukan jodohku, apa nak kecoh. relax dah la. Aku yakin, yang terbaik untukku pasti akan muncul jua. :-)






Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker