Langkau ke kandungan utama

UBAH PARADIGMA UNTUK BERJAYA - TUN DR MAHATHIR

ni petikan dari UUM portal komuniti

15 DISEMBER 2009 / 28 ZULHIJAH 1430H ================================== "UUM: UNIVERSITI PILIHAN UTAMA" (FIRST CHOICE UNIVERSITY)
Ubah Paradigma Untuk Berjaya - Tun Dr Mahathir
PROUUM ONLINE:
Kepetahan dan kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamad melontarkan idea ketika menyampaikan ucap tama bertajuk "UUM 25 Years: Expectation vs Reality" berjaya mencuri tumpuan peserta dalam Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, kelmarin.

Konvensyen yang diadakan sempena Jubli Perak UUM telah memberi input berguna dan membakar semangat peserta yang terdiri dalam kalangan pensyarah, staf UUM, Alumni, masyarakat luar dan pelajar. Beliau berkata, UUM ditubuhkan atas beberapa sebab antaranya beliau berharap dengan menempatkan universiti di Lembah Sintok yang satu ketika dahulu dikenali sebagai sarang pengganas akan berubah wajah menjadi pusat pertumbuhan yang dinamik.

"Saya harap suatu masa nanti UUM akan jadi university town di mana pembangunan yang berlaku bukan sahaja di dalam UUM malah merebak ke kawasan sekeliling," katanya.

Jelasnya, UUM bertanggungjawab menyampaikan nilai yang perlu ada pada penuntut dengan memberi kefahaman, selok-belok, masalah yang akan dihadapi dan memberi tumpuan kepada mind set nilai hidup yang perlu dimiliki oleh peniaga.

"Kita perlu keluarkan lebih ramai peniaga yang mampu mengurus perniagaan sehingga mencapai kejayaan cemerlang dan saya ingin melihat UUM melahirkan ramai graduan yang bergelar jutawan dan mereka perlu menguasai ilmu dalam bidang pengurusan untuk meningkatkan kekuatan ekonomi bumiputera. "

Adalah menjadi tugas universiti untuk membentuk peribadi manusia yang berjaya kerana hanya dengan ilmu, manusia itu akan menjadi manusia yang mulia memandangkan manusia yang mulia sahaja yang akan berjaya," katanya yang baru pulang dari Timor Leste.

Menurutnya, majoriti masyarakat Malaysia yang tidak cekap dalam pengurusan perniagaan adalah terdiri dalam kalangan bumiputera yang masih lemah dalam bidang pengurusan terutamanya mengurus wang.

"Jika tidak menganggap wang sebagai modal, kita tidak dapat memperkayakan diri kerana hanya menggunakan duit untuk membeli tanpa membuat pelaburan bijak justeru, kita perlu menukar paradigma dengan menganggap wang adalah modal yang mana apabila dilabur akan memberi pulangan dan meningkatkan kekayaan.

"Sebab itu apabila UUM ditubuhkan kita berharap ia boleh membetulkan persepsi yang salah dalam kalangan penuntut Melayu untuk mengamalkan cara pengurusan yang berkesan. Bagaimanapun beliau berkata, peluang memasuki universiti awam yang lebih luas kepada bumiputera berbanding kaum lain tidak harus dilabel sebagai rasis memandangkan bilangan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hampir sama dengan dengan Institut Pengajian Tinggi Awam.

Ujarnya, pelajar bumiputera lebih ramai menuntut di IPTA manakala pelajar bukan bumiputera lebih ramai yang menuntut di IPTS sekali gus dapat mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat di negara yang berbilang kaum.


Jelasnya, UUM mendidik tentang aspek pengurusan kewangan yang penting dalam menentukan berjaya atau gagalnya sesebuah perniagaan kerana seseorang tidak akan gagal jika mengikut cara pengurusan yang diamalkan oleh peniaga yang berjaya.

"Sebenarnya dalam perniagaan kita tidak harus mula berniaga semata-mata melihat orang lain berjaya. Tidak semestinya bila tengok orang lain berjaya kita juga akan berjaya, hanya yang cekap dalam bidang itu akan berjaya setelah mengambil masa dan melalui pengalaman yang mencabar.

"Dalam dunia perniagaan kita perlu memiliki tahap kesabaran yang tinggi dan sekiranya kita mempunyai persepsi yang tepat dengan realiti, kita pasti berjaya," katanya.

Beliau memberitahu, bidang pengurusan memerlukan kita melihat jangka masa panjang dan sabar sebelum mencapai kejayaan yang pasti mengambil masa. Jelasnya dengan mengambil contoh semasa negara mengalami perubahan daripada Dasar Pertanian kepada Dasar Perindustrian, idea beliau ditentang hebat dan menerima kritikan pedas yang menyifatkan tindakannya hanya akan mengheret negara ke arah kerugian.

Namun katanya, peredaran masa menyebabkan taraf hidup semakin baik dan keupayaan kuasa beli penduduk meningkat sehingga menyediakan pasaran yang mencukupi dan mendatangkan keuntungan yang besar.

"Buktinya, Malaysia mencatatkan jumlah kereta per kapita penduduk yang paling tinggi berbanding negara ASEAN yang lain. Ukuran kejayaan, adalah kesesakan lalu lintas kerana ramai yang sudah mampu memiliki kereta sendiri," ujarnya secara berseloroh sehingga menggamatkan dewan.

