Langkau ke kandungan utama

Blog Ko Sampah!!!

Kali ini aku siarkan bahan yang tersimpan dan terperam dalam draf. Aku sangat sibuk.Ini adalah luahan hati aku kepada mamat yang membuatkan aku berkata : blog ko sampah!
Jom la ikuti apa yang berlaku sebenarnya.


Aku bengang giler sebab aku ada la subscribe blog sorang mamat ni. Dia rakan fb kepada rakan-rakan aku.
Entah macamna jadi rakan (dibaca friend) aku. Aku pun explore la info dia dan ada blog. Aku pun tengok la blog dia. Boleh tahan jugak ya mamat ni. Jiwang jugak sebab ada sajak segala bagai.

So, aku pun jadi la pengikut (follower) blog dia sebab saja nak bagi moral support. Dah macam tu, masuk la update enrty dia kat tempat subscribe aku. Peh, boleh tahan jugak mamat ni update blog! Sehari je kadang-kadang dua tiga entry. Mesti power punya la mamat ni. Tapi, aku tak berkesempatan nak lawat blog dia sebab aku pun bizi.

Hari ni, aku ada la masa terluang sikit. Dan bila aku masuk situ (blog dia), ok lagi. Baca satu entry, macam Bahasa Indonesia. Baca entry kedua pulak, alamak, Bahasa Indonesia yang tak faham! Hah, baru aku sedar... Rupanya mamat ni, copy and paste. Tak de sentuhan nilai-nilai peribadi (sense of person touching) langsung.

Aduh, aku dah tersalah follow blog ni! Dari sifat kagum aku, terus menjunam kepada zero. Aku dah tak respek dia. Suspek ada la...  Terus aku buang dari subscribe aku.Elo, kalau nak copy paste pun letak la kredit kat mana dia ambik dan edit la sikit. Aiyo, ni 100 % kot copy and paste.

Lantak dia la blog dia. Tapi, tolong la pada sesape yang baca ni. Jangan tiru macam tu kalau anda masih bermaruah. Blog macam tu buat semak je dalam Search Engine Organizer (SEO) sedangkan hasilnya ciplak!
Tolong la guna akal anda tu sikit. "Akai tak dak ka?" Ayat sape ntah.

Pada blogger baru, sila la rujuk kepada blogger otai untuk buat blog yang ok. Blog aku pun masih tak ok lagi. Banyak lagi yang harus aku belajar dan tambah. Ingat kata-kata ni : Jangan kita buat blog tapi sampah, tak de guna jugak. Kesian jer aku rasa..

Hah, korang rasa geram tak? Ye la, dari rasa hormat sebab selalu update, terus rasa, ler lebih baik tak ada daripada ada, kan? Aku chow dulu. Ada banyak hal yang memerlukan komitment aku. Tidur pun tak cukup ni..
Jom jadikan blog kita adalah hasil penulisan kita.


Ulasan

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker