Langkau ke kandungan utama

Sedekah Suci Harta


Aku nak cerita life aku. Wargh, membosankan kot. Ahaha. Baru ni, aku gagahkan diri juga untuk pergi berjumpa pihak berwajib (er, siapa pihak berwajib tu? Biarlah aku rahsiakan dulu). Bangun pagi tu, rasa berat la jugak hati. Bukan berat sebab ada ilham tapi rasa badan yang kurang sihat ni. Mungkin sebab aku terlalu memikirkan masalah sehari dua ni. Tapi, aku gagahkan hati dan diri.

Kalau ikutkan hatiku ini, memang aku tak nak pergi jumpa diorang. Jangan salah sangka, bukan sebab takut ke apa. Tapi sebab kesihatan aku ni la. Aku pun buat la slow-slow semuanya. Ye la kurang tenaga ni. Nasibku baik sebab ada bas dan tidak lama untukku menunggu bas pun jalan seperti memahami yang aku perlu pulang awal.

Sesudah sampai, aku berkira-kira nak masuk di mana dan di mana kedudukannya. Ada juga aku tersilap koordinasi tetapi semuanya dapat diatasi apabila memoriku kuat berputar. Hehe, ayat berbunga-bunga. Jenuh jugak mendaki tangga.

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, wajahku kembali ceria. Tiada apa-apa masalah. Syukur ya ALLAH. :-) Dengan senang hati, aku beredar. Hajat hati mahu segera pulang. Tetapi memandangkan aku sudah berada di sana, aku terus ambik peluang untuk round dulu.

Aku berselisih dengan sorang budak persatuan, penghuni blok C, Kolej Penginapan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Orangnya Islamik. Namanya... Ah,aku sudah lupa! Aku ternampak kelibat dia tetapi dia tidak sedar akan kehadiranku. Apabila dia nampak aku, dia menegurku. Senyum manis bertukar. Ni la yang aku sayang sangat kat persatuan ni.

Ok, nak komen sikit. Ada orang kata aku tak de kawan sebab aku ni senyap, tak banyak bercakap, nampak lembik jer. (Ni orang yang kata ni tiada kena mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah pergi untuk selamanya. Wahaha, mesti orang bengang kalau macam ni).

Tapi, sebelum korang buat tuduhan macam tu, better cek dulu. Korang dah semak ke sijil ko-kurikulum (indoor activity) aku? Tau ke tak aku masuk persatuan apa dan apa aktiviti aku? Persatuan tu plak berapa ahlinya? Setakat dua orang ke? Dah cek ke latar belakang aku sebelum nak buat tuduhan macam tu? Dan yang paling penting, aku ni susah nak berkawan dengan orang ke? Aku tak de kawan ke?

Kalau dah tau tu, jangan la put simply assumption macam tu jer! Jangan la rasa diri korang hebat dari orang lain sebab kita manusia ni ada kelemahan dan kekurangan.

So, jangan nak menyibuk dalam hidup orang lain. Jangan nak buruk-burukkan aku (kalau ada orang buat macam ni la). Sebab tak semua orang mengamalkan mudah bagi maaf. Kalau nak dimaafkan jumpa kat Akhirat la. Nak tau sebab pe, pi cari ustaz. Aku malas nak terangkan dengan panjang lebar. Aku pun bukan ustazah.

Ok la, berbalik kepada cerita ni. Kemudian, aku pergi bank. Ambik duit dan masukkan ke dalam akaun yang lain. Si 'chasier' tu agak terkejut sebab aku masukkan duit yang banyak. Dia rasa macam aku kaya jer. Aku tak kaya la bang, aku ni kayak pernah la. Hihi..

Simpanan tu untuk masa depan. Sebab aku tau 'masa depan' ni susah sikit. So, aku kena berjimat cermat la. Ye la, aku ni orang miskin. Tak de sapa pun nak support. Kalau ada boy friend kaya boleh jugak tumpang kalau dia bagi. Dia bagi, aku ambik. Dia tak bagi, aku tak minta. Rezeki jangan tolak la. Hehe. Tapi, aku susah nak ambik harta orang. Biar aku susah, tak makan ke janji tak de la nak menagih simpati orang. Maruahku tak semurah tu!

