Langkau ke kandungan utama

Ditegur: Siapakah Dia?

Aku ditegur masa kat kedai. Aduh, malu la jugak.
Masa mula-mula nak pergi sana, aku dah berharap yang mamat hari kelmarin yang aku tak cukup duit tu tak ada. Hopefully. Ye la, kalau dia ingat lagi rupa aku, malu la. Kan aku ni pemalu orangnya.

Aku menantikan untuk barang-barang aku dikira. Ada tiga orang di kaunter. Seorang sedang buat apa entah kat depan. Seorang wanita sedang mengira akaun dengan resit berlambak. Budak ni mesti bagus akaun. Bestnya, dapat apply ilmu yang ada. Aku agak dia budak sini dengan kerja part time.

Seorang lagi chasier sedang menaip sesuatu di telefon mudah alih untuk memasukkan top up kepada nombor kawanku. Kawanku la yang suruh aku bayar kat sini. Baru aku perasan yang ada komputer dan scanner barang kat sini.

Aku awal-awal lagi dah keluarkan duit. Tanda nak cepat la tu. Lambat plak mamat ni. Kawanku dah keluar. Percaya kat mamat ni la tu, sampai tunggu kat luar sedangkan top up belum masuk.

Bila mamat tu pusing, alamak, mamat ni lagi. Jangan la dia ingat peristiwa kelmarin. Er, peristiwa apa ya?

Peristiwanya begini.. Memang la tak cukupnya hanya RM10 seposen tapi malu la jugak. Bukannya aku tak bayar tapi aku keluar jap untuk mendapatkan kawanku kat luar, pow dia pinjam duit. Mana la aku tau harga air tu berapa sebab baru ni aku beli harga RM1.70 tak sangka plak harga dah jadi RM2.30. Lagipun kat rak dan botol air tu pun tak de langsung label harganya. So, bukan salah aku la. Salah dia la. Aku tak sangka la nak semahal tu.

Biasanya, aku tak kan berbayar bil dengan orang yang sama, sebab diorang pun banyak jugak pekerja, kerja ikut shift la. Entah kenapa, hari ni chasier tu adalah orang yang sama. Tapi, aku selamba jer la. Bukan aku ada buat salah pape pun. Ye tak?

Mungkin disebabkan aku keluar dan pinjam duit kawanku walaupun hanya sekejap sahaja tetapi mungkin ini merupakan perkara pelik yang berlaku dalam hidup dia sebagai chasier. Mungkin dia chasier baru, sebelum ni tak pernah nampak pun dia. (Banyaknya mungkin aku..)

Macam ni la dialog tak berstruktur antara perempuan yang cantik dan lelaki yang hensem aku dan dia.

Encik Chasier: Tak de syiling? (Dia agak kasar ambik duit bernot RM10 aku).
Cik Aku: Tak de. (Geleng kepala).

Sebab itu la soalan biasa chasier. Aku ada syiling tapi tak cukup seposen. Alahai, macam cerita seposen plak. Kelmarin tak cukup seposen, hari ni pun sama. Aku rasa ni la apa yang dia cakap sebab aku ni pantang kalau orang cakap pelan-pelan ni. Aku ni tak biasa nak cakap pelan-pelan. Sebab aku rasa tak puas dengar, nanti yang bukan-bukan plak aku dengar. Wahaha.

Encik Chasier: Duk sini?
Cik Aku:(Angguk).

Encik Chasier: (Bebel, aku tak faham maksudnya sebab cakap perlahan sangat, tak jelas padaku). Ke duk MISC? (dengan nada yakin)

Cik Aku: MISC (Aku hairan kenapa la mamat ni nak tau plak aku duk kolej mana? Dia nak buat kajian survey kot nak tau pelanggan Emzek Perwaja ni datang dari kolej mana. Eh, yakin plak dia yang aku ni duk MISC. Oo, dia pernah nampak aku jalan dengan sesape kot. Kot-kot dia kenal sape-sape, kan).

Encik Chasier: Sem berapa? (Sambil ambik baki dari skrol chasier)
Cik Aku: Sem tiga.
(Perlu ke aku cakap yang aku ni Master? Tak perlu kot. Aku bukannya nak belagak macam orang tu. Er, orang tu sape? Siapa yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya. Wahaha. Sebenarnya, aku pun tak tau, siapakah orang tu).

Aik, dah jawab sem berapa terus senyap? Ni kompom nak buat survey. Hahaha.

He's junior or senior, i dont have idea. Tengok muka tu, muda lagi. Muka dia ni pun lebih kurang dengan muka mamat semalam yang pemalu tu. Tapi, mamat ni cerah sikit.

Dah dapat baki dan ucap terima kasih, aku terus blah. Sebabnya, aku malas la nak ambik tau pasal dia. Lagipun, aku anggap adik jer. Anak-anak ikan kot. Wahaha.

Kawanku dah sedia menantiku. Dia mengintai dari balik cermin lutsinar rupanya. Aku tak sedar.
"Lambatnya. Siap tanya-tanya lagi. Dia tanya apa?"
"Tanya duk mana. Entah, nak kata kenal, tak kenal pun," jawabku jujur.

Ke dia pernah nampak aku pada sem lepas? Maksud aku nampak kat MISC malam-malam. Tak pun kat kedai Photobiz. Ke budak persatuan yang kenal seniornya? Kalau junior ni, kurang sikit la aku nak kenal. Sampai kat bilik, aku mula teringatkan mimpiku itu. Dia kah? Tapi, korang tak boleh teka mimpi yang mana sebab aku belum tulis kat sini tentang mimpi tu dengan penuh.

Mamat ni dan mamat semalam tu ok, sebab bukan jenis buaya. Aku dapat tau lelaki tu buaya atau tak. Macam na tau? Six sense la.. Haha, belagak. Sebenarnya berdasarkan pengalaman la. Sebab tu la kita kena banyak bergaul dengan orang, jangan nak duk dengan kawan yang itu, itu jer.. Tak berkembang la otak tu.

Dah jadi budak U, rajin-rajinkanlah diri tu untuk join aktiviti yang dijalankan. Jangan nak besarkan bontot je.. Kalau tak, rugi jer masa korang kat U. Sebab orang lain boleh mengimbau kenangan manis join itu ini, korang nganga jer..

Kalau dah kerja nanti, dah susah nak join aktiviti macam ni. Ni nasihat berdasarkan pengalaman ya adik-adik aka anak ikanku. Wahaha.

Moral: Boleh buat cerpen kisah ni. Eh, itu moralnya ke? Hahaha

Aku syak mamat ni tengok aku balik arah mana kelmarin tu yang dia tau aku duk MISC. Ye la, aku kan jadi macam suspek sikit sebab dia terkejut aku keluar dan masuk balik. Hehe~ Sorry bro, buat ko macam tu.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker