Langkau ke kandungan utama

Mimpi nan Sebuah

Aku bermimpi. Begini ceritanya..
Aku berada di sebuah stesyen bas di Ibu Kota, menanti ketibaan bas untuk menuju ke destinasiku. Ramai jugak penumpang yang lain.

Tetiba, ternampak kelibat adikku, Nazirah yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), berbaju ungu bersama dua lagi rakannya berpakaian sama. Kami bersalaman dan mencium pipi. Nazirah bagitau yang dia hadiri sebuah majlis di Universiti Utara Malaysia (UUM)dan sekarang mahu bergerak pulang ke Sarawak.

Sebuah bas tiba. Ramai juga yang mahu menaiki bas tersebut. Bas bertulis UNIC itu adalah sinonim dengan bas UUM. Jadi, aku berasa sangat selesa dan puas kerana itulah destinasi yang mahu aku kunjungi. Aku duduk sebelah budak perempuan. Sombong bangat budak ni. Dia nak pergi Universiti Malaya (UM). Ramai jugak budak universiti ibu kota.

Malam, kami yang keletihan tido dalam bas. Minah sebelahku ini lagi la awal membuta. Bila aku sedar, dah cerah dan bas mula memperlahankan kelajuan kerana pagar baru hendak dibuka oleh pak guard. Aku lihat sekeliling. Eh, macam kenal (dan inilah tempat yang aku nantikan).

"Yahuu, UUM! UUM!" ujarku dengan gembira.

Penumpang yang lain tersedar. Budak UUM suka la. Tapi budak u lain, berasa hampa kerana tersalah naik bas. Dah sombong sangat, aku pun malas nak bagitau yang diorang dah tersalah naik bas. Biar diorang rasakan. Ini dalam mimpi la. Kalau real, aku masih ada hati perut lagi, nak buat macam tu.

Aku juga masih terasa dengan apa yang 'orang tertentu' buat kat aku. Kerana kawan jer, diorang sanggup mengkhianati aku. (Ah, korang tak payah faham la kisahnya apa. Biar kes ni antara aku dengan orang itu sahaja).

Memang aku akan diamkan jer. Memang la korang bernasib baik, sebab aku tak balas. Bukan aku tak mampu untuk balas, cuma aku tak nak. Tapi, jangan lupa, kita masih ada Tuhan yang Maha Adil. Aku harap sangat tak nak jumpa orang itu lagi. Tapi, jangan lupa untuk cari aku di Akhirat nanti, ya!

Moral: Jangan sombong dengan orang lain dan jangan suka buat salah dengan orang. Insaflah..


Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:

Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Petua Tutorial Cara Pakai Contact Lens (Kanta Lekap)

Open Tracker