Lepas tu, aku singgah kedai kawanku jap, rindu kat anak dia. Dia bagi gaji aku yang belum aku ambik. Yahuu, dapat duit raya!!! :-) Dia ajak aku kerja. Dia minta aku tolong kerja untuk esok. Ok. Set. Aku pun tak la bizi sangat. Kesian nak tolak, orang dah minta tolong. Bukan selalu pun orang minta tolong. Bertambah la anak buahku. 10 (anak abang 5, anak kak 4, anak Kak Jag 1) +2(anak aang angkat, Abang Mat)+1 (anak kawanku ini)= 13 orang.

Aku sediakan ang pow buatanku (hand made). Lebih sentimental value dan jimat. Ye la, budak-budak kan bukannya nak jaga pun ang pow tu. Buang jer. So, buat sendiri tak la membazir. (Sebenarnya, tengah berjimat)



Aku tak kisah nak bagi ang pow walaupun belum bekerja. Sebab masa aku belajar dulu pun aku bagi jugak. Tapi, kadang bagi dan kadang tak. Hehe. Bukan apa kadang-kadang tu save sikit. Kadang-kadang terlupa nak keluarkan duit. Ni, aku dah ingat, aku buat awal-awal sampul tu. Memang rasa best la. Aku yang bagi ni pun dah rasa best, apatah lagi budak-budak tu, mesti rasa lebih best kan? Mak Njang best. Hihi. Bukan sebab tu la aku nak bagi. Aku nak sucikan hartaku (ada harta ke?) dari erm, apa ya? Dari noda ke? Sesuai kot?

Seorang pensyarahku yang alim selalu berkata dalam kuliahnya, 20% daripada pendapatan kita adalah bukan hak kita. Jadi, kita kena bersedekah. Dan sedekah yang baik bagi aku adalah bagi kat adik beradik dahulu. Baru bagi kepada orang lain.

Ok la, setakat ini dahulu. Jumpa lagi.

Catatan popular daripada blog ini

Innershine Prun dan Camu-camu: Testimoni Cantik Kulit Berseri

Sedap. Manis-manis masam. Kalau ada rasa kurma, lagi best. Marvellous. Ada orang cakap, masam sedikit. Pada Sha yang tak makan masam langsung, rasa Innershine ini tidaklah masam mana. Sedikit sahaja rasa masamnya, berbanding produk lain yang lagi rasa masam asam jawa (Ladies Collagen). Innershine rasa masam buah camu-camu sahaja. 
Harga pasaran untuk 6 botol RM 28.90 dan untuk 12 botol RM 57.90. Berat satu botol 42 gram. Harga boleh dapat murah, ikut pasaraya. Pandai-pandailah korang pilih. Sha tengok kat Aeon (Jaya Jusco nama lamanya) pada 13 Jun 2014, harga seperti di atas. Tapi Sha tengok kat Big Aeon harganya lebih murah. Pek kecil (6 botol) hanyalah RM26.90 manakala yang besar RM54.90. Murahlah berbanding harga asal.
Perubahan magik yang Innershine Prun dan Camu-camu lakukan kepada diriku:


Hari pertama, minum malam sebelum tidur, tak dapat tidur dan esok paginya, perut membuang, detox kan? Hehe.
Lusanya, minum awal sikit dalam pukul 9 malam. Tidur, ok saja. Perut ok, tak ada…

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Nak jaga pemakanan orang demam campak?
Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini.


Tidak boleh menggoreng
Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan.

Menumis pun tak boleh tau.

Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan.

Elakkan makanan laut yang gatal
Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k.

Elakkan yang pedas
Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan.


Elakkan yang hitam-hitam seperti gaban perkasa hitam


Kicap dan kopi harus la dijauhi serta merta sebab ia akan menyebabkan berparut hitam. Kalau koko atau milo? Kalau capucinno? Erm, ikut suka korang la.

Aha, aku ada idea, kalau nak putih maka minumlah air soya. Confirm menjadi. Tapi kalau tak jadi, jangan…

Tips Pakaian Untuk Konvo

Open Tracker