Katanya, kerajaan berniaga bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan tetapi mempunyai kepentingan lain yang memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang. Katanya, jika ingin mendapatkan sesuatu ada kalanya tidak dapat dilakukan dengan cara yang lurus mungkin kita perlu membelok ke kiri atau kanan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tambahnya, sekiranya rakyat Malaysia mempunyai pemikiran seumpama itu dalam memburu kejayaan, ramai yang akan melakar kejayaan demi kejayaan. Oleh itu apabila melakukan sesuatu perkara jangan melihat hasil dalam jangka masa pendek.

Terdahulu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi, menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai bapa pemodenan Malaysia yang berjaya memerdekakan pemikiran rakyat Malaysia. "Walaupun kita merdeka sejak 1957 namun masih ramai minda atau pemikiran yang belum merdeka," katanya.

Ujarnya, setelah 22 tahun menerajui negara, keunggulan dan idiosinkratik negarawan ulung ini berjaya meletakkan Malaysia cemerlang di mata dunia.

"Saya cuba selami untuk membaca pemikiran Tun Dr Mahathir yang sentiasa relevan dengan arus semasa yang pada mulanya mengundang perdebatan. Pemikiran luar biasa Tun telah membawa kemajuan, kemakmuran dan kepesatan pembangunan yang telah kita nikmati selama ini," katanya.

Ulasan

  1. nice to meet u to.. tq bcoz visit my blog..
    i've in ur blog but nothing u write.. n in Chinese.. i dnt knw chinese lor...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Nak tinggalkan komen ek? Sila-sila =)
Pastikan tak menyinggung perasaan sesiapa ya.
Happy blogging.

”Jom like page fb blog”

Catatan popular daripada blog ini

Pantang Larang dan Makanan Orang Demam Campak

Air kelapa sangat bagus untuk demam campak Nak jaga pemakanan orang demam campak? Ok, aku ada petua dan tipsnya. Segala yang tertulis di sini adalah keluar dari kepalaku, dan pengalamanku menjaga makanan orang demam campak. Ku abadikan di sini. 1. Tidak boleh menggoreng Demam campak ni kita tak boleh nak goreng apa-apa makanan terutamanya guna minyak. Contohnya goreng ikan. Menumis pun tak boleh tau. Sebab apa tak boleh? Sebab ia akan merangsang pertumbuhan campak dan buat ianya kemerah-merahan. 2. Elakkan makanan laut yang gatal Makanan laut, seperti udang, sotong, kerang elok la dikuarantinkan.. Haha~ Bukan kuarantin la tapi jangan makan makanan tu, k. 3. Elakkan yang pedas Cili pun tak boleh makan sebab mengundang kegatalan. Aku ada baca, sup ayam ni bila dibuat sup akan mengeluarkan satu pati yang berkesan khas untuk menyembuhkan demam. Korang letak bawang merah, bawang besar dan bawang putih. Lagi sedap bawang putih tu, tak dipotong, hanya buang kulit, ba

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru

Istilah-istilah Dalam Bundle Yang Ramai Lagi Keliru, jom kita gali ilmu. Sha dapat dari kawan-kawan bundle juga. ✔ Bale – Ketul, guni atau tokol pakaian/beg/kasut dan lain-lain. Kain 100 – Baju/pakaian yang 100% kapas. Kain Samah – Baju yang diadun dengan 2 material. 50 cotton +50 polyster (poly). 3 kain – Baju diadun dengan 3 material. Cotton + Poly + Rayon. 3 suku / Raglan / 3q – Baju yang mempunyai lengan bersambung dari leher berakhir di siku. Kain sambung – Lengan baju disambung dengan lengan warna lain, contohnya Rolling Stone Tour Euro82, Iron Maiden ‘aces high’ lengan camo. Ada juga kain sambung di dada. Contohnya Hawaii bernombor. Camo – Celoreng Ringer – Baju yang mempunyai warna/getah pada hujung lengan dan leher. Kain pasir / kain bulu katu – Merujuk seluar Lee,Wrangler,Levis era 70/80/90 an. Combo – Jualan melebihi sehelai dengan 1 harga. Single stich – Jahitan satu garisan sama ada pada lengan atau bawah baju. Biasa pada baju vintage.

Tips Pakaian Untuk Konvo

Gambar konvo! =) Assalamualaikum. Apa yang korang perlu ada untuk pakai pakaian konvo? Aku ada sedikit panduan. Top to toe 1. Kasut Lelaki kena pakai kasut kulit (kulit warna gelap –seelok-eloknya warna hitam) Ala, tak mahal pun ada jer yang murah. Perempuan pula kena pakai kasut bertutup, hitam atau warna gelap seakan-akan hitam. Kasut tu mestilah nampak formal. Tak boleh ada lubang-lubang macam kasut Cinderalella. Orang perempuan mesti tau kasut Cinderalela tu macam mana. Kasut Cinderalela tu adalah kasut plastic nipis dan ada lubang-lubang.   Sila beri perhatian, kasut adalah penting. Tak boleh pakai sandal dan selipar. Stoking tak apa, kurang diberi perhatian (bagi perempuan sahaja). Boleh pakai stoking atau tidak. Lelaki kena pakai stoking. Mesti warna gelap, jangan pakai stoking putih pula, sangat pelik. Bagi mereka yang jarang pakai kasut tertutup macam aku ni, boleh juga bawa sandal atau kasut yang selesa untuk digantikan apabila perlu . Ta

Open Tracker